Archive for December, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Pejam celik.. pejam celik.. rasa kejap jee masa berlalu.. dah nak masuk tahun 2011 daa.. ayoo kejap betoi laaa

Aku ingat lagi.. masa zaman sekolah dulu.. nak habis zaman sekolah tuu.. rasa punya laa lama.. dari darjah satu sampai form 5 tuu.. rasa lama sangat..

Tapi bila kita dah ada family nii.. pastu kita buat bisnes lagi.. rasa kejap masa berlalu..  macam tak cukup masa laa pulak.. he he he

Betoi Quran bagi tau  “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Surah Al ‘Asr 103: 1-3)

Aku percaya.. sempena nak masuk tahun 2011 nii.. korang semua dah pun buat perancangan masing-masing.. dah pasang matlamat masing-masing.. bagus bagus

Aku doa sangat.. supaya matlamat kita semua tercapai.. Insyaallah

Jom kekawan.. kita gerak bersama.. kita usaha bersama.. untuk kita angkat martabat agama.. bangsa dan negara.. jom kekawan

Jom kita tingkatkan pasif income kita.. dan iman kita.. jom kita buktikan.. kalo bangsa lain bole.. kita juga bole.. Muslim Hebat.. Muslim Bole

Ok laa kekawan..

(Bagi sapa-sapa yang lom add FACEBOOK aku tuu.. jangan lupa.. kasi add aaa.. he he he)

INGAT TANAH & EMAS, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

MACAM MANA BUAT DUIT DENGAN TANAH?

Hari nii aku nak syer ngan korang pasal tanah lak.. kalo sebelum nii.. aku merapu macam-macam.. pasal emas laa.. pasal motivasi laa.. hari nii.. aku nak borak pasal tanah lak

Tapi sebelum tuu.. ini hari harga emas naik ooo.. ayooo untung besar laa.. kekawan kita yang ada emas berkilo-kilo tuu.. he he he.. nii yang aku rasa.. nak tambah lagi koleksi emas nii.. he he he

Ok laa.. berbalik cerita tanah nii..dalam 2 minggu lepas.. aku ada diskusi sikit ngan Cikgu L dan Dr Kayzen.. kita orang borak-borak.. bincang-bincang pasal tanah

Ini cikgu bukan sebarang cikgu ooo. Ini cikgu manyak pandai ooo.. manyak kaya ooo

Al kisah ceritanya.. Cikgu L nii dok kat  Besut Terengganu sana.. dia banyak buat tukar syarat tanah area sana..

Modus operandi dia.. dia beli tanah pertanian.. pastu dia tukar syarat tanah tuu kepada bangunan kediaman.. pastu dia kasi pecah-pecah lot… bikin lot bungalow.. pastu dia kasi jual

Waa.. sambutan kat sana amat menggalakkan oooo.. sale bole tahan ooo.. untung banyak ooo.. dan katanya lagi.. kat sana nak buat UiTM.. pastu nak buat Universiti Darul Iman.. kira tempat tuu.. akan datang akan naik laaa

Pandai betoi cikgu L nii ambik peluang.. pagi mengajar.. belah petang bikin bisnes.. ayoooo best best.. he he he

Apa kelas cerita jee tul tak?.. Jom kita kira sikit untung cikgu L nak.. he he he.. untung kee tak dia main tanah nii

Tanah kat Mukim Keluang

KOS :

Beli tanah : RM216,000

Town Planner : RM5000.00

Juruukur : RM15,000

Premium Tambahan : RM5000.00

Cukai baru : RM500.00

Sodok tanah : RM4000.00

JUMLAH : RM245,500.00

JUAL

Tanah tadi dia pecah 12 plot

Harga 1 lot : RM30,000

Kalo 12 lot x RM30,000 : RM360,000

UNTUNG

RM360,000 – RM245,000 : RM115,000

Ayooo cikgu.. cikgu buat benda nii.. part time jee.. bole untung macam nii.. best betoi laa.. kerja belah petang jee.. tapi masuuukkkk beb

Tuu baru untung satu lot beb.. kalo cikgu ada 4, 5 lot setahun.. memang superbbb beb.. he he he

Best kan kekawan..

Ok laa geng.. salam

INGAT TANAH & EMAS, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

PROJEK TERBARU KAMI

Hari nii.. aku nak syer ngan korang.. pasal projek terbaru aku Insyaallah.. sebelum tuu.. aku nak ucapkan terima kasih banyak kat Dr Kayzen.. sebab dia sungguh-sungguh nak bantu aku.. tq boss.. tq.. he he he

Aku perhatikan.. pada zaman nabi.. macam Abdul Rahman bin Auf, Abu Bakar As Siddiq dan ramai lagi sahabat nabi.. mereka nii kaya raya beb.. banyak harta.. dan kekayaan dia orang nii.. mereka banyak bagi sedekah, zakat untuk Islam…

Tapi malangnya.. sampai hari nii.. kita tak didedahkan ngan teknik perniagaan dia orang nii.. macam mana mereka berniaga? Brapa banyak sedekah yang mereka bagi? Macam mana nak jangka keuntungan pada masa akan datang? Macam mana nak pertahan nilai duit dia orang? Macam mana nak kasi harta dia orang memecut laju? Dan lain-lain lagi laa

Asyik-asyik kita banyak baca.. teknik Robert Kiyosaki laa.. teknik Donald Trump laa.. orang kaya tuu.. orang kaya nii.. bosan laa teori mat salleh nii..

Jadi dalam projek nii.. kita orang akan pakai teori Fibonacci, teori Donald Trump.. hadis Rasulullah dan ayat Al Quran dalam mengurus perniagaan

Untuk makluman korang… bagi sapa yang main FOREX, main CPO.. teori Fibonacci nii.. memang salah satu cara dia orang trade.. bila nak buy.. bila nak sell

Tapi kajian kita orang.. lebih focus kepada berniaga.. macam mana nak pakai teori nii.. hadis dan ayat Quran dalam berniaga.. dan kita orang nak tengok.. macam mana hasil perniagaan tuu untuk jangka masa panjang

Aku tak tahu.. samada projek yang kita orang nak buat nii.. bagus atau tak? kita orang main belasah jee nii.. he he he

Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan kan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 261)

Daripada Sahl bin Mu’az bin Anas daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajarkan satu ilmu maka dia memperolehi ganjaran pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan sedikitpun pahala orang yang melakukannya.”

Kalo mat salleh semua tuu.. ada teori macam-macam.. teknik macam-macam.. ingat dia orang bagus sangat apa? Kalo dia orang bole.. kita jugak bole beb.. he he he.. “Muslim Boleh”

Hasil kajian kami tuu Insyallah.. dari masa ke masa.. kami akan update dalam blog aku nii.. mudah-mudahan.. ianya bole bagi manfaat kat kekawan semua

Doakan kami ye kekawan

Ok laa.. salam

INGAT TANAH & EMAS, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

EMAS.. KEKAWAN EMAS AKU

Hari nii.. aku nak syer gembira ngan korang semua. mengenai kekawan emas aku.. aku syukur sangat.. sepanjang aku berceloteh pasal emas.. dalam blog aku nii.. alhamdulillah sesangat..

Ramai dah sedar.. tentang bagusnya kita simpan emas berbanding simpan cash.. bagus-bagus..

Apa yang kekawan aku buat.. mereka dah pun mula tukar.. cara mereka simpan duit.. kalo sebelum nii.. setiap bulan.. mereka simpan kat ASB dan Tabung Haji.. tapi hari nii.. mereka dah mula simpan emas.. alhamdulillah

Mereka start sedar.. bila mereka buat perbandingan.. antara kadar kenaikan nilai emas..  dari tahun Dec 2009 – Dec 2010 berbanding dividen ASB dalam tempoh yang sama

Jadi bila mereka buat perbandingan tuu.. baru laa mereka nampak.. yang emas magnet duit.. emas kebal inflasi..

