Malam tadi aku ada meeting ngan Mr M kat Bangi.

Dia ni tokeh lembu. Mereka import lembu dari Thailand pastu kasi jual kat KL.. Ayoo ini orang banyak kaya ooo.. korang bayangkan laa.. seminggu jee, dia mampu jual 30 ekor lembu.. dan setiap sekor boleh untung RM500.

Jom kita kira sikit
Seminggu 30 ekor x RM500 : RM15K
Sebulan RM15K x 4 minggu : RM60K

Wowowow banyak untung oooo.. pandai betul laa dia carik market.. kat mana laa dia tolak lembu-lembu tuu eekkk… hebat laa mamat nii..

Al kisah ceritanya.. Mr M bukan bisnes lembu jee.. tapi hasil untung lembu tadi.. dia invest kat tanah.. banyak gak tanah dia ada.. dan semuanya dia beli cash tau

Tanah kat Bangi seluas 5 ekar bernilai : RM500K
Tanah kat Beranang seluas 3 ekar bernilai : RM300K
Tanah kat Beranang seluas 2.5 ekar bernilai : RM250K
Tanah kat Beranang seluas 1.5 ekar bernilai : RM150K
Tanah kat Bahau seluas 10 ekar bernilai : RM200K
TOTAL : RM1.4 Juta

Jadi untuk kembangkan modal bisnes dia.. Mr M cadang nak kasi upgrade.. tanah-tanah yang dia ada.. kononya dia nak tukarkan syarat tanah tadi kepada syarat baru.. supaya nilai tanah dia boleh naik. Pastu dia rancang nak chargeeee tanah-tanah tuu kat bank..

Bila aku bagi tau.. bab urusan tanah nii…. dari A to Z.. Insyaallah aku boleh bantu.. aku tengok Mr M happy sangat laa.. senyum jeee.. aku percaya.. mesti dia dah nampak RM RM tuu.. best nyaaaa.. tul tak?

Pasal masalah tanah tanih nii.. bole laa sikit-sikit aku bagi advice.. tapi bab berurusan ngan pihak bank nii.. aku tak berapa paham laa..

Jadi aku nak mintak bantuan korang nii.. ada tak sapa-sapa kekawan kita.. atau kekawan korang kat luar sana.. yang kerja bank

Mana tau bole syer pengalaman.. strategi atau teknik yang selalu peniaga-peniaga Cina pakai.. mereka gunakan tanah sebagai koliteral.. pastu buat loan kat bank..

Ada sapa-sapa bole bantu?

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576