Archive for August 31st, 2009

PETUA BELI RUMAH UNTUK TINGGAL

Semalam aku ke Hulu Langat.. meeting ngan pak Syed.. dia nii adalah abang kepada salah sorang pak menteri kita ..

Ceritanya.. pak Syed nii.. dia beli tanah geran kongsi.. jadi dia cadang nak pecah geran tu.. supaya masing-masing boleh dapat geran individu.. bila dah ada geran sendiri.. mudah nak jual.. nak pajak kee.. nak gadai.. nak pindahmilik, dan tak gaduh pasal sempadan lagi..

Kita orang borak pasal tanah nii.. kejap jee.. pastu kita orang bincang pasal politik dan jugak petua beli rumah

Banyak benda baru.. aku belajar dari pak Syed.. dan aku rasa.. bagus aku syer ngan korang.. yelaaa untuk tatapan bersama.. he he he

Nasihat pak syed.. kalo kita beli rumah.. benda yang paling penting.. pilih LOKASI yang cun.. mesti dekat ngan kemudahan, bersih dan lelain lagi.. sama macam nasihat Azizi Ali, Sifu Pie2020, Sifu Faridz.. sama jee

Selain benda tuu.. pak Syed cadangkan.. supaya kita semak jemaah kawasan tuu dulu.. Caranya kita solat jemaah kat surau atau masjid area tuu.. banyak kali.. pastu joint aktiviti mereka.. dan kita buat penilaian

Kalo kita rasa sesuai.. baru kita beli rumah area tuu.. kalo sebaliknya lebih baik jangan. Sebab jiran, kekawan dan jemaah yang baik sekeliling kita, menjamin kebahagian hidup

Bagi aku laa.. aku setuju sangat nasihat pak Syed tuu.. kita bukan carik wang semata-mata.. tapi lebih dari tuu

Kalo laa.. pak Syed sedia syer petua dia.. rasa-rasanya petua korang, cam mana pulak ekk? Oklaa.. fikir-fikirkan

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576

CEROBOH SEMPADAN TANAH

Semalam aku ada meeting ngan Abang R, kat Hotel Equatorial Bangi

Al-kisah ceritanya.. Abang R baru jee beli tanah kat Jeli Kelantan, luas gak tanah dia.. dalam 557 ekar. Dan sekarang nii, dia dalam proses nak clearkan kawasan tuu.. pastu nak tanam ngan kelapa sawit

Tapi dia dapati, jiran sebelah sudah ceroboh tanah dia, lebih kurang 50 ekar.. jiran sebelah dah buat jalan dan dah siap tanam ngan pokok getah lagi

Benda nii semua boleh berlaku, mungkin masa jiran sebelah nak buat projek.. mereka tak lantik juruukur, untuk check sempadan dia betoi-betoi..

Jadi untuk atasi masalah Abang R nii.. aku cadangkan pada dia, kita kena semak balik sempadan tanah abang R, pastu ambik limit kawasan yang jiran sebelah ceroboh.. present kat dalam plan.. pastu tentukan luas sebenar kawasan yang diceroboh

Kalo laa.. confirm jiran sebelah ceroboh kawasan kita.. kita jangan panik.. jangan gaduh-gaduh.. sebaliknya kita bawak berbincang..

Antara pilihan yang ada :

1. Mintak tolong jiran sebelah, alihkan pagar, alihkan sempadan usaha mereka, ikut bebetul sempadan tanah seperti dalam geran

2. Mintak jiran sebelah bayar sewa ngan kita, sewa tuu biar laa berpatutan.. tak bebankan dua-dua pihak..

3. Suruh jiran sebelah pajak tanah kita.. pajak dalam tempoh tertentu.. ngan kadar pajak yang sesuai

4. Suruh jiran sebelah beli sebahagian tanah kita, ngan harga yang berpatutan, pastu buat pindah milik, pastu buat pecah geran

5. Mintak jiran sebelah beli semua tanah kita

6. Atau kita beli semua tanah jiran

Jadi.. kalo laa tanah korang kena ceroboh.. kat atas tuu.. antara pilihan yang ada.. untuk bantu selesaikan tanah korang

Oklah.. tuu jee untuk hari nii.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012-3193576