Semalam aku berkesempatan untuk lawat ladang kerbau kawan aku nii.. aku panggil dia saudara G.. dan projek dia nii terletak kat Beranang sana..

Aku jumpa saudara G nii sebab nak uruskan tanah dia.. dia baru jee beli tanah.. 1.8 ekar.. pastu geran kongsi lak tuu.. jadi dia mintak aku bantu.. untuk buat permohonan pecah geran.. supaya dia bole dapat satu geran.. dan tuan tanah asal dapat satu geran asing

Dia buat semua nii.. untuk generasi akan datang.. bila ada geran individu nii.. jadi anak cucu dia.. tak laaa gaduh pasal sempadan tanah.. pasal cukai tanah dan lelain lagi

Biasalaa.. bila bincang pasal tanah nii.. paling maxsimum pun 15 minit jee.. selebihnya kita orang borak pasal kerbau laa..

Untuk makluman korang.. Si G nii ada 650 ekor lebih kerbau.. dan dia bagi tau.. sekor kerbau dia.. yang besar macam anak gajah tuu.. harga dia dalam RM15,000 sekor… wowowo.. kayo laa Si G nii.. he he jom kita kira sikit nilai kerbau Si G nii

Sekor RM15,000 x 650 ekor : RM9,750,000.. uyooo untung tuu beb.. niaga kerbau jee tuu.. juta-juta tuu

Tuu nilai kerbau dia.. tapi Si G tak focus jual kerbau pun.. dia lebih focus jual susu kerbau.. korang nak tahu.. sekor kerbau bole keluarkan susu 20 liter sehari.. dan seliter..  dia jual ngan harga RM5.00..

Nii bermakna sekor kerbau bole generate RM100 sehari beb.. kalo 300 ekor jee yang bole keluarkan susu.. maksudnya dia bole generate RM30,000 sehari brooo

Si G lebih focus kepada pasif income hasil kerbau nii.. berbanding capital gain.. hanya kerbau yang tua jee.. yang tak bole keluarkan susu lagi.. yang dia jual.. bijak bijak

Satu benda aku blaja.. kesannya macam keju.. ais kream.. susu pekat.. semua produk tuu dari susu kerbau.. dan kerja Si G nii.. membekalkan susu kerbau kepada company-company nii.. hebatkan.. he he

Sebab tuu kan.. bila kita tengok bisnes kawan kita.. Nampak macam biasa jee.. Nampak macam tak best jee.. macam cowboy.. tapi kalo kita duduk betoi betoi.. buat kira-kira sikit.. ayoooo untung juta-juta tuu beb..

Kalo laa kawan kita si G nii.. bole untung juta-juta ngan ternak kerbau jee.. korang rasa.. korang nak ternak apa lak yee? He he .. jom kita bincang-bincangkan.. jom jom

Salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

Popularity: 3% [?]