Sejak dua menjak nii.. aku ada banyak kes.. kekawan yang nak bukak petrol station

Dan petang semalam gak.. aku ada meeting kat Cyberjaya.. bersama aku semalam anak Dato Z dan anak Dato S

Focus perbincangan kita orang.. pasal cara-cara nak buat petrol station.. Sebab mereka nii ada tanah kat kawasan Dengkil. Mereka cadang nak buat KEBENARAN MERANCANG.. bila lulus KM tuu nanti.. pastu mereka nak jual tanah berkenaan kat syarikat minyak

Kononnya mereka ada orang dalam.. mereka dah pun berbincang.. katanya orang dalam tuu dah pun setuju untuk beli tanah berkenaan.. ngan harga yang agak mahal lak tuu..

Bab macam mana mereka deal ngan syarikat minyak tuu.. aku tak berapa paham laa.. tapi katanya kalo projek nii on.. bole untung juta-juta.. wowowow..

Bestnya.. mereka cuma beli tanah jee.. pastu mereka upgrade status tanah tuu jadikan petrol station.. pastu jual kat syarikat minyak.. untung lak boleh juta-juta

Pada pendapat aku laa.. kita kena hati-hati ngan bisnes cam nii.. jangan ikut perasaan.. sebab ada gak kes klien aku sebelum nii.. KM tanah mereka dah pun lulus.. tukar syarat tanah dah lulus gak.. tapi syarikat minyak tak jadi beli tanah mereka.. rugi beb

Alasan mereka.. kenderaan yang lalu kat jalan tuu.. tak cukup banyak.. jadi mereka cancel beli tanah berkenaan..

Bagi kes cam nii.. bukan untung juta-juta lagi.. tapi dah rugi juta-juta.. hu hu hu.. ok laa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576