Archive for May, 2009

APA YANG BOLEH AKU USAHAKAN ATAS TANAH NI?

Aku percaya.. korang semua nii mesti ada tanah… kalo tak dee pun.. mesti tengah usaha.. nak beli tanah.. tul tak? he he he..

Aku dengar cerita.. ada geng kita dah start beli tanah dah.. bagus-bagus.. ada yang nak beli ladang sawit.. nak beli kebun getah.. ni kira perkembangan yang sihat nii.. good investment..

Kalo kita invest kat rumah lelong.. perkara yang paling mustahak.. yang mesti kita ambik kira.. adalah lokasi, lokasi lokasi. Kalo salah pilih lokasi…. akibatnya rumah kita tak leh di sewa.. jadi untuk bayar ansuran bank.. terpaksa lah pakai duit gaji.. kalo tak.. nama kita kena black list

Tapi lain ngan tanah.. invest tanah nii.. tak kisah.. kat mana pun bole.. kita boleh beli.. yang paling mustahak.. projek yang kita nak usahakan atas tanah tadi..

Kalo korang suka bela ikan mungkin korang bagus invest kat tanah berpaya atau lombong.. nanti boleh buat kolam ikan.. kalo nak buat projek balak pulak.. mungkin kena carik tanah berbukit, kalo nak buat projek perumahan.. kena lah carik tanah tepi jalan. So RAHSIA untuk invest tanah ni.. mesti berdasarkan projek yang kita nak buat

Bagi korang yang ada tanah pusaka kat kampung, yang tak usahakan lagi.. apa kata kalo kita start sekarang.. kita mulakan ngan projek yang mudah-mudah jee.. pilih projek yang pakai modal tak besar.. cam bela ayam kampung kee.. tanam limau kasturi kee, tanam nenas, tanam pisang.. bab sapa nak jaga kebun kita tuu.. kita boleh mintak tolong family uruskan. Suruhlah adik kat kampung tolong jagakan. Pastu bagi mereka upah. Mesti mereka suka punya..

Katakan hasil projek tuu.. kita boleh dapat extra income RM700 sebulan. Sikit jee kan.. tak banyakkan.. tapi walaupun sikit.. tu dah kira pasif income tuu.. tak yah buat kerja tapi dapat RM700.. kira oklah tuu

Selain tuu.. kita ada pilihan.. samada nak terus collect RM700 tuu.. atau kita boleh gandakan duit tadi supaya jadi RM100K. Adakah korang nak tahu.. rahsia dia macam mana?

Senang jee.. kasi refinance rumah-rumah sewa yang kita ada. Duit refinance 100K yang kita terima tuu.. letak dalam ASB.. pastu duit 700 tuu bayar installment bank

Kalo nak lebih lagi.. tiru cam klien aku buat.. beli tanah pastu upgrade buat kilang.. he he he

Apa pun.. korang layan gambar kat bawah nii



INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

MASALAH TANAH PUSAKA

Hari nii aku nak syer masalah tanah pusaka.. terutama yang melibatkan orang Melayu.. korang perasan tak.. kat luar sana.. banyak kes.. harta peninggalan atok-atok kita.. tak diuruskan ngan baik.. akibatnya harta tadi tak boleh diurus niaga.. lama kelamaan.. tanah tadi jadi hutan rimba

Aku tak tau.. kenapa pewaris mereka tak nak uruskan harta tuu.. mungkin mereka tak peduli kot.. atau mereka tak tau cara nak urus.. atau harta tuu sikit.. atau harta tu banyak sangat.. atau kos nak menguruskan tuu mahal kot dan banyak sebab-sebab lain laa

Selain tuu.. banyak gak kes aku jumpa.. pewaris tak tahu si mati ada tanah.. sebab si arwah terlalu berahsia.. tak pernah bagi tau anak-anak.. pastu pewaris tak tau geran tanah tuu simpan kat mana

Masalah pewaris lak.. mereka tak bersatu nak uruskan tanah pusaka tuu.. bergaduh-gaduh.. tak kerjasama.. masing-masing nak lebih.. akhirnya semua pihak merajuk..

