Hari nii aku ada meeting kat Pejabat Tanah Bangi.. biasalah.. apa lagi.. kalo tak bincang, masalah tanah yang tak habis-habis

Al kisah ceritanya.. klien aku nii.. Si Kak N.. dulu dia beli tanah.. 2 ekar kat Hulu Langat.. tapi geran dia kongsi-kongsi.. dia kongsi ngan Abang R sekar dan Datin H sekar

Sekarang nii.. mereka semua dah tua-tua.. jadi masing-masing nak dapatkan geran individu.. kononya mudah nak bagi kat anak-anak

Aku setuju usaha kak N nii.. yelah kalo geran kongsi-kongsi nii.. nak gadai kee.. nak jual kee.. susah beb.. sebab nak kena dapatkan persetujuan semua tuan tanah

Malangnya usaha kak N terbantut sikit.. sebab Abang R dan Datin H.. tak nak bagi kerjasama. Mereka macam tak peduli jee.. kesian kak N

Tapi syukur laa kak N tak cepat putus asa.. dia mengadu masalah nii kat pejabat tanah.. dan tadi alhamdulilah.. nampaknya mesyuarat berjalan lancar.. tak dee pun bantahan dari Abang R dan Datin H..

Insyaallah dalam sebulan lagi.. permohonan kak N akan lulus.. dan bole laa kak N dapat geran individu.. tahniah kak N

NILAI TANAH
Nilai tanah untuk area nii dalam RM120K sekar
Kak N ada 2 ekar : 240K
Abang R sekar : 120K
Datin H sekar : 120K
TOTAL : RM480K

UPAH UKUR
Upah pecah geran tanah dalam : 6.5K

HASIL
Kak N dapat geran individu.. atas nama kak N sendiri.. nilai tanah dia RM240K.. nak jual kee.. nak gadai kee dah senang dah..
Abang R dan Datin H.. masih lagi geran kongsi-kongsi

Aku heran laa.. kenapa laa mereka nii.. tak nak uruskan tanah mereka ekkk.. rugi laa.. bukan dia jee rugi.. kita pun rugi gakā€¦ sebab tanah tuu tanah rezab Melayu.. last last Melayu gak yang rugi.. hampeh betul laa

Kalo laa.. Abang R ngan Datin H nak bagi tanah free.. korang rasa korang nak tak?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576