Semalam aku meeting ngan sorang klien nii.. sebab dia ada masalah sempadan tanah..

Dia dakwa.. kononya jiran sebelah.. sudah ceroboh masuk tanah dia.. bukan tuu jee.. jiran tuu sudah kasi tebang pokok-pokok buah dia.. dan semalam.. dia punya hati sudah panas daa

Bagi kekawan blog yang ada masalah tanah macam nii.. atau nak elak dari berlakunya kejadian macam nii..

Aku cadangkan laa.. korang ukur betoi-betoi sempadan tanah korang tuu.. pastu kasi buat pagar.. tanda sempadan yang juruukur dah tanam kat atas tanah tuu.. korang kasi jaga bebaik. Insyaallah bole elak kejadian ceroboh menceroboh nii

Bagi kes klien aku nii.. untuk selesaikan masalah dia.. aku kena datang ukur kat site balik.. kasi semak sempadan tanah dia semula..

Kalo laa ada berlakunya pencerobohan sempadan.. jadi aku cadangkan. Bagus dua pihak nii bawak berbincang.. bayar laa ganti rugi apa yang patut.. buat apa nak gaduh-gaduh ngan jiran.. tul tak?

Selain tuu.. klien aku ni gak.. boleh buat laporan kat pejabat tanah.. mohon jasa baik pejabat tanah untuk panggil dua pihak nii.. untuk bawa berbincang.. selesaikan laa ngan cara baik

Mereka yang gaduh pasal sempadan tanah nii.. tak ubah macam Israel ngan Palestin.. hu hu hu

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576