Hari nii aku nak syer ngan korang pasal perkembangan tukar syarat tanah.. sebab sejak dua menjak nii.. aku dapati ramai sangat kekawan blog kita.. yang dah start.. menukar syarat tanah dia orang.. daripada kategori pertanian kepada bangunan kediaman

Dan aku rasa.. ini satu benda yang sangat bagus nii.. sebab kalo sebelum nii.. masyarakat lain jee yang asyik upgrade tanah.. dari pertanian kepada industry.. dari pertanian kepada perniagaan.. tapi sekarang nii.. masyarakat kita dah pun mula dah.. bagus bagus

Dan kalo benda nii berterusan.. insyaallah tak lama lagi.. banyak tanah-tanah rezab Melayu.. yang sebelum nii.. kurang dapat perhatian.. pastu harga murah.. tapi nanti beransur-ansur.. nilai dia akan naik oooo

Tambah lak sekarang nii.. ngan harga rumah yang tengah naik menggila..terutama kat Selangor ngan KL.. aku amat konfiden beb.. usaha korang untuk upgrade tanah korang tuu.. satu usaha yang sangat bagus..

Sebab korang dah pun optimiskan.. potensi tanah korang tuu.. ketahap yang paling maksimum broo

Ramai yang tanya kat aku.. mahal kee belanja untuk upgrade tanah nii?.. sebenarnya tak mahal broo.. murah sesangat broo kalo dibandingkan ngan tanah freehold

Best kalo tanah kita dah upgrade nii.. sebab kita bole cagarkan tanah tuu kat bank.. pastu nilai dia mahal.. pastu nak jual pun senang.. pembeli baru senang dapat loan.. nak jual sikit-sikit pun bole.. urusan pindahmilik senang dan banyak lagi laa.. ayooo pendek kata.. semua duit duitttt tuu bro.. he he

Kalo laa masyarakat lain.. dah lama buat benda nii.. upgrade tanah pastu jual.. korang rasa.. masyarakat kita bole tak? Jom korang fikir-fikirkan

Ok laa geng.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

Popularity: 8% [?]