Aku nak syer sikit masalah tanah klien aku nii.. al kisah ceritanya.. 20 tahun yang dulu.. Saudara A ada beli lot bungalow kat Bangi.. luas tanah 15,000kp.. dia beli tanah nii ngan pemaju perumahan lah. Pastu Saudara A pun buat lah rumah.. dan duduk kat situu.. dah hampir 18 tahun.. tanpa ada sebarang gangguan..

Tapi baru-baru nii.. dia dapat surat dari pihak kerajaan.. bagi tau.. lot bungalow dia tuu.. dah masuk tanah rezab kerajaan.. huru hara saudara A nii.. bukan setakad tanah dia jee yang kena.. tapi tanah-tanah jiran pun terlibat gak

Kononnya pemaju perumahan dulu tuu.. dah tipu saudara A ngan pembeli-pembeli lain.. kesian saudara A.. huru hara dia

Jadi sapa-sapa.. yang hadapi masalah cam nii.. korang jangan panik.. jangan cepat roboh pagar.. jangan roboh rumah lak..

Apa perlu korang buat.. korang dapatkan copy plan dan semua dokumen dari agensi kerajaan tadi.. pastu korang lantik juruukur bebas.. bagi pihak korang lah.. suruh juruukur nii semak semua dokumen tadi..

Bukan apa… ada banyak sebab kenapa boleh berlaku kesilapan cam nii.. misalnya juruukur yang dilantik kerajaan tadi.. mungkin tersalah koordinat, pelukis pelan dia mungkin tersilap lukis dan lain-lain lagi

Ok.. Kalo lah dah dibuktikan.. oleh juruukur yang korang lantik tadi.. tanah korang tak ceroboh tanah jiran.. bagus korang bawak berbincang lah.. selesai masalah

Tapi kalo sebaliknya pulak.. memang sah korang ceroboh tanah jiran.. ada beberapa pilihan yang boleh kita buat. Antaranya. korang boleh beli sebahagian tanah jiran tadi.. pastu buat pindah milik.. pastu cantum balik geran…

atau korang offer jiran tuu.. beli tanah korang lak..

atau korang jugak bole pajak, atau sewa tanah jiran tadi..

Kalo korang ceroboh tanah kerajaan lak.. korang boleh mohon tanah tadi..

Ok.. bye-bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576