Salam semua.. pagi nii aku nak syer ngan korang pasal tanah.. bukan apa kekawan.. sebab semalam aku dihujani oleh banyak panggilan telefon.. bimbang kedudukan tanah memasing

Al kisah ceritanya macam nii.. 6 bulan lepas.. aku ada buat permohonan pecah geran tanah.. untuk klien aku sorang nii.. tanah tuu 3 ekar jee.. satu geran dan ada 2 tuan.. Jadi Hj M dan Kak S mintak aku bantu dia.. uruskan proses pecah geran tanah dia orang

Dan hari nii.. permohonan tuu dah pun lulus.. dan mereka tuu dah pun ada geran memasing. Kira mudah laa dia orang sekarang.. cukai tanah sendiri-sendiri bayar.. sempadan tanah lebih jelas.. nak gadai.. nak pajak.. nak jual pun senang.. pendek kata.. semua senang laa.. semua untung laa

Cuma semalam.. mereka berdua panic sikit… sebab kedudukan tanah yang mereka usahakan selama nii.. mereka tanam ngan pokok getah.. tanam ngan pokok buah.. sebenarnya mereka sudah ceroboh tanah orang lain broo

Bukan sikit broo.. hampir ¾ usaha dia orang tuu.. sudah masuk tanah jiran beb.. ayooooo sedihkan..

Benda nii lebih kritikal lagi.. bila jiran tadi.. keluarkan cakap-cakap kesat.. kononnya haram buat benda macam nii.. tak masuk syurga laa.. perbuatan orang Yahudi laa.. macam-macam lagi laa.. lagi laa panic orang tua tuu broo

Benda ni berpunca dari tak tahu sempadan sebenarnya.. kita ikut sempadan orang tetua dulu je.. mereka kata sempadan tanah kita tuu.. dari pokok kelapa sampai pokok manggis.. kita pun main ikut jee.. kita pun main usaha jee.. tanpa kita ukur bebetoi sempadan tanah kita tuu

Jadi bila team aku masuk.. ukur bebetoi sempadan tanah tuu.. baru mereka sedar.. baru mereka terkezuutt beb

Bagi mereka yang ada masalah macam nii.. korang jangan panic.. benda nii bole bawak bincang.. yang penting.. korang mesti bole terima.. yang korang sudah terceroboh tanah jiran

Bagi kes-kes macam niii.. aku cadangkan :

Kalo terbukti korang dah termasuk tanah jiran.. korang beli laa sebahagian tanah jiran tadi.. korang pakat bebaik.. nilai bebaik.. pastu beli.. pastu korang buat pindahmilik.. pastu korang buat pecah geran.. supaya kawasan yang korang dah terceroboh tadi.. ada geran sendiri atas nama korang

Kalo jiran tak nak jual.. korang pajak laa.. korang bincang bebaik.. kasi pajak tanah jiran tadi.. pajak laa 20 tahun kee atau lebih.. tapi urusan pajak memajak nii.. kena buat bebetoi tau.. lantik lawyer semua

Kalo pajak pun tak mau.. korang sewa laa.. sementara pokok atau bangunan korang ada atas tanah tuu.. korang bayar sewa ngan jiran tadi

Kalo dia tak mau gak.. korang cadangkan lak.. suruh dia beli samada sebahagian tanah korang.. atau kesemua tanah korang tadi.. mana la tau.. jiran tuu setuju cara macam tuu

Kalo tak mau gak.. korang cadangkan lak.. korang pulak beli kesemua tanah jiran..

Kalo semua tak jalan.. jiran nak gak tanah dia… korang terpaksa laa mengalah.. ikut laa balik sempadan tanah korang yang betoi tuu.. dan kalo bole.. jangan sampai saman menyaman.. tak baik beb.. sebab tuu jiran kita

Aku cadangkan sangat.. nak atasi cabaran nii.. bagus ngan rundingan.. pastikan dua-dua pihak untung.. dua-dua pihak tak rugi.. apa laa sangat dunia nii beb.. berbanding akhirat sana

Tak ke mana pun main tanah nii.. last-last kita masuk dalam tanah gak.. dari tanah kita dijadikan.. kepada tanah gak kita kembali.. he he he

Ok laa geng.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL