Selain bela ayam kampung.. aku ada gak tanam limau kasturi.. ni kira pilot project aku laa nii.. baru nak cuba-cuba.. apa pun sebenarnya.. aku dah usahakan tanam limau kasturi nii.. hampir setahun setengah dah.. dan alhamdulilah.. sekarang nii.. limau-limau aku dah pun keluarkan hasil


Aku suka limau kasturi nii.. sebab permintaan dia tinggi.. harga boleh tahan.. berbuah sepanjang tahun.. tak dee musim.. senang nak urus.. tak banyak karenah.. cepat besar.. pastu lak.. taik ayam aku.. boleh letak kat pokok limau.. boleh jadi baja… ha ha ha


Dulu aku beli benih.. sebatang RM3.00.. kira mahal gak la.. tapi masa beli tuu.. dah siap ada buah dah..


Untuk project pilot nii.. aku dah tanam lebih 300 pokok.. pastu lak sekarang nii.. selang sehari kami dah boleh petik buah.. kira ok gak. sebab sekali petik tuu.. boleh dapat sekitar 25-30 kg.. lebih kurang 10 pokok.. sekilo laa


Nak petik limau nii.. agak renyah sikit.. sebijik sebijik kena potong.. berpinau gak bijik mata.. tapi untuk selesaikan masalah nii.. aku upah jee budak-budak sekolah tolong petikkan.. bukan mahal pun.. bagi seringgit dua cukup laa… berebut laa mereka datang.. he he he


Limau nii nak kena selalu racun.. macam-macam racun ada.. aku pun tak berapa paham sangat.. racun buah… racun daun.. banyak lagi laa.. selain tuu baja banyak gak nak kena pakai.. baja buah.. baja daun.. tapi nak bagi pokok limau aku tahan lama.. aku letak baja kepala ikan bilis jee.. subur gila pokok limau aku..


Untuk tempoh sekarang nii.. limau-limau aku.. aku jual kat kedai tomyam jee.. mereka ambik sekilo RM5.00.. ok gak laa.. 25kg x RM5.00 = RM125.. pastu RM125 x 15 hari (sebulan) = RM1875.. tolak baja, tolak racun.. tolak upah.. tolak harga turun naik.. untuk 2 bulan nii.. boleh dapat sekitar RM500.. boleh laa

Untuk akan datang.. aku nak tambah pokok limau lagi.. sebab ada baki tanah yang lom usaha.. sekitar 1.6 ekar lagi.. aku rasa 400-450 pokok boleh tanam lagi kot.. Tadi budak Indon aku dah start gali lubang dah.. Insyaallah sehari dua lagi bole siap.. Pastu dah boleh tanam dah..

Ok.. bye bye.. (gambar limau.. nanti aku upload)

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576