Archive for July, 2009

DEMAM PETROL STATION

Sejak dua menjak nii.. aku ada banyak kes.. kekawan yang nak bukak petrol station

Dan petang semalam gak.. aku ada meeting kat Cyberjaya.. bersama aku semalam anak Dato Z dan anak Dato S

Focus perbincangan kita orang.. pasal cara-cara nak buat petrol station.. Sebab mereka nii ada tanah kat kawasan Dengkil. Mereka cadang nak buat KEBENARAN MERANCANG.. bila lulus KM tuu nanti.. pastu mereka nak jual tanah berkenaan kat syarikat minyak

Kononnya mereka ada orang dalam.. mereka dah pun berbincang.. katanya orang dalam tuu dah pun setuju untuk beli tanah berkenaan.. ngan harga yang agak mahal lak tuu..

Bab macam mana mereka deal ngan syarikat minyak tuu.. aku tak berapa paham laa.. tapi katanya kalo projek nii on.. bole untung juta-juta.. wowowow..

Bestnya.. mereka cuma beli tanah jee.. pastu mereka upgrade status tanah tuu jadikan petrol station.. pastu jual kat syarikat minyak.. untung lak boleh juta-juta

Pada pendapat aku laa.. kita kena hati-hati ngan bisnes cam nii.. jangan ikut perasaan.. sebab ada gak kes klien aku sebelum nii.. KM tanah mereka dah pun lulus.. tukar syarat tanah dah lulus gak.. tapi syarikat minyak tak jadi beli tanah mereka.. rugi beb

Alasan mereka.. kenderaan yang lalu kat jalan tuu.. tak cukup banyak.. jadi mereka cancel beli tanah berkenaan..

Bagi kes cam nii.. bukan untung juta-juta lagi.. tapi dah rugi juta-juta.. hu hu hu.. ok laa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

BENDA APA AKU NAK JUAL NI?

Untuk hari nii.. aku nak syer ngan korang pasal memilih produk, benda apa yang paling sesuai ngan kita

Bagi aku laa.. nak pilih produk atau perkhidmatan untuk dijual nii.. tak ubah macam nak carik bini.. hu hu hu. Produk atau perkhidmatan tuu mesti ngam ngan kita. Pendek kata.. kita makan ke, tido ke, buat apa benda pun.. asyik teringat benda tuu jee..

Aku percaya.. setiap orang mesti ada minat masing-masing.. macam

Sifu Pokli minat ngan emas
Sifu Faris lebih kat uruskan rumah lelong
Sifu Pie lebih kat pelaburan hartanah

Mereka nii.. bukan sekadar minat jee.. tapi mereka happy, pastu mereka seronot syer pengalaman mereka, dan paling best, dia orang nii mampu turn minat tadi jadi duit.. hebatkan

Tercabar beb.. bila dengar cerita sifu-sifu kita.. mereka boleh untung puluh ribu ringgit setahun.. hanya buat benda yang mereka suka

Rasa-rasanya lepas nii.. kita nak jual benda apa lak ekk?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

PECAH GERAN – TANAH PERTANIAN KURANG SEKAR

Suka aku war-warkan kat korang semua.. kalo laa korang ada masalah tanah pusaka, yang satu geran banyak nama.. ada nama atok, angah, makcik tu, makcik nii.. sekarang nii korang dah bole mohon untuk pecah geran

Aku ada beberapa projek tengah on.. Ni kira pilot projek laa nii.. kalo laa projek nii boleh berjaya.. Insyaallah.. pasni boleh laa aku tolong orang lain lak.. terutama uruskan tanah-tanah pusaka.. kebanyakkannya melibatkan tanah orang Melayu.. kat kampung-kampung

Kesian kumpulan nii.. mereka ni ada tanah.. tapi tanah mereka tuu.. 1 geran banyak pemilik.. kalo laa tak diuruskan bebaik.. rugi laa

Tanah yang banyak nama.. tak boleh nak cagar kat bank.. nak buat loan kerajaan pun tak leh..

