Alhamadulilah.. akhirnya berjaya jugak.. kita adakan mesyuarat koperasi kali yang pertama.. meriah sungguh.. ramai kekawan yang datang.. semuanya taikon-taikon tuu.. ha ha ha

Istimewanya koperasi ni KOPERASI HARTANAH SELANGOR BERHAD.. kebanyakkan kita.. mula-mula dulu.. kita kenal menerusi internet.. pastu kita ber TT.. dan sekarang nii.. dah ada koperasi lak.. alhamdulilah.. perkembangan yang amat sihat

Pada mereka.. yang telah dilantik menjadi lembaga pengarah.. aku nak ucap tahniah.. pasni korang kena kerja kuat untuk ahli ekk.. korang kena berkorban untuk ahli.. mengahlikan ekonomi koperasi.. Percayalah.. rakan-rakan lain akan menilai korang

Untuk warga koperasi lak.. jom lah kita bekerjasama.. kita rapatkan barisan.. kita rebut peluang hartanah kat luar sana

Yakinlah.. kita juga boleh berjaya macam bangsa lain.. sebab dengan pelaburan hartanah.. semua nii tak mustahil

Untuk melicinkan pentadbiran koperasi.. apa kata.. kalo bole kita listkan.. apa benda yang korang nak dari koperasi.. tujuan dia.. untuk mudahkan lembaga pengarah nak buat kerja

Untuk kekawan blog yang lain.. korang boleh gak bagi pandangan.. jangan memalu.. jangan segan..

Ok lah.. jom kita senaraikan

1. aku nak koperasi bantu memerdekakan ahli.. supaya setiap ahli ada pasif income lebih banyak dari perbelanjaan bulanan mereka

2. aku suka.. kalo bole koperasi dapat salurkan maklumat financial terkini.. loan mana terbaik.. kaedah baru nak buat loan dan lain-lain info.. maklumlaa.. ramai ahli nii buta financial (aku la tuu.. ha ha ha)

3. aku nak invest.. beli kedai sesorang.. aku tak larat.. jadi aku harap.. dengan koperasi nii.. kita dah boleh mula.. invest kat bangunan kedai lak..

4. Aku seronok sangat.. kalo bole.. ngan koperasi nii.. ahli boleh beli tanah pertanian dgn harga murah.. masing-masing ada kebun

5. Aku tak suka.. koperasi berniaga ngan ahli.. koperasi ambik untung dari ahli.. tak seronot lahh.. sebaliknya ahli adalah raja.. kalo koperasi nak untung.. koperasi boleh niaga ngan orang luar

6. Bagi ahli yang belom ada rumah untuk tinggal.. bole daftar nama ngan koperasi.. koperasi bantu mereka untuk dapatkan rumah

7. Aku nak koperasi adakan program.. ajar ahli.. pasal financial.. pengurusan duit

8. korang sambung lakkkk laaaa.. hak hak hak

ok.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576