Hari nii.. aku nak syer ngan korang.. masalah kawan kita nii.. masalah dia tuu macam ni

“Salam Abg Fizal@JuruUkur..                      

Saya ni silent reader kebanyakan blog hartanah. Tapi yang paling saya follow ialah blog Abg Pie sejak 2008 lagi sampai lah sekarang dia dah berjaya.

Saya nak tanya berkenaan hartanah. Saya memang minat dgn hal2 berkaitan hartanah cuma 2008 itu baru grad, jadi modal pon xberapa nak ada. Hehe.

Jadi sekarang ini saya ingin bertanya 1 soalan kepada yang lebih arif. Di bawah situasi saya sekarang.

Saya ada sebuah rumah di Kemuning Utama, S Alam FREEHOLD. Saya beli pd harga Rm325k. Harga MV sekarang sekitar Rm480k, cuma sebab lokasi baik, ramai yang ingin rumah ini. Ada yang sanggup offer Rm560k.

Jadi saya nak tanya Abg Fizal, adakah berbaloi dengan jual pada harga sekarang ?

Untung kasar : Rm 560k – RM 325k = RM 235k.

Saya ingin jual dan beli satu lagi double storey di S Alam Sek 13, harga sekitar Rm 350k LEASEHOLD. Adakah ini berbaloi ?

Untung bersih mungkin sekitar RM 220k setelah tolak penalti bank semua. Jadi untuk rumah baru ini, saya fikir nak letak RM 60k sebagai dowpayment, dan selebihnya letak di ASB. Dan dalam masa 2-3 tahun ASB saya akan capai MAX saving.

Jadi kesimpulannya, saya akan dapat rumah DS tapi status LEASEHOLD, dan juga cash RM150k dlm ASB. Adakah ini satu risiko yang patut diambil atau tidak. Saya masih dalam proses mendapat pandangan beberapa org”

Jom kekawan.. jom kongsikan pendapat korang.. untuk bantu kawan kita nii.. jom jom..

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL