Hari nii aku nak syer masalah tanah pusaka.. terutama yang melibatkan orang Melayu.. korang perasan tak.. kat luar sana.. banyak kes.. harta peninggalan atok-atok kita.. tak diuruskan ngan baik.. akibatnya harta tadi tak boleh diurus niaga.. lama kelamaan.. tanah tadi jadi hutan rimba

Aku tak tau.. kenapa pewaris mereka tak nak uruskan harta tuu.. mungkin mereka tak peduli kot.. atau mereka tak tau cara nak urus.. atau harta tuu sikit.. atau harta tu banyak sangat.. atau kos nak menguruskan tuu mahal kot dan banyak sebab-sebab lain laa

Selain tuu.. banyak gak kes aku jumpa.. pewaris tak tahu si mati ada tanah.. sebab si arwah terlalu berahsia.. tak pernah bagi tau anak-anak.. pastu pewaris tak tau geran tanah tuu simpan kat mana

Masalah pewaris lak.. mereka tak bersatu nak uruskan tanah pusaka tuu.. bergaduh-gaduh.. tak kerjasama.. masing-masing nak lebih.. akhirnya semua pihak merajuk..

Bagi sapa yang ada masalah tanah cam ni.. Bagus uruskan harta pusaka nii.. ia sebagai menghargai jasa.. susah payah tok moyang kita.. kalo kita tak nak sekalipun harta peninggalan si arwah nii.. kita boleh sedekahkan.. bagi kat Masjid kee.. kat anak yatim kee.. dapat gak si mati pahala.. kan bagus

Bukan susah pun nak uruskan.. kalo harta tuu kurang 600K.. korang boleh gi pejabat tanah.. gi kat bahagian pusaka kecil.. ambik borang pusaka tuu.. pastu isi.. dalam tempoh 3 bulan.. nanti orang pejabat tanah panggil pewaris.. korang datang ramai-ramai kat pejabat tanah.. selesaikan dengan muafakat.. pewaris jangan gaduh-gaduh.. selesaikan baik-baik

Yang harta lebih 600K tuu..korang boleh lantik lawyer.. nanti lawyer uruskan dari A-Z.. kes cam nii kena bawak ke mahkamah.. dalam tempoh 6 – 12 bulan.. insyaalah boleh selesai.

Selain tuu.. kita boleh rujuk gak kes pusaka nii.. kat Amanah Raya.. pihak nii boleh bantu..

Kalo yang ada buat wasiat tuu.. korang boleh mintak pihak yang berkenaan.. untuk uruskan pusaka tadi..

Mudah jee kan.. bila dah selesai.. setiap pewaris dah dapat tanah masing-masing.. so korang dah boleh upgrade tanah tadi.. tak kisahlah nak buat apa pun.. nak bela ayam kee.. nak tanam limau kee.. (opp ni projek aku.. he he he) nak buat kedai kee.. terpulang lah..

Oklah.. bye bye.. korang layan laa gambar kebun aku..


INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576