Hari nii aku pergi CIMB lak.. kali nii aku pergi.. aku nak tanya kat dia orang.. macam mana lak proses..  nak tutup aku punya kredit card..

Untuk makluman kekawan.. sebelum nii semua benda aku belanja pakai kredit kad.. isi minyak.. beli barang dapur.. bayar bill telefon dan lelain lagi.. semua aku pakai kredit card

Biasa laa.. bila pakai kredit card nii memang best.. swepppp jee.. tenyeh jee.. he he he

Bukan tuu jee.. sebelum nii.. teramat banyak kali.. aku pakai kredit kad untuk investment.. maksud aku.. bila aku dapat jee good deal.. katakan pada waktu tuu.. aku tak cukup modal.. jadi aku tenyeh pakai kredit kad.. untuk ambik peluang tuu

Pastu.. aku belasah bayar minimum payment.. untuk tempoh antara sebulan ke enam bulan.. tempoh tuu bergantung laa.. sementara tunggu aku nak carik buyer..

Bila dah dapat jual jee barang tuu.. kira aku ada laa untung sikit.. bila dapat jee untung tuu.. aku pun bayar laa semua hutang-hutang kredit kad aku tuu.. dan termasuk laa interest dia sekali.. best broo

Main kredit kad nii.. lagi best kalo ada kredit limit besar.. sebab lagi besar kredit limit kita.. lagi besar kita bole invest.. lebih besar peluang yang kita bole dapat.. dan bertambah besar laa untung yang kita perolehi

Tuu belum lagi.. aku kombainkan OD ASB.. dividen ASB ngan kredit kad.. lagi laa best kekawan.. aku langsung tak pakai duit aku pun.. semua investment aku.. pakai duit PNB jee.. pendek kata.. aku tak nafikan.. amat amat menakjubkan main game kredit kad nii kekawan..

Tapikan.. hari nii aku buat satu lagi keputusan besar.. aku kasi cancel semua kredit kad yang aku ada.. no more kredit card broo.. yang bestnya pegawai kat CIMB Bank tuu pelik ngan keputusan aku.. he he

Orang lain sibuk mohon kredit card.. nak tambah kredit limit.. nak upgrade dari yang biasa-biasa ke black card.. aku lak sebaliknya.. he he

Baru aku tahu.. kesannya tak laa susah sangat nak cancel kredit card nii.. Cuma kita kena datang mana-mana cawangan bank.. yang dulu kita ambik kredit kad tuu.. pastu kita kena bayar semua hutang kita.. pastu kita tulis satu surat.. bagi tau.. kita nak cancel kredit card.. tuu jee

Pastu nanti mereka akan proses permohonan kita.. Insyaallah dalam tempoh 2 bulan.. mereka akan tamatkan kredit kad kita.. simple jee benda nii

Pastu lak.. kredit kad yang kekawan dah cancel tuu.. terpulang laa kat kekawan.. kekawan nak letak dalam ferem bole.. nak terus letak dalam wolet bole.. terpulang laa .. he he

Aku cancel kredit kad nii bukan apa.. sebab aku lebih selesa pakai debit card.. maleh nak pikir hutang-hutang nii.. poning laa..

ok laa.. aku nak bawak anak-anak aku nii.. nak pergi ronda-ronda.. sambil tu nak layan lagi MP3 Ustaz Zaharuddin.. banyak info bebagus broo..

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL