Hari nii aku nak syer ngan korang pasal tanah.. bukan apa kekawan.. sebab aku baru jee habis meeting ngan sorang klien nii.. nama dia Pn R..

Al kisah ceritanya.. Pn R nii tengah uruskan semua tanah tanih Pak Mertua dia.. sebab sekarang nii.. Pak Mertua dia tengah sakit.. kena cancer otak.. jadi sebelum berlaku apa-apa.. bagus laa harta-harta tadi diuruskan bebaik

Oii banyak harta pak mertua dia.. yang terbaru nii.. aku tengah uruskan tanah dia kat Jalan Ipoh KL.. happy aku beb.. sebab ada gak individu Melayu.. ada tanah tapak kedai kat KL.. mahal harga tanah ni bro..

Tapi apa yang aku nak syer ngan korang adalah.. kalo korang ada tanah.. bagus korang jaga tanah korang tuu bebaik.. jangan sampai orang lain ceroboh tanah korang tuu.. leceh nak halau broo

Sama laa bagi kes tanah Pn R niiā€¦ berpuluh tahun dia tak pernah tengok tanah tuu.. tapi bila dia datang kat site baru-baru nii.. terperanjat beruk dia beb.. bila dia dapati.. tanah dia tuu dah ada stor.. lengkap ngan mesin-mesin besar lagi

Tanah tuu tanah Pak Mertua Pn R.. setiap tahun dia bayar cukai.. geran original ada dalam simpanan dia.. pastu carian resmi pun masih lagi nama Pak Mertua dia.. tapi atas tanah dah ada orang ceroboh

Bagi korang yang ada masalah tanah macam nii.. korang jangan panic.. apa yang perlu korang buat.. korang lantik juruukur..

Suruh juruukur.. kasi semak betoi-betoi sempadan tanah korang tuu.. pastu mintak gak pihak juruukur tuu ambik semua maklumat atas tanah tuu.. kalo ada bangunan.. pagar.. longkang.. ambik semua maklumat tuu

Pastu bila semua maklumat tanah tuu dah ada.. Korang kasi buat surat kat pej tanah.. bagi tau yang tanah korang sudah kena ceroboh.. pastu lak.. korang buat jugak laporan polis.. pada waktu yang sama.. korang tulis surat kepada penceroboh tadi

Pastu mohoh kerjasama pihak pejabat tanah.. panggil orang yang ceroboh tadi.. panggil korang.. duduk sesame.. bincang masalah nii.. apa yang penting.. kita nak bagi tau.. yang tanah kita tuu dah kena ceroboh.. dan pihak yang menceroboh lak.. mereka kena laa terima benda nii

Kalo dua-dua pihak bole terima.. baru laa bole bincang bab nak sewa kee tanah tuu.. nak jual kee.. nak pajakkan kee.. tuu terpulang laa kat korang laa..

Senang kan kekawan benda nii.. tak laa kritikal pun.. Cuma pesan aku.. uruskan laa bebaik tanah korang.. sebab semua tuu.. duuuiiiitt.. tanah adalah duit.. rugi tak jaga bebaik.. he he

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL