Semalam aku ke Sepang.. uruskan beberapa kes tanah kat sana.. sambil tuu aku pun singgah laa pejabat tanah Sepang.. nak buat bayaran premium tanah klien aku sorang nii (Saudara A)

Saudara A nii.. dia nii aktif buat lot bungalow.. tanah dia kecik jee.. sekar jee.. dia pecahkan kepada 6 lot. 1 lot dia cadang nak duduk sendiri.. dan lelain tuu.. untuk dijual..

Sampai pejabat tanah.. apa lagi.. aku pun jumpa laa kerani yang pegang fail saudara A nii.. aku bagi tau.. yang aku nak bayar premium.. apa lagi.. cepat-cepat dia capai fail.. buat resit bayaran premium

Tengah-tengah tulis resit tuu.. kerani tuu bagi tau.. sekarang nii bayaran premium.. tak dee lagi diskaun..

Kalo sebelum nii.. kalo kita buat tukar syarat tanah… kalo kita bayar premium sebelum 3 bulan.. dari tarikh surat kelulusan pejabat tanah.. kita bole dapat diskaun premium 15%, kalo kita bayar lak antara 3-6 bulan, dapat diskaun 10%.. dan 6-9 bulan.. dapat diskaun 5%

Tapi mulai 25/6/10.. no more diskaun.. kalo nak diskaun.. kena buat surat rayuan kat pejabat tanah.. dan sapa-sapa bayar lewat lak.. kena finalti 3%.. ayooo banyak mahal loo

Aku percaya.. bila benda nii berkuatkuasa.. harga rumah mesti ada sikit naik.. kita sebagai pembeli.. ada sikit sakit loo

Dan kalo korang perhatikan sekarang nii.. harga hartanah kat Lembah klang dah laa mahal.. kalo area Damansara, Subang Jaya, Shah Alam, KL.. rumah saiz 20×70, 22×80 landed property.. susah sangat nak dapat harga bawah RM300K. broo.. semua main RM500K ke atas.. Tambah lak.. bila premium tak dee diskaun.. mesti la lagi mahal..

Tapi bagi investor lak.. benda nii tak dee kesan.. sebab mereka ada modal.. mereka beli rumah.. pastu kasi sewa.. bila harga cun.. mereka kasi jual.. dan mereka bole buat untung berganda-ganda

Jadi.. bagi korang yang dah masuk permohonan tukar syarat tanah tuu… korang kasi kira ini premium aaa..

Ok laa.. bye bye

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN