Semenjak main CF101 hari Jumaat lepas.. kat umah Azmi.. sampai lah sekarang nii. aku asyik fikir pasal pasif income jee.. duit duit duit.. he he he.. “macam mana nak tambah pasif income lagi ni?” he he he

Mana tak nyee.. cemburu lak aku tengok.. bila ramai kawan-kawan blog.. yang masih muda belia.. bujang trang tang-tang.. tapi dah pun ada kesedaran pasal financial.. bukan tuu jee.. rumah dah ada banyak.. tanah dah ada ber ekar-ekar.. emas dah berpeti-peti.. pasif income dah pun lebat.. he he he..

Tapi.. apa pun usaha kita.. niat kita kena betull.. kita usaha kerana agama.. kerana Allah.. tul tak?

Korang perasan tak.. sekarang nii.. konsep bisnes dah bertukar.. maksud aku dah berubah.. tak macam dulu-dulu lagi

Kalo dulu.. ramai orang berniaga.. mesti nak jual barang.. atau nak jual service.. contohnya macam niaga kedai runcit.. jual kain.. service ukur tanah.. service ambik gambar dan lain-lain lah..

Maleh aku nak cerita panjang bab nii.. sebab konsep bisnes aku nii.. tergolong dalam bisnes yang dah out-dated nii.. patutlah susah nak kaya.. he he he

Pastu konsep bisnes tu bertukar kepada konsep direct selling lak.. cam AMWAY, AVON, MAA dan seangkatan dengannya.. mereka pakai konsep agen.. nak jadi agen.. kena bayar RM100. pastu kita dapat pamplet.. dapat cam-cam katelog.. dan si agen nii pulak.. di kasta-kastakan oleh syarikat tadi.. ada yang agen biasa.. ada agen gold.. ada lak agen platinum.. tahap kasta tuu.. ditentukan oleh berapa banyak sale agen tadi..

Tapi sekarang nii lak.. konsep dah bertukar.. mereka tak lantik agen-agen lagi.. tapi mereka mencari pelabur.. untuk bersama-sama kembangkan bisnes mereka.. cam HAI-O MARKETING, PUBLIC GOLD dan lain-lain.. pelabur nii kena bayar jumlah tertentu.. ada sampai RM15K, RM30K.. untuk layakkan pelabur untuk jual produk mereka..

Bukan tuu jee.. kalo kita tak dee duit.. tapi berminat nak join benda nii.. ada bank yang sanggup bagi loan lagi.. kononnya benda ni cam konsep francise lah pulak.. aku tak nafikan.. ada pelabur yang berjaya.. tapi ramai gak yang terlingkup.. kesian beb

Bagi aku laa.. kalo group kita.. mampu pikir.. konsep bisnes cam nii.. pasti kumpulan kita boleh mewah beb

Syarat dia.. projek yang kita nak buat tuu.. mesti menguntungkan pelabur.. kalo pelabur tak boleh jual sekalipun.. nilai benda tu tetap akan naik.. selain tuu.. pelabur boleh dapat pasif income tambahan

Disebabkan aku nii juruukur.. aku cuma nampak kat sektor hartanah lah.. kita boleh mulakan ngan beli tanah 3-4 ekar.. tanah pertanian.. kita carik kawasan yang cun.. pastu kita buat proposal baik-baik.. pastu lak.. kita carik pelabur berminat.. untuk beli tanah tuu.. pastu kita tukarkan syarat tanah tadi.. pecah-pecah lot.. untuk buat lot bungalow.. akhirnya.. sampai lah setiap pelabur tadi.. boleh dapat geran masing-masing

Pelabur tak perlu risau.. sebab bila dapat jee geran individu.. pelabur dah selamat.. nilai tanah tadi otomatik.. akan naik.. terpulang pada pelabur.. samada nak jual balik kee.. atau sebaliknya.. kalo simpan sekalipun.. benda nii tak busuk.. setiap tahun.. nilai tanah tuu pasti akan naik.. kalo terdesak nak pakai duit.. pelabur boleh refinance.. tul tak?

Korang cam ner lak? Jom curahkan idea korang kat sini.. ha ha ha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576