Bagi sapa yang ada masalah tanah cam ni.. Bagus uruskan harta pusaka nii.. ia sebagai menghargai jasa.. susah payah tok moyang kita.. kalo kita tak nak sekalipun harta peninggalan si arwah nii.. kita boleh sedekahkan.. bagi kat Masjid kee.. kat anak yatim kee.. dapat gak si mati pahala.. kan bagus

Bukan susah pun nak uruskan.. kalo harta tuu kurang 600K.. korang boleh gi pejabat tanah.. gi kat bahagian pusaka kecil.. ambik borang pusaka tuu.. pastu isi.. dalam tempoh 3 bulan.. nanti orang pejabat tanah panggil pewaris.. korang datang ramai-ramai kat pejabat tanah.. selesaikan dengan muafakat.. pewaris jangan gaduh-gaduh.. selesaikan baik-baik

Yang harta lebih 600K tuu..korang boleh lantik lawyer.. nanti lawyer uruskan dari A-Z.. kes cam nii kena bawak ke mahkamah.. dalam tempoh 6 – 12 bulan.. insyaalah boleh selesai.

Selain tuu.. kita boleh rujuk gak kes pusaka nii.. kat Amanah Raya.. pihak nii boleh bantu..

Kalo yang ada buat wasiat tuu.. korang boleh mintak pihak yang berkenaan.. untuk uruskan pusaka tadi..

Mudah jee kan.. bila dah selesai.. setiap pewaris dah dapat tanah masing-masing.. so korang dah boleh upgrade tanah tadi.. tak kisahlah nak buat apa pun.. nak bela ayam kee.. nak tanam limau kee.. (opp ni projek aku.. he he he) nak buat kedai kee.. terpulang lah..

Oklah.. bye bye.. korang layan laa gambar kebun aku..


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

CASHFLOW 101 – RICH DAD


Alhamdulilah.. aku baru jee dapat stok.. 3 unit game CASHFLOW101

Jadi sapa-sapa kawan blog.. yang berminat.. nak dapatkan game CF101 nii.. boleh la berhubung terus ngan aku.. 1 unit cuma RM350.00 jee..

Aku rasa.. semua orang dah tahu.. faedah main game nii.. sebelum nii dah banyak kali aku war-warkan..

Selain kita faham apa tuu pasif income.. kita jugak belajar pasal MONEY, BISNES, AKAUN.. bukan tuu jee.. game nii mampu asuh minda kita.. untuk jadi minda hartawan.. ha ha ha..

Aku syorkan la.. sapa-sapa dah ada family tuu.. bagus ada game nii.. korang boleh main ngan family.. asuh family kita ngan ilmu kewangan dan pelaburan… apa lah sangat RM350 tuu.. berbanding ilmu yang kita dapat

Aku jamin.. korang tak kan rugi ada game nii..

“Minda anak-anak yang selalu main Cashflow101.. 10 langkah ke depan berbanding anak-anak lain”

So apa tunggu lagi..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576

CUBA TANAM LIMAU KASTURI LAK

Selain bela ayam kampung.. aku ada gak tanam limau kasturi.. ni kira pilot project aku laa nii.. baru nak cuba-cuba.. apa pun sebenarnya.. aku dah usahakan tanam limau kasturi nii.. hampir setahun setengah dah.. dan alhamdulilah.. sekarang nii.. limau-limau aku dah pun keluarkan hasil


Aku suka limau kasturi nii.. sebab permintaan dia tinggi.. harga boleh tahan.. berbuah sepanjang tahun.. tak dee musim.. senang nak urus.. tak banyak karenah.. cepat besar.. pastu lak.. taik ayam aku.. boleh letak kat pokok limau.. boleh jadi baja… ha ha ha


Dulu aku beli benih.. sebatang RM3.00.. kira mahal gak la.. tapi masa beli tuu.. dah siap ada buah dah..


