Semalam aku ada site visit ngan Limtat. Dalam perjalanan nak gi site tuu.. ada banyak benda yang kita orang borak

Antara topik.. yang aku rasa.. bagus aku syer ngan korang adalah pasal networking

Kata Limtat.. konsep networking orang Cina berbeza ngan orang Melayu.. lebih-lebih lagi dalam soal berniaga

Prinsip mereka berniaga senang jee.. kalo nak kaya.. tolong orang lain sampai berjaya.. pastu nanti mesti ramai tolong kita untuk berjaya lak

Misalnya.. kalo laa antara mereka bertukar kad bisnes.. masing-masing akan terangkan skop kerja masing-masing.. pastu mereka mesti akan tanya

Macam mana aku boleh bantu ko, untuk dapatkan pelanggan?

Pastu masing-masing akan cuba fikir.. senarai kenalan yang mereka ada.. yang sesuai ngan prospek kawan mereka tadi.. pastu mereka sedaya upaya.. bantu untuk perkenalkan ngan prospek tuu

Matlamat mereka jelas.. supaya kekawan mereka.. ada bisnes yang bagus-bagus..

Kalo la orang lain bole nampak kekurangan kita.. rasa-rasanya macam mana kita nak perbaiki network kita ekk?

Fikir-fikirkan

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576