Archive for August, 2009

PETUA BELI RUMAH UNTUK TINGGAL

Semalam aku ke Hulu Langat.. meeting ngan pak Syed.. dia nii adalah abang kepada salah sorang pak menteri kita ..

Ceritanya.. pak Syed nii.. dia beli tanah geran kongsi.. jadi dia cadang nak pecah geran tu.. supaya masing-masing boleh dapat geran individu.. bila dah ada geran sendiri.. mudah nak jual.. nak pajak kee.. nak gadai.. nak pindahmilik, dan tak gaduh pasal sempadan lagi..

Kita orang borak pasal tanah nii.. kejap jee.. pastu kita orang bincang pasal politik dan jugak petua beli rumah

Banyak benda baru.. aku belajar dari pak Syed.. dan aku rasa.. bagus aku syer ngan korang.. yelaaa untuk tatapan bersama.. he he he

Nasihat pak syed.. kalo kita beli rumah.. benda yang paling penting.. pilih LOKASI yang cun.. mesti dekat ngan kemudahan, bersih dan lelain lagi.. sama macam nasihat Azizi Ali, Sifu Pie2020, Sifu Faridz.. sama jee

Selain benda tuu.. pak Syed cadangkan.. supaya kita semak jemaah kawasan tuu dulu.. Caranya kita solat jemaah kat surau atau masjid area tuu.. banyak kali.. pastu joint aktiviti mereka.. dan kita buat penilaian

Kalo kita rasa sesuai.. baru kita beli rumah area tuu.. kalo sebaliknya lebih baik jangan. Sebab jiran, kekawan dan jemaah yang baik sekeliling kita, menjamin kebahagian hidup

Bagi aku laa.. aku setuju sangat nasihat pak Syed tuu.. kita bukan carik wang semata-mata.. tapi lebih dari tuu

Kalo laa.. pak Syed sedia syer petua dia.. rasa-rasanya petua korang, cam mana pulak ekk? Oklaa.. fikir-fikirkan

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

CEROBOH SEMPADAN TANAH

Semalam aku ada meeting ngan Abang R, kat Hotel Equatorial Bangi

Al-kisah ceritanya.. Abang R baru jee beli tanah kat Jeli Kelantan, luas gak tanah dia.. dalam 557 ekar. Dan sekarang nii, dia dalam proses nak clearkan kawasan tuu.. pastu nak tanam ngan kelapa sawit

Tapi dia dapati, jiran sebelah sudah ceroboh tanah dia, lebih kurang 50 ekar.. jiran sebelah dah buat jalan dan dah siap tanam ngan pokok getah lagi

Benda nii semua boleh berlaku, mungkin masa jiran sebelah nak buat projek.. mereka tak lantik juruukur, untuk check sempadan dia betoi-betoi..

Jadi untuk atasi masalah Abang R nii.. aku cadangkan pada dia, kita kena semak balik sempadan tanah abang R, pastu ambik limit kawasan yang jiran sebelah ceroboh.. present kat dalam plan.. pastu tentukan luas sebenar kawasan yang diceroboh

Kalo laa.. confirm jiran sebelah ceroboh kawasan kita.. kita jangan panik.. jangan gaduh-gaduh.. sebaliknya kita bawak berbincang..

Antara pilihan yang ada :

1. Mintak tolong jiran sebelah, alihkan pagar, alihkan sempadan usaha mereka, ikut bebetul sempadan tanah seperti dalam geran

2. Mintak jiran sebelah bayar sewa ngan kita, sewa tuu biar laa berpatutan.. tak bebankan dua-dua pihak..

3. Suruh jiran sebelah pajak tanah kita.. pajak dalam tempoh tertentu.. ngan kadar pajak yang sesuai

4. Suruh jiran sebelah beli sebahagian tanah kita, ngan harga yang berpatutan, pastu buat pindah milik, pastu buat pecah geran

5. Mintak jiran sebelah beli semua tanah kita

6. Atau kita beli semua tanah jiran

Jadi.. kalo laa tanah korang kena ceroboh.. kat atas tuu.. antara pilihan yang ada.. untuk bantu selesaikan tanah korang

Oklah.. tuu jee untuk hari nii.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

BINA RUMAH KEDAI SEBELAH SEKOLAH CINA

Hari nii aku ada banyak meeting kat area Shah Alam.. kejap kat TTDI Jaya, kejap kat Seksyen 7, pastu kat Seksyen 9 dan last sekali kat SS19 Subang Jaya..

Menariknya meeting kat SS19 nii.. kebetulan ofis klien aku nii dekat ngan sekolah Cina.. aku perhatikan kawasan nii padat betul laa.. pastu lak susah banget nak dapat parking beb..

Korang perasan tak.. trend sekarang nii.. ramai mak bapak.. hantar anak mereka ke sekolah Cina.. kononya biar anak mereka boleh berbahasa Cina.. pastu boleh berniaga ngan orang China

Akibatnya sekarang nii.. bilangan student kat sekolah Cina bertambah ngan mendadak.. kat SS19 nii jee.. student dia lebih 3500 orang.. ramai ooo

Benda yang sama gak berlaku kat pekan-pekan lain.. macam kat Puchong.. kat Kajang dan sekitar KL

Akibatnya kawasan sekolah sudah jadi kawasan tumpuan.. sebab ramai student dan ramai mak bapak

Bila dah jadi kawasan tumpuan.. macam-macam bisnes boleh buat.. boleh jual buah, jual surat khabar, jual roti, jual sayur organic, bukak pejabat POS, bukak bank , tuisyen center dan lelain..

