Hari nii aku nak sambung lagi.. hasil perbincangan aku dengan Saiful. Satu benda yang aku rasa.. bagus aku syer ngan kekawan semua

Selain cerita pasal matlamat.. Saiful ada sentuh pasal doa.. korang perasan tak.. macam mana kita berdoa?

Bagi kes aku.. aku berdoa main hafal jee. Yelaahh dulu masa zaman sekolah.. Ustaz paksa kita orang.. hafal doa lepas sembahyang.. sapa tak hafal.. kena rotan.. hu hu hu… jadi semua budak-budak takut laa

Akibatnya sampai sekarang nii.. aku berdoa.. “doa hafal” sebenarnya.. Jadi dulu.. kini.. selamanya.. tuu laa doa aku.. he he he.. tak dee improvement..

Aku bagi contoh laa.. salah satu doa untuk bukak rezeki cam nii..

Yaallah.. sekiranya rezeki kami masih dilangit maka Kau turunkan
Sekiranya rezeki kami masih di dalam bumi maka kau keluarkan
Sekiranya rezeki kami masih jauh maka Kau dekatkan Ya Allah
Sekiranya rezeki kami haram maka Kau sucikan
Sekiranya rezeki kami susah maka kau mudahkan Ya Allah

Kata Saiful.. doa macam nii bagus sangat.. tapi lagi bagus.. kita tambah lagi.. yang lebih spesifik.. misalnya

“Ya Allah, kami mohon kepada Mu.. Supaya Kau segerakan.. tingkatkan pasif income kami.. dari RM6K kepada RM10K… menerusi hartanah.. Agar kami menjadi hamba yang merdeka”

Korang rasa.. kalo kita tambah macam nii.. salah tak???

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576