Untuk project pilot nii.. aku dah tanam lebih 300 pokok.. pastu lak sekarang nii.. selang sehari kami dah boleh petik buah.. kira ok gak. sebab sekali petik tuu.. boleh dapat sekitar 25-30 kg.. lebih kurang 10 pokok.. sekilo laa


Nak petik limau nii.. agak renyah sikit.. sebijik sebijik kena potong.. berpinau gak bijik mata.. tapi untuk selesaikan masalah nii.. aku upah jee budak-budak sekolah tolong petikkan.. bukan mahal pun.. bagi seringgit dua cukup laa… berebut laa mereka datang.. he he he


Limau nii nak kena selalu racun.. macam-macam racun ada.. aku pun tak berapa paham sangat.. racun buah… racun daun.. banyak lagi laa.. selain tuu baja banyak gak nak kena pakai.. baja buah.. baja daun.. tapi nak bagi pokok limau aku tahan lama.. aku letak baja kepala ikan bilis jee.. subur gila pokok limau aku..


Untuk tempoh sekarang nii.. limau-limau aku.. aku jual kat kedai tomyam jee.. mereka ambik sekilo RM5.00.. ok gak laa.. 25kg x RM5.00 = RM125.. pastu RM125 x 15 hari (sebulan) = RM1875.. tolak baja, tolak racun.. tolak upah.. tolak harga turun naik.. untuk 2 bulan nii.. boleh dapat sekitar RM500.. boleh laa

Untuk akan datang.. aku nak tambah pokok limau lagi.. sebab ada baki tanah yang lom usaha.. sekitar 1.6 ekar lagi.. aku rasa 400-450 pokok boleh tanam lagi kot.. Tadi budak Indon aku dah start gali lubang dah.. Insyaallah sehari dua lagi bole siap.. Pastu dah boleh tanam dah..

Ok.. bye bye.. (gambar limau.. nanti aku upload)

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

REBAN AYAM AKU ROBOH

Tadi aku gi kenduri umah sifu kita.. Sifu Pie2020.. sempena majlis akikah anak dia.. ramai gak kawan-kawan blog datang.. meriah sungguh.. ha ha ha.. Sorry la.. kejap jee dapat borak ngan korang..

Sebab tadi aku ada meeting ngan orang kampung.. nak bantu orang kampung.. selesaikan masalah tanah mereka.. yang dah hampir 20 tahun tertangguh..

Lepas meeting jee.. aku pun cergas balik kampung.. nak tengok perkembangan ayam-ayam aku..

Sampai jee kampung.. abang aku bagi tau.. ada berita kurang best.. sebab reban ayam aku… kena hempap ngan pokok durian.. teruk gak.. 2 batang tiang pagar patah ..

Sebab dua hari lepas.. ada angin pusing kat kampung aku.. jadi banyak lah pokok-pokok tumbang.. ada gak dahan-dahan yang sekah.. tu yang hempap reban ayam aku tu… tapi alhamdulilah laa.. semua ayam-ayam aku selamat.. reban jee rosak sikit

Pastu.. abang aku kenalah repair reban tuu.. dan laa nii.. dah cantik kembali

Sekarang nii.. bukan ayam jee yang aku bela.. itik pun aku belasah gak.. ha ha

Ok.. bye bye.. (lambat tul nak upload)

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

TRY TERNAK AYAM KAMPUNG LAK..

Sekarang nii.. untuk makluman kawan-kawan.. aku tengah mengusahakan ternakan ayam kampung.. tapi untuk permulaan nii.. aku start ngan skala kecik dulu.. adalah dalam 100 ekor.. bapak ngan induk ayam.. saje jee untuk suka-suka.

Sekurang-kurangnya kalo aku balik kampung tu.. anak-anak aku tak laa boring.. ada benda la Si Naufal ngan Si Aisy tuu nak buat.. he he he

Projek ayam nii.. abang aku yang tolong jagakan.. dia lah yang tolong bagi makan.. dia lah yang uruskan semua.. aku cuma beli anak ayam ngan beli dedak jee.. he he he

Aku buat ternakan nii.. kat Kg Rinching Tengah, Beranang. Kat kampung halaman aku laa

Konsep ternakan kami mudah jee.. untung main CPO.. convert buat projek ayam.. pastu setiap minggu kami mesti beli anak ayam.. untuk tambah koleksi ayam-ayam kami..