Jadi sambil tunggu anak, mak bapak boleh laa beli barang keperluan

Bila tengok potensi nii.. sekarang nii, ramai developer, tengah carik tanah-tanah yang bersebelahan sekolah Cina.. sebab mereka nak buat rumah kedai..

So sapa-sapa ada tanah sebelah sekolah Cina.. percayalah korang adalah bakal jutawan… sebab tanah korang amat bernilai

Kalo laa.. tanah sebelah sekolah Cina bernilai sekarang nii.. rasa-rasanya kawasan masjid kita.. bernilai jugak kee?

Cuba korang renung-renungkan.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

EMAS MAGNET DUIT

Semalam aku ada meeting ngan Mr David kat The Mall KL. David nii asalnya, dia kontraktor dan jugak housing developer. Dan dia banyak buat projek kat area Pahang

Sekarang nii.. bisnes dia sudah berkembang.. dah ada bisnes interior design, bisnes pasir dan macam-macam lagiā€¦ wowowowo sudah maju sudah.. kaya sudahhh

Jadi semalam.. aku berkesempatan laa.. borak panjang ngan dia.. bincang macam-macam.. dan aku tanya laa.. apa rahsia kejayaan dia.. sampaikan dia boleh berkembang tahap cam nii

Dia bagi tau.. dia rasa agak selesa.. projek dia semakin bertambah.. dia perasan sangat. bila dia letakkan emas kat dalam dompet duit dia..

Kononya dia percaya.. emas adalah magnet duit.. semua benda yang dia buat.. mudah turn jadi wang.. hebat laa

Bukan tuu jee.. dan sekarang nii.. habis satu badan, dia pakai emas.. ngan rantai, gelang, cincin.. semua nya emas..

Kadang-kadang tuu.. aku pelik laa mereka nii.. macam-macam petua ada.. ada yang letak katak dalam rumah, ada yang bela ikan, ada lak yang tanam pokok, letak frame gambar dalam opis, .. semata-mata nak dapat tuah jadi kaya

Kalo laa mereka tuu ada petua masing-masing.. untuk jadi kaya.. jadi petua korang apa lak?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

PECAH BAHAGIAN TANAH

Suka aku war-warkan kat kekawan semua.. sekarang nii tanah yang kurang sekar dah boleh pecah geran

Sebab semalam aku dah semak kat pejabat tanah Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan lelain.. mereka dah benarkan permohonan cam nii dibuat

Jadi sapa-sapa yang ada masalah tanah pusaka.. satu geran tapi banyak pemilik.. korang dah boleh pecahkan geran korang tuu.. supaya masing-masing boleh dapat geran individu

So bagi mereka yang ada masalah tanah cam nii.. bole laa hello aku.. Insyaallah aku sedia membantu

Oklaaa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

LEMBU, TANAH, WANG DAN BISNES

Malam tadi aku ada meeting ngan Mr M kat Bangi.

Dia ni tokeh lembu. Mereka import lembu dari Thailand pastu kasi jual kat KL.. Ayoo ini orang banyak kaya ooo.. korang bayangkan laa.. seminggu jee, dia mampu jual 30 ekor lembu.. dan setiap sekor boleh untung RM500.

Jom kita kira sikit
Seminggu 30 ekor x RM500 : RM15K
Sebulan RM15K x 4 minggu : RM60K

Wowowow banyak untung oooo.. pandai betul laa dia carik market.. kat mana laa dia tolak lembu-lembu tuu eekkk… hebat laa mamat nii..

Al kisah ceritanya.. Mr M bukan bisnes lembu jee.. tapi hasil untung lembu tadi.. dia invest kat tanah.. banyak gak tanah dia ada.. dan semuanya dia beli cash tau

Tanah kat Bangi seluas 5 ekar bernilai : RM500K
Tanah kat Beranang seluas 3 ekar bernilai : RM300K
Tanah kat Beranang seluas 2.5 ekar bernilai : RM250K
Tanah kat Beranang seluas 1.5 ekar bernilai : RM150K
Tanah kat Bahau seluas 10 ekar bernilai : RM200K
TOTAL : RM1.4 Juta

Jadi untuk kembangkan modal bisnes dia.. Mr M cadang nak kasi upgrade.. tanah-tanah yang dia ada.. kononya dia nak tukarkan syarat tanah tadi kepada syarat baru.. supaya nilai tanah dia boleh naik. Pastu dia rancang nak chargeeee tanah-tanah tuu kat bank..

Bila aku bagi tau.. bab urusan tanah nii…. dari A to Z.. Insyaallah aku boleh bantu.. aku tengok Mr M happy sangat laa.. senyum jeee.. aku percaya.. mesti dia dah nampak RM RM tuu.. best nyaaaa.. tul tak?

Pasal masalah tanah tanih nii.. bole laa sikit-sikit aku bagi advice.. tapi bab berurusan ngan pihak bank nii.. aku tak berapa paham laa..

Jadi aku nak mintak bantuan korang nii.. ada tak sapa-sapa kekawan kita.. atau kekawan korang kat luar sana.. yang kerja bank

Mana tau bole syer pengalaman.. strategi atau teknik yang selalu peniaga-peniaga Cina pakai.. mereka gunakan tanah sebagai koliteral.. pastu buat loan kat bank..

Ada sapa-sapa bole bantu?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576