Bagi aku laa.. kalo bole.. bagus kita simpan.. kedua-duanya sekali.. ASB ada.. pada waktu yang sama.. emas pun ada.. tuu yang terbaik

Sebenarnya.. banyak lagi pelaburan yang bagus-bagus kat luar sana.. bagi sapa-sapa yang ada modal besar.. kita bole main tanah.. main rumah.. tu pun pelaburan yang bagus gak tuu..

Sebab tuu… aku syorkan kat kekawan semua.. kalo korang nak start simpan emas.. bagus korang mula.. start yang kecik-kecik dulu.. simpan 1 dinar.. simpan 20gram.. cukup dulu

Pastu korang rasa.. kalo korang suka emas.. baru tambah lagi.. tak yah gopoh gopoh geng.. slow and steady

Orang lain.. sanggup buat personal loan.. nak beli emas.. biarkan mereka

Orang lain.. pinjam sini.. pinjam sana.. nak beli emas.. biarkan mereka

Kita ngan cara kita.. slow and steady.. tapi kita bergerak

Jeng jeng jeng.. nii kekawan emas aku.. he he he.. dan insyaallah.. bilangan nii.. akan bertambah pada masa akan datang.. Insyaallah.. doakan aku yee kekawan

Ok laa geng.. salam

INGAT TANAH & EMAS, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

EMAS.. PENGALAMAN MACAM MANA BUAT DUIT DENGAN EMAS

Hari nii… aku nak syer ngan korang.. sikit pengalaman aku.. macam mana nak buat duit ngan emas

Ayoo bunyi macam power jee ekkk.. he he he.. bukan apa geng.. aku rasa berdosa laa.. aku ada sikit ilmu emas.. sedangkan ilmu tuu ilmu Allah.. kalo aku tak syer ngan korang.. nanti apa aku nak jawab ngan Allah beb..

Ok laa geng.. setakad nii.. apa yang aku nampak.. pelaburan emas nii.. satu pelaburan yang amat simple.. cepat.. mudah.. kalo bandingkan ngan pelaburan tanah.. rumah.. pelaburan emas benda yang senang beb

Apa perlu korang buat.. korang cuma tukar.. duit korang kepada gold.. tuu jee.. maksud aku.. kalo korang sebelum nii.. setiap bulan korang simpan duit dalam bank.. dalam ASB.. tapi lepas nii.. setiap bulan.. korang tukar.. korang beli gold.. korang simpan gold..

Lepas tuu.. korang tunggu.. tunggu laa nilai emas korang naik.. tuu jee.. kalo korang tak caya.. korang tengok graf nii..

Kalo korang ada duit lebih.. korang beli lagi emas.. kalo bole beli.. tiap-tiap bulan.. lagi laa cantik..

Kalo laa harga emas jatuh lak.. korang kasi pajak emas korang tadi.. pajak kat Agrobank.. ambik cash.. kasi tambah semaksimum mungkin.. koleksi emas korang.. beli lagi banyak-banyak emas

Korang jangan tunggu.. kalo harga emas jatuh antara 8% – 10% dari harga yang korang beli sebelum nii… korang dah bole pulun dah.. korang dah bole start beli banyak sikit dah..