Pastu bila 1 geran banyak nama nii.. selalunya.. tuan-tuan tanah mesti gaduh pasal sempadan

Kalo nak jual tanah lak.. tak ramai yang minat nak beli.. sebab pihak bank tak nak bagi loan.. kesian kan

Kalo laa projek nii berjaya.. sebenarnya ada banyak peluang investment tanah.. yang boleh aku syer ngan korang nanti.. korang boleh buat duit oooo.. mesti masssuukkkkk punya

Oklaaa.. doakan aku ekkk

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

AKU SUKA DIRI AKU SENDIRI

Aku baru jee habis baca 1 lagi buku.. tajuk buku nii “ THE PSYCHOLOGY OF SELLING” tulisan BRIAN TRACY gak

Korang perasan tak.. selalunya kita nii.. nak jadi macam orang lain. Nak tiru macam orang lain.. kejap nak jadi petani laa.. nak bukak kedai makan laa.. nak jadi penulis laa.. last-last kita tak focus

Lebih teruk lagi.. kita asyik puji orang lain jee.. misalnya
“mamat tuu hebat laa.. kambing dia ada 1000 ekor”..
“mamat tuu kaya laa.. ada 10kg emas”
“mamat tuu mewah laa.. rumah sewa ada 15 bijik”

Kalo laa.. kita selalu sangat puji orang lain.. sapa lak nak puji diri kita sendiri.. tul tak? Akhirnya emosi kita terganggu. Pastu mungkin kita rasa rendah diri.. tak yakin diri

Untuk atasi cabaran tuu.. penulis buku nii cadangkan supaya, kita puji diri kita sendiri.. katakan banyak kali.. kalo boleh lebih 30x sehari

“aku sayang diri aku sendiri”
“aku suka diri aku sendiri”
“aku suka profesion aku”
“aku jugak genius”

Bila kita sebut ayat-ayat macam nii.. sebenarnya semangat diri kita akan naik.. pastu bila kita ulang-ulang banyak kali lagi.. secara tak langsung.. keyakinan kita akan bertambah.. prestasi kerja pun akan meningkat

So apa kata.. jom kita puji diri kita sendiri.. hu hu hu

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

ORANG KAYA SELALUNYA BANYAK MEMBACA

Hari nii aku nak syer ngan korang.. pasal buku yang baru jee habis aku baca.. tajuk buku nii THE ART OF CLOSING THE SALE.. yang ditulis oleh BRIAN TRACY

Bagus gak buku nii.. sebab ada banyak benda baru.. yang boleh aku belajar.. terutama yang melibatkan amalan membaca

Kata penulis buku nii.. amalan membaca nii.. akan suburkan minda kita. Caranya sekurang-kurangnya kita peruntukan masa selama 30 – 60 minit setiap hari.. kita mesti membaca buku.. terutama yang berkaitan ngan bidang kita

Sapa-sapa minat hartanah.. baca laa buku hartanah.. sapa minat pelaburan.. bole baca buku pelaburan..

Sebab kata penulis lagi.. apa yang kita masukkan ke dalam minda, dalam masa satu jam pertama setiap hari, menentukan keadaan minda kita sepanjang hari.. wowowowowo.. hu hu hu

Katakan kita membaca 30 minit sehari.. seminggu kita boleh habiskan satu buku.. kalo setahun 50 buah buku.. kalo sepuluh tahun sudah 500 buku.. kalo dah baca 500 buah buku tuu.. tuu dah tahap gaban tuu. hu hu hu

Oklaa.. rasa-rasa pasni korang nak baca buku apa ekkk?? Renung-renungkan

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

UPGRADE DOA KORANG

Hari nii aku nak sambung lagi.. hasil perbincangan aku dengan Saiful. Satu benda yang aku rasa.. bagus aku syer ngan kekawan semua

Selain cerita pasal matlamat.. Saiful ada sentuh pasal doa.. korang perasan tak.. macam mana kita berdoa?

Bagi kes aku.. aku berdoa main hafal jee. Yelaahh dulu masa zaman sekolah.. Ustaz paksa kita orang.. hafal doa lepas sembahyang.. sapa tak hafal.. kena rotan.. hu hu hu… jadi semua budak-budak takut laa

Akibatnya sampai sekarang nii.. aku berdoa.. “doa hafal” sebenarnya.. Jadi dulu.. kini.. selamanya.. tuu laa doa aku.. he he he.. tak dee improvement..

Aku bagi contoh laa.. salah satu doa untuk bukak rezeki cam nii..

Yaallah.. sekiranya rezeki kami masih dilangit maka Kau turunkan
Sekiranya rezeki kami masih di dalam bumi maka kau keluarkan
Sekiranya rezeki kami masih jauh maka Kau dekatkan Ya Allah
Sekiranya rezeki kami haram maka Kau sucikan
Sekiranya rezeki kami susah maka kau mudahkan Ya Allah

Kata Saiful.. doa macam nii bagus sangat.. tapi lagi bagus.. kita tambah lagi.. yang lebih spesifik.. misalnya

“Ya Allah, kami mohon kepada Mu.. Supaya Kau segerakan.. tingkatkan pasif income kami.. dari RM6K kepada RM10K… menerusi hartanah.. Agar kami menjadi hamba yang merdeka”

Korang rasa.. kalo kita tambah macam nii.. salah tak???

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576