Archive for February, 2011

PENCEN MUDA.. PENCEN KAYA

Salam semua.. hari nii aku nak syer ngan kekawan semua.. pasal projek klien aku sorang nii.. aku panggil dia Hj R

Hj R nii dah pencen dah..  jadi bila dah pencen-pencen nii.. dia tak dee benda buat.. apa lagi.. dia jadi broker tanah laa

Mana-mana kekawan masjid dia.. yang nak jual tanah tuu.. dia tolong jualkan.. jadi bila tanah tadi terjual.. dapat laa dia sikit komisyen.. pencen dapat.. komisyen pun dapat.. he he.. pandai betoi Hj R carik duit

Bukan susah pun.. sapa-sapa nak jual tanah tuu.. kasi jee info lengkap kat dia.. pastu dia kasi iklan kat mudah.my jeee.. pastu sapa-sapa nak tengok tanah tuu.. dia tolong bawakkan.. sonang jee beb 

Alhamdulilah sangat.. hasil komisyen tanah yang dia dapat.. sekarang nii.. dia dah berjaya beli sebidang tanah beb.. tak besar pun… 1.5 ekar jee.. dia beli ngan harga RM320,000..

Sekarang nii.. Hj R dalam proses nak upgrade tanah tuu.. dari pertanian kepada bangunan kediaman.. pastu dia mau bikin 6 bijik lot bungalow ..2 bijik.. dia mau bagi kat anak-anak..yang  4 lot lagi tuu.. dia mau jual.. ayooo best kan kekawan

Jom kita kira sikit.. projek Hj R nii.. he he

KOS

Beli tanah 1.5 ekar : RM320,000

Sodok tanah : RM4,200

Bayar kat juruukur : RM3500

Bayar kat Town Planner : RM5000

Bayar premium Tambahan (kerajaan) : RM15,000

Bayar caruman parit (kerajaan) : RM5250

Bayar cukai baru (kerajaan) : RM500

Kos LEMBAGA JURUUKUR TANAH : RM7500

Kos BENDAHARI NEGERI SELANGOR : RM600

Kos AKAUNTAN NEGARA : RM60

JUMLAH : RM361,610

JUAL

1 lot 7500kp.. dia nak jual ngan harga RM130,000

Kalo 4 lot : RM130,000 x 4 : RM520,000

UNTUNG

JUAL – KOS

RM520,000 – RM361,610 : RM158,390

Ok gak untung Si Hj R nii.. dia ada 2 lot bungalow lagi.. pada waktu yang sama.. dapat lagi RM158,390.. wowowowo

Hj R tak yah ada staf.. tak yah ada opis.. meeting lak kat kopitiam jee.. pastu  hari-hari tipon aku.. kejar aku.. dalam setahun setengah.. untung banyak macam tuu..  best gak kan.. he he he

Ok laa geng… aku nak siapkan kerja Hj R nii.. he he he

Salam

INGAT TANAH & EMAS, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

ONG SUDAH MARI.. ONG SUDAH MARI..

Hari nii aku layan Tarian Naga beb.. he he he.. al kisah ceritanya.. jiran bawah opis aku.. hari nii dia orang jemput orang main Naga

Baru aku tau.. waaa kononya kalo panggil dia orang nii datang.. main naga depan kedai kita.. ong baik bole datang.. bisnes akan lebih bagus.. semua bisnes berjalan lancar.. untung akan bertambah-tambah

Lama gak dia orang menari nii.. he he.. lompat sana.. lompat sini.. he he

Kalo ini macam kalo.. bisnes aku bole booommm ini tahun ooo.. dapat tempias.. ong jiran aku.. he he

Macam-macam orang buat nak jadi kaya kan.. kalo bangsa lain.. dia orang percaya.. main naga bole jadi kaya.. orang kita lak.. ngan zakat dan sedekah

Apa pun.. jom kita layan gambar gambir bawah nii.. jom jom

INGAT TANAH & EMAS, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

“BISNES SAYA BUKAN UNTUK SAYA FIZAL.. TAPI SEMUA UNTUK ALLAH”

Semalam aku berkesempatan.. untuk berbincang panjang lebar ngan Hj S.. Hj S nii kira otai tanah laa.. banyak tanah dia beb.. merata tempat dia ada.. he he

Hj S nii dah agak berumur dah.. nak jalan pun.. nak kena pakai tongkat.. sian Hj S..walau pun macam tuu.. dari tutur kata dia.. aku percaya sangat.. Hj S nii sorang yang amat amat positif laa..

Macam-macam dia syer ngan aku.. dari cara.. macam mana nak niaga..rusuhan kat Mesir dan sampai laa cerita 13 Mei.. macam-macam pengalaman dia lalui beb

Menurut kata Hj S nii.. dia terlibat ngan investment tanah nii.. secara tak sengaja.. benda nii bermula.. selepas kejadian 13 Mei.. masa tuu baru dia tersedar.. baru dia nampak.. betapa lemah ekonomi orang Melayu ..

Dia minat invest kat tanah.. tapi masa tuu dia tak dee modal.. gaji dia lak ciput jee.. sebagai alternative.. dia pakai loan koperasi untuk beli tanah.. dan tanah pertama yang dia beli.. tanah sekar kat pekan Kajang..

Apa yang Hj S buat.. Lepas dia beli tanah tuu.. dia kasi sodok tanah tuu.. kasi bersih baik-baik.. pastu kasi pagar tanah tuu.. lepas tuu dia kasi jual..

Dia ulang ulang teknik yang sama ngan tanah-tanah yang lain.. beli.. bersihkan.. kasi pagar.. jual.. tuu jee.. tak dee pun upgrade.. tak dee pun pecah-pecah lot..tak dee.. tapi buat macam nii pun.. bole untung banyak beb..   

