Archive for May 29th, 2009

APA YANG BOLEH AKU USAHAKAN ATAS TANAH NI?

Aku percaya.. korang semua nii mesti ada tanah… kalo tak dee pun.. mesti tengah usaha.. nak beli tanah.. tul tak? he he he..

Aku dengar cerita.. ada geng kita dah start beli tanah dah.. bagus-bagus.. ada yang nak beli ladang sawit.. nak beli kebun getah.. ni kira perkembangan yang sihat nii.. good investment..

Kalo kita invest kat rumah lelong.. perkara yang paling mustahak.. yang mesti kita ambik kira.. adalah lokasi, lokasi lokasi. Kalo salah pilih lokasi…. akibatnya rumah kita tak leh di sewa.. jadi untuk bayar ansuran bank.. terpaksa lah pakai duit gaji.. kalo tak.. nama kita kena black list

Tapi lain ngan tanah.. invest tanah nii.. tak kisah.. kat mana pun bole.. kita boleh beli.. yang paling mustahak.. projek yang kita nak usahakan atas tanah tadi..

Kalo korang suka bela ikan mungkin korang bagus invest kat tanah berpaya atau lombong.. nanti boleh buat kolam ikan.. kalo nak buat projek balak pulak.. mungkin kena carik tanah berbukit, kalo nak buat projek perumahan.. kena lah carik tanah tepi jalan. So RAHSIA untuk invest tanah ni.. mesti berdasarkan projek yang kita nak buat

Bagi korang yang ada tanah pusaka kat kampung, yang tak usahakan lagi.. apa kata kalo kita start sekarang.. kita mulakan ngan projek yang mudah-mudah jee.. pilih projek yang pakai modal tak besar.. cam bela ayam kampung kee.. tanam limau kasturi kee, tanam nenas, tanam pisang.. bab sapa nak jaga kebun kita tuu.. kita boleh mintak tolong family uruskan. Suruhlah adik kat kampung tolong jagakan. Pastu bagi mereka upah. Mesti mereka suka punya..

Katakan hasil projek tuu.. kita boleh dapat extra income RM700 sebulan. Sikit jee kan.. tak banyakkan.. tapi walaupun sikit.. tu dah kira pasif income tuu.. tak yah buat kerja tapi dapat RM700.. kira oklah tuu

Selain tuu.. kita ada pilihan.. samada nak terus collect RM700 tuu.. atau kita boleh gandakan duit tadi supaya jadi RM100K. Adakah korang nak tahu.. rahsia dia macam mana?

Senang jee.. kasi refinance rumah-rumah sewa yang kita ada. Duit refinance 100K yang kita terima tuu.. letak dalam ASB.. pastu duit 700 tuu bayar installment bank

Kalo nak lebih lagi.. tiru cam klien aku buat.. beli tanah pastu upgrade buat kilang.. he he he

Apa pun.. korang layan gambar kat bawah nii



INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

MASALAH TANAH PUSAKA

Hari nii aku nak syer masalah tanah pusaka.. terutama yang melibatkan orang Melayu.. korang perasan tak.. kat luar sana.. banyak kes.. harta peninggalan atok-atok kita.. tak diuruskan ngan baik.. akibatnya harta tadi tak boleh diurus niaga.. lama kelamaan.. tanah tadi jadi hutan rimba

Aku tak tau.. kenapa pewaris mereka tak nak uruskan harta tuu.. mungkin mereka tak peduli kot.. atau mereka tak tau cara nak urus.. atau harta tuu sikit.. atau harta tu banyak sangat.. atau kos nak menguruskan tuu mahal kot dan banyak sebab-sebab lain laa

Selain tuu.. banyak gak kes aku jumpa.. pewaris tak tahu si mati ada tanah.. sebab si arwah terlalu berahsia.. tak pernah bagi tau anak-anak.. pastu pewaris tak tau geran tanah tuu simpan kat mana

Masalah pewaris lak.. mereka tak bersatu nak uruskan tanah pusaka tuu.. bergaduh-gaduh.. tak kerjasama.. masing-masing nak lebih.. akhirnya semua pihak merajuk..

Bagi sapa yang ada masalah tanah cam ni.. Bagus uruskan harta pusaka nii.. ia sebagai menghargai jasa.. susah payah tok moyang kita.. kalo kita tak nak sekalipun harta peninggalan si arwah nii.. kita boleh sedekahkan.. bagi kat Masjid kee.. kat anak yatim kee.. dapat gak si mati pahala.. kan bagus

Bukan susah pun nak uruskan.. kalo harta tuu kurang 600K.. korang boleh gi pejabat tanah.. gi kat bahagian pusaka kecil.. ambik borang pusaka tuu.. pastu isi.. dalam tempoh 3 bulan.. nanti orang pejabat tanah panggil pewaris.. korang datang ramai-ramai kat pejabat tanah.. selesaikan dengan muafakat.. pewaris jangan gaduh-gaduh.. selesaikan baik-baik

Yang harta lebih 600K tuu..korang boleh lantik lawyer.. nanti lawyer uruskan dari A-Z.. kes cam nii kena bawak ke mahkamah.. dalam tempoh 6 – 12 bulan.. insyaalah boleh selesai.

Selain tuu.. kita boleh rujuk gak kes pusaka nii.. kat Amanah Raya.. pihak nii boleh bantu..

Kalo yang ada buat wasiat tuu.. korang boleh mintak pihak yang berkenaan.. untuk uruskan pusaka tadi..

Mudah jee kan.. bila dah selesai.. setiap pewaris dah dapat tanah masing-masing.. so korang dah boleh upgrade tanah tadi.. tak kisahlah nak buat apa pun.. nak bela ayam kee.. nak tanam limau kee.. (opp ni projek aku.. he he he) nak buat kedai kee.. terpulang lah..

Oklah.. bye bye.. korang layan laa gambar kebun aku..


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576