Caranya.. kami ronda satu kampung.. pastu tanya dari rumah ke rumah.. sapa-sapa nak jual anak ayam.. kesannya berebut orang kampung nak jual.. pastu kami beli la.. sekor anak ayam.. harga dia sekitar RM2.00 – RM2.50.. kadang-kadang tuu RM1.50 pun jalan.. murah jee kan.. he he he

Dah beli tuu.. anak-anak ayam tadi kami bawak balik umah.. kami letak dalam kotak. Kotak nii khas untuk anak-anak ayam yang lom tumbuh bulu (ehh cam seksi jee ayat aku nii) he he he.. setiap malam lak.. kami pasangkan lampu.. biar ayam kami tak sejuk..

Bila anak-anak ayam nii dah besar.. sekitar 2 penumbuk.. baru la kami lepaskan dalam reban.. biarkan dia berlari-lari kegirangan

Bab makanan ayam lak.. semua benda kami bagi.. nasi la.. gandum.. jagung .. pisang.. betik.. nangka.. pendek kata.. apa jee benda yang ada kat kampung nii.. semua kami bagi.. asalkan benda tuu free.. belasah jee

Sebab projek kami nii baru start.. kami tak jual ayam. Tapi kami jual telor jee dulu.. sebijik RM0.50.. setakad hari nii.. jualan amat memberangsangkan.. tak yah marketing pun.. mamat indon datang beli.. kononnya telor ayam kampung nii.. bagus makan ngan jamu..

Jadi duit tu la.. kami buat modal pusingan.. untuk beli makanan dan ubat ayam.

Nak suruh ayam nii banyak telor lak.. kami campur belacan dalam makanan ayam.
Mula-mula tuu aku pun tak percaya formula nii.. sebab takut mati lak ayam-ayam aku kang.. tapi bila dah try dalam 2 bulan nii.. terbukti berkesan gak cara nii

Dulu sehari boleh dapat 15-25 bijik telor.. tapi sekarang nii leh dapat 40-50 bijik.. kira ok lah tuu..

Sapa-sapa ada petua pasal ayam tuu.. leh laa syer ngan aku.. ha ha ha.. sebab aku nii baru nak mencuba..

Pasni aku cadang nak tetaskan telor-telor ayam lak.. nak kasi banyakkan anak.. so nanti.. kami kena beli penetas ayam..

Ternak ayam camnii.. nak kena skala besar sikit.. sekurang-kurangnya dalam 1000-2000 ekor tuu.. agak best lah.. ngan jumlah tuu.. baru la nampak duit sikit.. kalo sehari katakan kita boleh dapat 700 bijik telor.. 700 x RM0.50 = RM350.00.. tolak makanan RM150.00 sehari.. bole laa dapat RM250.00..

Sebulan lak.. RM250.00 x 25hari = RM6250.00.. banyak gak kan.. on paper nampak banyak kan.. tapi kalo kita buat betoi-betoi.. barulah kita nampak hasil dia.

Kalo cam projek aku sekarang nii.. masih stok geli-geli lagi.. ha ha ha.. untung ciput je

Insyallah.. kalo kami nak upgrade.. dah tak susah dah.. nak kena pakai modal sikit jee lagi.. sebab reban sedia ada sekarang nii.. kami dah buat besar

Peringkat sekarang nii.. kami tengah ambik pengalaman.. belajar sifat-sifat ayam.. mungkin 3 bulan lagi.. boleh upgrade sudah.. harap-haraplah.. ternakan ayam nii sesuai ngan kami. Insyallah.. korang doakan kami ekk

Ok lah.. layan gambar-gambir ayam aku.. ha ha ha


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576