Bila aku tanya dia.. kalo kalo Hj bole syer sikit.. apa rahsia pelaburan Hj…  teknik atau cara Hj invest kat tanah..

Dia kata.. dia tak dee apa-apa rahsia dalam investment tanah.. Cuma apa yang Hj S amalkan.. hasil keuntungan dari jualan tanah tuu.. 2.5% dia bayar zakat.. dan 60% dari untung tadi.. dia wakafkan untuk tujuan agama.. hebat kan kekawan

Maksudnya.. dia bagi 62.5% untuk agama beb.. dan untuk dia.. cuma 37.5% jee.. power laa..

Bila dia bagi tau.. macam tuu kat aku.. aku jemmm kejap beb.. he he.. sebab bukan senang.. nak bagi banyak macam tuuu ooo..

Banyak kali Hj S pesan kat aku.. “Fizal.. bisnes saya nii bukan untuk saya Fizal.. semuanya untuk Allah Zal.. kalo saya mati.. semua nii tinggal Zal” kata-kata Hj S nii.. bikin gua terharu beb.. he he

Aku percaya.. mungkin berkat dari apa yang Hj S amalkan selama nii.. walaupun umur dia hampir 80 tahun.. tapi dia masih kuat lagi beb.. badan sihat.. sakit jantung takk dee.. kencing manis tak dee.. darah tinggi tak dee.. hebatkan..

Ok laa geng..sebab tuu aku pesan kat diri aku ngan kekawan semua..  jom laa kita sesame.. ambik ikhtibar dari kisah Hj S nii.. kalo sebelum nii.. kita sibuk buat bisnes.. kejar nak simpan duit juta-juta.. kejar rumah besar.. kereta besar.. sampai terlupa nak zakat.. wakaf.. terlupa nak sedekah.. mudah-mudahan pasni.. kita bole betoikan balik hala tuju bisnes kita..  

“Bisnes kita.. bukan untuk kita.. tapi semua nii untuk Allah” 

Ok geng.. salam

INGAT TANAH & EMAS, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN

SELAMAT TAHUN BARU.. GONG XI FA CHAI

Sempena Cuti Tahun Baru Cina nii.. kita orang sefamily pergi cuti-cuti Malaysia.. Destinasi kami kali nii..kita orang menjelajah utara Malaysia.. he he.. 

Asyik kerja jee.. mana bole tahan beb.. sesekali kena gak pergi bercuti.. nak kasi rehat minda sikit.. nak kasi rehat badan sikit.. he he

Waktu cuti macam nii.. selalunya aku akan bawak buku sekali.. sambil rehat-rehat tuu.. bole gak aku membaca.. nii laa waktu terbaik untuk membaca.. untuk tambah ilmu

Untuk hari nii.. aku sempat layan 3 buah buku

“AJAIBNYA SEDEKAH, SEMAKIN BERSEDEKAH SEMAKIN KAYA.. buku nii tulisan MUHAMMAD MUHYIIDIN

Pastu layan buku pakdi “ RANCANG WANG DARI SEKARANG”

Pastu layan buku MENJADI USAHAWAN SEHEBAT MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Best laa buku-buku nii..memang tip top habiss..  aku syorkan sangat.. bagus korang dapatkan buku-buku nii.. pastu baca buku nii..

Ada banyak benda aku blaja dari buku nii.. antaranya  

1. “Jangan lah kamu memberi dengan maksud menerima balasan yang lebih banyak” (surah al_Mudassir, ayat 6)

2. Ali bin Abu Talib berkata “Ada golongan yang menyembah Allah kerana mahukan ganjaran.  Ini ibadah pedagang. Golongan yang lain pulak menyembah Allah kerana takut. Ini ibadah seorang hamba. Golongan seterusnya, menyembah Allah kerana syukur. Ini ibadah orang yang merdeka”  Alangkah indahnya apabila kita dapat menjadi orang yang merdeka, bukan menjadi hamba mahupun pedagang dalam beribadah

3. Pada suatu hari, Ali mengisahkan ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata “Ajarkan kepadaku suatu amalan yang membuat Allah dan para makhluk mencintaiku, Allah menambahkan hartaku, menyihatkan tubuhku, memanjangkan umurku, dan membangkitkan aku di padang mahsyar bersamamu”  

Rasululluh menjawab “ Kamu memohon enam perkara, jadi kamu perlu melakukan enam perkara juga

Apabila kamu mahu Allah mencintai mu, takutlah kepadaNya dan bertakwalah

Apabila kamu mahu para makhluk mencintai mu, berbuat baiklah  kepada mereka dan jangan mengharapkan sesuatu daripada apa yang mereka miliki

Apabila kamu mahu memiliki banyak harta, zakatkanlah harta bendamu

Apabila kamu mahu menjadi sihat, banyakkan lah sedekahmu

Apabila kamu mahu panjang umur, jalinkanlah silaturahim dengan saudara-saudaramu

Apabila kamu mahu dikumpulkan bersamaku di Padang Mahsyar, panjangkan lah sujudmu pada Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa”  

4. Ali bin Abu Talib pernah berkata “Pancinglah rezeki dengan bersedekah” Nabi Muhammad pula pernah berkata “Segeralah bersedekah kerana bala tidak pernah mendahului sedekah”

5. Hadis riwayat Abu Hurairah “Jagalah harta kamu dengan zakat dan ubatilah penyakitmu dengan sedekah serta hadapi segala cubaan dan bahaya dengan doa dan tawaduk”

Ada banyak lagi aku blaja dari buku-buku nii..bagus sangat buku nii.. best best

Ok laa geng.. aku nak layan baca buku-buku lain lak nii.. he he

Salam

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR, HAFIZAL AHLAN