Pastu tunggu balik.. untuk kenaikkan nilai emas korang seterusnya.. simple jee kan.. sebab tuu aku kata.. main emas nii.. senang.. jantung tak sakit beb.. he he he.. adik beradik OD ASB gak lee.. he he he

Apa pun.. aku pesan kat diri aku ngan kekawan semua.. kalo main emas nii.. jangan sesekali invest kat skim emas.. yang tak tentu hala tuu.. main emas.. bagus pegang emas fizikal.. tuu yang terbaik

Allaaaa.. kita tiru macam makcik kat Kelantan sana.. untung niaga.. beli emas.. kalo nak pakai cash.. pajak emas.. pastu ada modal.. tebus balik emas.. senang kan

Aku tak tahu.. samada apa yang aku syer ngan korang nii.. betoi atau tak.. semua nii berdasarkan pengalaman aku yang sejemput ni.. sebab aku tak tahu.. nilai emas pada masa akan datang.. naik atau turun

Ok laa geng.. fikir-fikirkan.. salam

INGAT TANAH & EMAS, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

EMAS.. PENGALAMAN BELI EMAS MELALUI INTERNET

Sekarang nii baru aku paham.. macam mana perasaan.. kalo kita tak dee emas.. masa mula-mula aku beli dulu.. aku rasa macam takut-takut jee.. untung kee? Rugi kee? Macam mana nak jual balik benda nii? Nak simpan kat mana? dan lain-lain laa

Macam-macam perasaan tuu datang beb.. maklum laa.. baru kali pertama.. beli emas.. tak dee pengalaman lagi.. he he he.. goyang beb.. he he he

Pastu.. apa aku buat.. aku kasi pajak emas tadi..  kat AgroBank.. tapi bila emas tak dee kat depan mata.. aku rasa lain laa pulak..

“Aku rasa macam tak best..”

“Pastu malam-malam tak bole belek-belek..”

“Nak borak ngan anak-anak pasal emas pun, tak dee mood”

“Anak-anak bising.. asyik tanya.. mana emas abah? Mana emas abah?”

Untuk atasi masalah tuu.. jadi semalam.. aku beli laa lagi seketul.. yang 20g tuu.. he he he.. aku tak tau laa.. samada apa yang aku buat nii.. betoi kee tak.. aku belasah jee.. he he he

Orang lain dah beli emas berkilo-kilo.. berbakul-bakul.. tak bising pun.. aku baru beli 20g jee.. masuk blog.. he he he..

Strategi aku.. Bila aku ada untung niaga sikit-sikit tuu.. aku tukar untung tadi.. jadikan emas.. dan bila aku nak pakai cash lak.. aku pajak balik emas tadi.. macam tuu laa seterusnya.. pusing-pusing gitu laa

Aku dah semak-semak.. setakad nii.. aku dapati.. Public Gold jual emas yang agak murah.. pastu ikut harga semasa dunia.. jadi aku buat keputusan semalam.. beli emas Public Gold melalui internet

Ayooo mudahnya.. aku kasi daftar nama aku kat web PublicGold.com.. isi biodata aku.. pastu isi order.. jenis emas yang aku nak beli.. tak sampai 2 minit.. selesai broo.. pastu aku bank in duit.. siap sudah.. cepat beb

Tunggu sehari dua lagi.. dah bole collect emas kita.. sonang jee

Ayooo.. kalo laa.. urusan pecah-pecah geran tanah aku.. bole buat cepat macam nii.. kan bagus.. tak dee laa.. aku pening kepala.. he he he.. sehari dua.. dah lulus.. klien mesti happy

Berbalik cerita emas tadi.. kalo laa makcik-makcik kat Kelantan sana.. baca apa yang aku tulis nii.. mesti dia orang ketawa sakan.. dia orang dah buat lama dah benda nii.. tapi aku baru nak start.. he he he

Aku syorkan sangat.. bagi sesapa.. yang nak try simpan emas tuu.. aku cadangkan.. bagus korang mula ngan yang ciput-ciput nii dulu… sikit-sikit dulu.. nanti bila korang rasa seronok.. baru tambah lagi.. jangan gopoh-gopoh bang.. he he he

Dan bagi sapa-sapa.. yang nak try main emas tuu.. korang jugak bole call aku.. Insyaallah.. mana-mana yang aku bole bantu tuu.. aku cuba bantu..

Ok laa geng.. salam

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN