Hari nii aku nak syer ngan korang pasal bisnes.. bukan apa kekawan.. sebab semalam aku berkesempatan borak panjang lebar ngan abg H..

Untuk makluman korang.. abang H nii adalah kontraktor.. dia dah terlibat ngan industry kontraktor nii lebih 10 tahun.. pendek kata.. asam garam.. sepak terajang bidang pembinaan nii.. memang dia dah masak sangat laa..

Dan semalam.. abang H mintak aku bantu dia lagi.. uruskan 3 lagi projek bungalow dia sekitar Bangi.. ayoo kayo laa abang H.. hebat betoi projek abang H tahun nii.. bagus bagus

Best borak ngan abang H nii.. sebab selain kita orang bincang pasal bisnes.. projek juta juta.. income sana.. income sini.. abang H selalu pesan kat aku.. pasal hadis dan ayat Al Quran.. tuu yang syookkk tuu

Bila aku tengok.. bisnes abang H semakin hari semakin baik.. aku pun start cucuk jaru.. aku pun tanya kat dia.. kot laa.. kalo kalo dia bole syer.. rahsia kejayaan bisnes dia

Apa yang abang H buat sekarang nii.. apa yang dia praktikkan ialah.. setiap projek bungalow yang dia buat.. atau projek reno yang dia buat.. dia akan pastikan.. kat depan projek dia tuu.. mesti ada banner.. ada bunting.. ada nama company dia.. ada gambar dia.. ada no hp dia..

Pastu lak.. setiap simpang.. sekolah.. masjid.. dewan.. traffic light.. sekitar 500m dari projek dia buat tuu..dia pasang banner..

Dan alhamdulilah.. hasil dia buat benda nii.. projek dia tak putus-putus.. setiap hari.. ada jee orang call dia.. sekurang-kurangnya nak buat reno laa.. nak repair laa.. dan semua tuu rezeki.. alhamdulilah sesangat

Selain tuu.. abang H ada banyak testimonial.. projek-projek bungalow yang sebelum nii dia buat.. mereka-mereka nii yang banyak bantu sebenarnya.. yang bercakap-cakap.. rokmen kepada kekawan lain.. sebab puas hati kerja abang H.. puas dari quality kerja abang H..

Dan setakad nii.. ngan pakai teknik nii.. abang H bagi tau.. hasil dia.. amat memberansangkan broo..

Dan rahsia dia yang paling besar sebenarnya adalah.. setiap keuntungan.. hasil setiap projek dia.. dia akan pastikan.. 10% wajib diwakafkan untuk Islam.. dan 2.5% lagi mesti dizakatkan.. dan baki tuu.. baru untuk kembangkan lagi bisnes dia

Bagi korang yang terlibat ngan bisnes nii.. mungkin nii satu idea baru untuk korang.. marketkan bisnes korang.. pakai teknik abang H niii.. buat banner bebanyak.. letak kat tempat ramai orang..

Apa laa sangat kos buat banner tuu bro.. berbanding branding yang korang dapat.. dan projek yang korang akan dapat

Sebab tuu.. aku ingat diri aku sendiri.. aku ingat kekawan lain.. dalam bisnes nii.. marketing satu benda yang penting sangat.. bisnes tak bole datang sendiri tanpa marketing.. dan hasil untung niaga tadi.. jangan lupa wakafkan untuk Islam..

Insyaallah.. kombinasi marketing ngan sedekah tadiā€¦ akan suburkan lagi bisnes korang

Ok laa kekawan.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL