Alhamdulilah.. pada Sabtu Ahad baru nii.. aku berpeluang berjumpa ngan bebrapa otai-otai tanah .. Antaranya Wak S, Haji S, Datin L, Dr K dan Tan Sri M..

Apa orang kata.. borak-borak sambil bertukar pandangan.. terlalu banyak benda baru yang aku belaja dari mereka.. hebat betoi laa otai-otai nii.. mewah tahap cicakman ooo

Mereka nii punyai hobi yang sama cam kita gak.. suka invest kat hartanah.. beli tanah.. beli kedai.. beli rumah corner lot.. buat projek lot bungalow.. beli tanah buat kilang.. ladang sawit dan bisnes-bisnes lain..

Hebatkan pelaburan mereka.. semuanya tahap juta-juta.. Tapi dulu pun.. mereka cam kita gak.. bermula ngan pelaburan yang kecik-kecik gak.. beli tanah 3 – 4 ekar.. pakai loan bank @ koperasi.. pastu mereka tanam sawit.. pastu bila dapat hasil sawit.. mereka invest kat tanah lain lak.. dan seterusnya

Tanah-tanah yang lokasi baik.. mereka upgrade buat lot bungalow.. dan ada yang buat kilang.. sebahagian mereka jual.. dan sebahagian mereka sewa..

Cuma bezanya dia orang nii start awal.. 40 tahun dulu.. dan sekarang nii kutip hasil jee

Bila dah tua-tua.. Laa nii mereka lepak jee.. setiap bulan makan sewa.. pastu setiap hari carik info.. tanah lelong.. tanah murah-murah yang nak jual.. kedai baru yang nak buat.. syok kan kerja cam nii.. mereka ada cash.. boleh invest yang besar-besar, nilai yang juta-juta

Tahniah otai-otai semua.. Tima kasih. Korang pembakar semangat kami..

Bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL 012 3193576