Archive for April 28th, 2009

PROJEK JUAL TUDUNG

Aku nak mintak tolong kawan-kawan la.. mungkin korang ada sedara ke.. kawan ke.. makcik ke.. kakak kee.. yang niaga tudung.. boleh tak kenalkan ngan aku

Sebab aku cadang nak niaga tudung lak.. he he he…. sekarang nii.. macam-macam ada.. tudung ikin lah.. tudung dato k la.. telekong.. jubah.. aku pun tak reti laa.. tapi bab fesyen-fenyen nii.. kalo tanya wife aku.. mesti dia tau nii. he he he

Projek yang aku nak buat nii.. bukan untuk untung… tapi lebih kepada projek amal

Aku akan JV ngan kawan-kawan yang korang rekmen tadi.. pastu aku akan tolong jualkan tudung tuu.. untuk market obersea.. hasil untung jualan tudung tadi.. 30% akan disumbangkan kepada badan kebajikan.. yang balance 70% tuu.. untuk tambah modal lagi

Jadi.. sapa-sapa ada sedara tuu.. mintak rokmen ekk

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

CEROBOH TANAH JIRAN

Aku nak syer sikit masalah tanah klien aku nii.. al kisah ceritanya.. 20 tahun yang dulu.. Saudara A ada beli lot bungalow kat Bangi.. luas tanah 15,000kp.. dia beli tanah nii ngan pemaju perumahan lah. Pastu Saudara A pun buat lah rumah.. dan duduk kat situu.. dah hampir 18 tahun.. tanpa ada sebarang gangguan..

Tapi baru-baru nii.. dia dapat surat dari pihak kerajaan.. bagi tau.. lot bungalow dia tuu.. dah masuk tanah rezab kerajaan.. huru hara saudara A nii.. bukan setakad tanah dia jee yang kena.. tapi tanah-tanah jiran pun terlibat gak

Kononnya pemaju perumahan dulu tuu.. dah tipu saudara A ngan pembeli-pembeli lain.. kesian saudara A.. huru hara dia

Jadi sapa-sapa.. yang hadapi masalah cam nii.. korang jangan panik.. jangan cepat roboh pagar.. jangan roboh rumah lak..

Apa perlu korang buat.. korang dapatkan copy plan dan semua dokumen dari agensi kerajaan tadi.. pastu korang lantik juruukur bebas.. bagi pihak korang lah.. suruh juruukur nii semak semua dokumen tadi..

Bukan apa… ada banyak sebab kenapa boleh berlaku kesilapan cam nii.. misalnya juruukur yang dilantik kerajaan tadi.. mungkin tersalah koordinat, pelukis pelan dia mungkin tersilap lukis dan lain-lain lagi

Ok.. Kalo lah dah dibuktikan.. oleh juruukur yang korang lantik tadi.. tanah korang tak ceroboh tanah jiran.. bagus korang bawak berbincang lah.. selesai masalah

Tapi kalo sebaliknya pulak.. memang sah korang ceroboh tanah jiran.. ada beberapa pilihan yang boleh kita buat. Antaranya. korang boleh beli sebahagian tanah jiran tadi.. pastu buat pindah milik.. pastu cantum balik geran…

atau korang offer jiran tuu.. beli tanah korang lak..

atau korang jugak bole pajak, atau sewa tanah jiran tadi..

Kalo korang ceroboh tanah kerajaan lak.. korang boleh mohon tanah tadi..

Ok.. bye-bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

APA TINDAKAN JURUUKUR?

Lama gak aku tak menulis.. bukan apa.. aku agak sibuk sikit la.. ngan urusan kerja ukur mengukur nii.. selain tuu baru-baru nii.. aku berpeluang.. bekerjasama ngan agensi kerajaan.. untuk bagi talk pada orang kampung.. nak bantu orang kampung selesaikan masalah tanah mereka.. terutama pasal tanah pusaka.. pastu nak tentukan sempadan lot, ada gak yang nak pecah geran.. dan macam-macam lagi..

Ok.. hari nii.. aku nak syer sikit.. nak cerita sikit.. pasal apa tindakan juruukur.. bila korang lantik kami untuk buat kerja ukur. Terutama kalo korang nak buat pecah geran.. nak tentukan tanda sempadan.. nak buat lot bungalow..

Apa yang korang perlu sediakan.. cuma salinan geran jee.. samada korang boleh fax.. email atau pos kat kami

Pastu nanti kami akan buat semakan.. carik maklumat tanah tuu.. samada kat pejabat tanah.. atau jabatan ukur.. tapi sekarang ni senang sikit.. sebab dah ada e-koordinat.. jadi maklumat tuu kami boleh semak pakai internet jee

Bila maklumat tuu dah lengkap.. kami akan sediakan sebutharga.. pastu kami akan sediakan jugak pelan cadangan.. seperti mana yang korang nak.. pastu tuu kita akan bincang

Bila korang setuju ngan harga.. ngan pelan cadangan yang kami buat.. korang boleh lantik kami.. suruh kami start buat kerja..

Pastu nanti.. kami akan sediakan pelan dan dokumen yang perlu.. pastu kami bagi kat korang untuk sign.. bila dah sign.. kami hantar dokumen tuu pulak ke pejabat tanah.. korang tak yah susah-susah.. nak gi pejabat tanah.. tak yah nak jumpa orang pejabat tanah. Tak yah nak kowtim-kowtim.. Korang lepak jee.. semua tuu kami yang uruskan..

Selalunya dalam tempoh 3-6 bulan.. permohonan kita tuu akan lulus.. pastu kami akan bagi nasihat.. bayaran yang korang kena sediakan.. kepada LEMBAGA JURUUKUR, BENDAHARI NEGERI, AKUANTAN NEGARA, mungkin jugak JPS, CARUMAN PARIT, CARUMAN KUBUR.. dan macam-macam lagi la..

Korang cuma sediakan bank draf jee.. pastu bagi kat kami.. kami yang tolong gii buat bayaran semua tuu.. korang tak yang pening-pening..

Sijil lembaga juruukur nii penting sangat.. sebab bila sijil nii kita dapat.. pastu kami akan prepare pelan lakar.. pastu kami hantar pada pejabat tanah.. insyaallah dalam tempoh 2 bulan pastu.. korang boleh dapat geran sementara.. bila dapat geran nii.. korang dah boleh buat urus niaga.. nak jual boleh.. nak cagar boleh.. nak refinance boleh.. terpulang lah kat korang.. tapi yang pasti.. nilai tanah korang tuu dah lain.. dah semakin mahal

Pada waktu yang sama.. kami jugak akan mohon no lot dari jabatan ukur.. bila dapat jee no lot tuu.. kami kan arahkan juruukur kami.. buat kerja ukur kat site korang tuu.. untuk tandakan sempadan tanah-tanah korang

Bila siap kerja ukur kat site.. pastu kami akan siapkan pelan akui pulak.. pastu hantar kat JABATAN UKUR.. dalam tempoh 2 bulan.. pelan akui tadi.. akan diluluskan oleh Pengarah Ukur

Harap-harap lah.. korang leh dapat sikit gambaran aktiviti juruukur nii.. bukan apa.. bila korang nak pecah geran nanti.. sekurang-kurangnya.. korang tau flow dia..

Oklah.. bye-bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576