Archive for December, 2009

PENIPU TAK KE MANA

Hari ni.. aku nak syer ngan korang.. cerita pasal orang menipu nii.. benda nii berlaku semalam.. partner aku kena tipu..

Sekarang nii.. macam-macam cara.. dia orang nii menipu. Langsung tak ingat dosa pahala.. mereka belasah jee.. yang penting duit.. duit.. duit..

Al kisah ceritanya cam nii.. semalam aku terima panggilan dari sorang pompuan Cina.. kononya dia dari Singapore.. Pastu dia bagi tau.. dia nak ukur tanah kat Johor.. ada yang 300 ekar, 1800 ekar dan macam-macam lagi laa

Jadi disebabkan dia nii orang Cina.. aku mintak partner aku kasi urus.. So mereka nii pun.. berjumpa laa kat IOI Mall Puchong jam 5 petang

Bila jumpa tuu.. Si Minah Singapore nii.. tak nak bincang kat kedai.. kat Mc D pun tak nak.. kononya bising.. tak selesa.. dia nak bincang kat dalam kereta..

Partner aku pun.. bawak laa dia masuk dalam kereta.. mula-mula tuu borak pasal projek.. last-last mintak duit RM200. Hampeh betoi.. mau tak mau.. kena laa bagi.. kalo tak bagi nanti.. takut minah nii menjerit.. kata dia kena rogol kee.. kena samun kee.. lagi laa susah

Lepas bagi RM200 tuu.. terus dia blahhhh.. buat muka tak bersalah jee.. hampehhh betoi

Bagi korang yang terima panggilan cam nii.. hati-hati yeekk.. jangan jadi mangsa minah nii..

Ok laa.. hati hati yeekk

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

JOM MAIN FACEBOOK

Hari nii.. baru aku perasan.. yang sebenarnya.. aku nii dah ketinggalan.. maksud aku tertinggal IT..

Yelaa semua orang dah ada facebook.. kawan lak dah ramai.. ada tuu yang dah beribu-ribu.. tapi aku.. ayooo tak canggih langsung.. he he he

Seronok gak.. bila aku explore facebook nii.. nak pakai senang, mudah, simple…

Pastu lak.. kat facebook nii, senang sikit aku nak kenal korang.. aku klik–klik sikit.. dah nampak gambar korang.. hu hu hu.. baru syokk.. bole aku tengok gambar tokeh tanah.. he he he

Bagi korang yang lom ada akaun facebook.. bagus korang cepat daftar..

Pastu jangan lupa add aku jadi friend korang ekk.. HAFIZAL AHLAN.. huak huak huak

Jadi.. jom kita mengFACEBOOK .. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

TAK JUMPA ILMU CAM NII KAT UNIVERSITI

Hari nii.. aku ada meeting ngan Hj Sulaiman kat Cheras.. bersama ngan kita orang tadi Dato’ M. Jadi focus perbincangan kami.. lebih banyak berkisar pasal tanah

Seronok laa boleh borak ngan Dato’ M nii.. sebab dia nii dah umur 80 tahun.. jadi banyak laa pengalaman bisnes.. yang boleh dia kongsikan ngan aku.. best best

Apa pun.. satu benda baru.. yang aku belajar dari Dato’ M tadi.. mengenai kejayaan mak bapak.. menurut Dato M.. mak bapak boleh didik anak-anak mereka.. untuk jadi lawyer, doctor, engineer..

Tapi nak didik anak.. supaya anak-anak sentiasa ingat kita.. boleh doakan kita.. bila kita dah tak dee nanti.. satu benda yang tak pasti.. jadi sebagai mak bapak.. ambik benda nii sebagai cabaran.. Tima kasih Dato M.. atas nasihat yang Dato bagi..

Selain tuu.. aku cukup-cukup teruja laa.. sebab pembantu peribadi Dato M adalah sorang imam & al-hafiz.. dan seumur hidup aku.. ni laa kes pertama aku jumpa.. al-hafiz jadi PA.. wowowo.. satu ilmu baru untuk aku

Bestkan jadi orang kaya cam nii.. dah laa kaya.. pastu lak.. PA orang yang bebaik.. seronokkan

Lepas tuu.. aku ngan Izwan ada meeting kat Putrajaya.. kita orang jumpa Dato S.. kami borak-borak dan kenal-kenal jee.. he he he.. Adat orang niaga.. cam tuu laa.. mula-mula kenal-kenal.. pastu projek-projek.. he he he

Belah malam lak.. aku lepak kat Bangsar ngan Hj T.. bincang pasal tanah.. discuss pasal bisnes..

