Pada malam Ahad yang lepas.. aku happy sangat.. sebab dijemput oleh penduduk Kampung Rinching Tengah, Beranang.. kami bermesyuarat bersama, berbincang bersama.. dalam keadaan yang cukup harmoni. Masing-masing mengeluarkan pendapat dan pandangan.. untuk memajukan kampung

Macam-macam mereka rancang.. nak buat gotong royong, nak buat kenduri sekampung, nak buat kursus jenazah dan macam-macam lah.. bila mereka sepakat cam nii.. aku yakin.. kampung aku nii.. pasti boleh berjaya

Selain tuu.. aku dijemput.. untuk terangkan pada mereka.. pasal masalah-masalah tanah yang berbangkit, kat kampung aku.. macam-macam mereka tanya.. bukan tuu jee.. mereka tanya gak, pasal nak pecah geran, nak mohon tanah, masalah tanah sungai dan cam-cam lagi.. berpeluh gak aku menjawabnya.. ha ha ha

Turut hadir dalam mesyuarat malam tuu.. En Din.. aku tak ingat nama penuh dia.. tapi dari Kementerian Kewangan Malaysia.. Dia bagi tau.. yang kampung aku nii.. telah terpilih menjadi kampung contoh untuk projek keusahawanan. Pihak kementerian telah bersetuju.. untuk bagi peruntukan berjumlah RM350,000.. banyaknya.. RM RM.. ha ha ha

Malam tuu jugak.. Encik Din.. mintak kami rancang sebaik mungkin.. pikir baik-baik dan siapkan kertas kerja.. apa projek yang kampung kami nak buat.. dengan gunakan peruntukan RM350K tu.. ayooo ni tugas berat nii..

Tapi projek invest kat umah lelong atau jual beli tanah.. pihak kementerian tak setuju pulak.. Mereka nak kita buat projek.. projek apa yang bagus ekk?

Kalo lah kampung korang dapat peruntukan cam nii.. dan korang dilantik menjadi pengerusi projek nii.. rasa-rasa.. korang rancang nak buat projek apa?

Jom kongsi-kongsi idea..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576