Beberapa hari sebelum nii.. aku asyik ulang alik hospital. Bukan apa, wife aku masuk wad, sebab mengandung kali nii.. dia ada darah tinggi. Kesian wife aku. 2 hari kena tahan kat Hospital Colombia Asia, Puchong.. pastu semalam.. doctor yang merawat dia.. cadangkan supaya dia dibawak ke Hospital Serdang

Sampai kat Hospital Serdang.. keadaan dia masih lagi stabil. Walaupun masa tuu dah macam-macam wayar melekat kat badan dia. Cuak gak tengok.. ha ha ha

Tapi wife aku.. still boleh lagi borak-borak ngan aku.. bincang pasal kerja, pasal anak-anak

Bila doctor tengok, tekanan darah wife tak stabil-stabil.. Jadi doctor mintak aku dok kat luar.. biarkan wife aku berehat sorang-sorang. Jadi ngan berat hati.. aku kena lah ikut nasihat doctor.. hu hu hu

Dalam keadaan kelam kabut cam tu pun .. sempat gak aku trade CPO.. dan alhamdulilah dapat gak untung 7 tick.. syukur sangat.. alhamdulilah.. tima kasih Faizura

Bukan tuu jee.. aku sempat gak adakan meeting ngan Cikgu Hadi.. kat Café Hospital Serdang.. sebab dia nak ukur.. mohon pecah geran.. alhamdulilah

Yang paling aku teruja.. semalam aku jugak telah dilantik.. untuk buat kerja ukur 3363 ekar kat Rawang. Alhamdulilah.. aku percaya.. semua nii adalah rezeki dari Allah untuk baby comel aku

Dalam pukul 700 malam.. wife aku telah selamat melahir putera comel kami.. tapi anak kami terpaksa dimasukkan ICU.. sebab untuk stabilkan system pernafasan dia.. kesiannya.. tersentuh hati aku..

Insyaallah hari nii.. aku kena gi lagi Hospital Serdang.. nak ambik dokumen yang perlu.. pastu aku nak gi pej pendaftaran.. nak daftarkan nama baby comel aku nii.. ngan nama Muhammad Iman bin Hafizal.. insyaallah..

Oklah.. bye bye..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576