Semalam aku ada meeting ngan Abang Enal.. bincang pasal projek tanah dia di Nilai.. Abang Enal cadang nak buat lot bungalow.. pastu nak bagi kepada setiap adik beradik dia.. bagus kan family dia orang nii.. muafakat betul..

Dalam bincang-bincang ngan abang Enal nii.. ada benda baru yang aku belajar dari dia.. pasal bab mengurus masa

Korang perasan tak.. kadang-kadang tuu kita rasa.. jadual kita macam padat sangat.. sibuk sangat ngan kerja.. semua benda kita nak siapkan cepat.. semuanya urgent

Dan kekadang tuu.. macam free semacam jee

Kata abang Enal.. semua nii berpunca.. sebab kita gagal merancang masa

Jadi abang Enal cadangkan.. gunakan waktu solat sebagai benchmark.. untuk rancang masa kerja kita, waktu bisnes kita, waktu jumpa klien kita

Maksud abang Enal.. rancang bebaik antara waktu Subuh sampai Zuhur kita nak buat apa.. pastu antara waktu Zuhur sampai Asar kita kena buat apa.. dan seterusnya laa..

Dan masa sembahyang pulak.. kita gunakan untuk menilai prestasi kerja kita.. samada baik kee.. memuaskan kee atau sebaliknya

Istimewanya cara cam niiā€¦ kita optimumkan kelebihan waktu solat.. untuk melonjakkan diri kita.. untuk lebih berjaya

Jadi pas nii.. jom kita rancang masa kita.. rancang jangan tak rancang.. hu hu hu

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 – 3193576