Aku syukur sangat.. Alhamdulilah sangat.. sebab terlalu banyak benda baru.. aku belajar hari nii.. Ilmu cenggini tak jumpa kat Universiti

Ok laa semua.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

BANYAKNYA PELUANG BISNES

Hari ni aku agak lapang.. sebelah pagi cuma ada 3 meeting jee.. pastu belah petang.. aku lepak kat opis.. siapkan kerja-kerja yang tertunggak

Seronok aku hari nii.. boleh jumpa Shaiful dan Izwan.. sebab mereka nii ziarah opis aku.. wowowo hebat-hebat laa dia orang nii.. masing-masing dah ada bisnes.. tahniah untuk korang

Untuk makluman kekawan semua.. sekarang nii saudara Shaiful ada anjurkan kursus pra-perkahwinan.. setiap hari Sabtu dan Ahad.. Lokasi kursus lak kat Masjid Negara Kuala Lumpur.. pastu sijil kursus dikeluarkan oleh pihak JAWI..

Yang istimewanya sijil nii.. sah seumur hidup.. Jadi untuk korang yang nak kawin.. yang nak kan keterangan lanjut. Korang boleh hubungi saudara Shaiful ditalian HP : 013-3866086

Pastu.. aku ngan Shaiful tengok presentation Saudara Izwan lak.. ini mamat banyak bagus IT laa.. wowowow.. kali pertama kita orang tengok.. dia punya grafik.. terus teruja.. he he he

Yelaa.. kami nii orang tanah.. bab tanah tanih nii.. kita orang expert laa.. tapi bab-bab grafik nii.. kami buta.. pada aku laa.. ko punya bisnes.. memang best.. memang mantop Wan.. So esok.. jangan lupa.. kita ada lunch kat Putrajaya.. jumpa pegawai kat sana.. jumpa disana.. disana

Selain kita orang bincang pasal bisnes.. apa yang paling aku seronok.. kami boleh solat Magrib jemaah sesame.. pastu kita orang doa sesame.. rasa hebat sangat.. tuu yang paling syokk tuu

Apa laa aku merapu nii.. Jadi.. bagi mereka yang ada bisnes.. yang nak syer cerita bisnes masing-masing kat sini.. jom kita cerita-cerita.. jangan malu jangan segan.. jom jom.. sila sila..

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

BERAPA NILAI DIRI KORANG?

Hari nii aku kat Melaka.. pusing-pusing Melaka.. pastu kita orang balik kampung.. kat Alor Gajah

Bestnya balik Melaka nii.. banyak tempat boleh ronda.. negerinya bersih.. ramai pelancong… tempat makan banyak.. memang syookkkk laa

Apa laa aku meraban nii.. Berbalik kepada cerita kita hari nii.. pasal nilai diri.. rasa-rasanya berapa laa nilai diri kita ni yekk?

Jom kita main-main.. seronot-seronot sikit.. kira nilai diri.. jom jom

Katakan laa pendapatan kita RM2,000.00 sebulan
Sebenarnya kalo kita bahagi 30 hari, pendapatan kita RM66.67 sehari
Kalo lak dibahagikan 24 jam : RM2.78 sejam

Katakan lak pendapatan kita RM5,000 sebulan
Kita bahagi ngan 30 hari.. income kita sehari RM166.67
Sejam lak RM6.94

Korang rasa.. jumlah tuu macam mana? Sikit ke banyak? Layak tak ngan tahap pendidikan kita? Berapa yang sepatutnya pendapatan kita sebulan? Jadi apa usaha yang boleh kita buat.. untuk tingkatkan pendapatan kita?

Jom kita kira-kira sikit.. bincang-bincang… he he he

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

TANAH PEMAJU ATAU TANAH KERAJAAN

Hari nii.. aku rasa… bagus aku syer ngan korang pasal tanah.. kes nii berlaku kat kampong aku sendiri

Baru-baru nii.. pihak pemaju NM kat kampong aku.. ada tulis surat kat pihak sekolah… mintak pihak sekolah keluar dari tapak sekolah tuu… Kononya tanah tuu milik mereka. Ni kira kes sekolah setinggan la

Bila dapat surat cam ni.. pihak sekolah pun panic gak. Kecoh gak masa tuu

Jadi untuk meredakan keadaan.. kami adakan mesyuarat antara pihak pemaju, sekolah agama dan penduduk kampong. Jadi perbincangan tuu lebih menjurus.. mencarik jalan penyelesaian

Semakan yang aku buat kat pejabat tanah.. aku dapati.. tanah tuu dah pun terlibat ngan pengambilan.. bayaran pampasan dah pun, kerajaan bayar pada pihak pemaju sebelum nii
Semua rekod tuu ada

Tapi bila aku buat carian.. rekod pengambilan tuu.. tak didaftarkan oleh pejabat tanah.. seolah-olah macam tanah tuu tak dee pengambilan

Sebab tuu jadi isu.. satu pihak dakwa tanah tuu tanah kerajaan.. satu pihak lagi kata tanah tuu milik mereka.. pihak pemaju asal NM lak.. dah jual tanah tuu kepada pemaju lain.. kepada syarikat ABC lak

Peningkan.. pusing-pusing

Sebab tuu.. aku syorkan laa.. kaloo tanah korang terlibat ngan pengambilan oleh kerajaan.. pastikan korang simpan semua rekod tuu baik-baik.. pastu semak carian tanah korang.. rekod pengambilan mesti didaftarkan.. jangan jadi macam kes kat atas tuu.. susah generasi akan datang

Tuu jee untuk hari nii.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN