Hari nii aku nak syer ngan korang pasal tempoh pajakan.. sebab sejak dua menjak nii.. ramai sangat kekawan developer aku.. mereka mengeluh beb.. bila permohonan mereka.. untuk melanjutkan tempoh pajakan.. dikenakan premium yang tinggi oleh pejabat tanah

Maksud aku macam nii… katakan korang sekarang nii ada rumah… atau pun ada tanah.. dan properties korang tuu.. properties leasehold.. samada pajakan 99 tahun.. atau pun 60 tahun.. apa yang berlaku.. secara beransur-ansur.. tempoh pajakan tanah korang tuu.. akan luput broo

Bila tempoh nii nak luput.. korang sebagai tuan tanah.. korang ada hak untuk mohon kat pejabat tanah.. untuk lanjutkan tempoh pajakan tanah korang tuu.. kepada tempoh yang asal.. macam mana pun.. tang kelulusan tuu.. bergantung dengan kelulusan pihak kerajaan negeri

Kalo mereka kata bole.. maka korang bole laa lanjut tempoh pajakan.. kalo sebaliknya… sendiri mau ingat laa broo.. he he

Mereka yang banyak mohon tempoh pajakan nii.. kebanyakkannya mereka yang generasi kedua atau ketiga.. pastu pihak developer.. pastu pemilik ladang dan lelain lagi..

Korang bole bayangkan tak.. hari nii korang beli hartanah.. kat area Shah Alam.. Bangi.. area tanah yang leasehold nii.. sebijik rumah pun.. paling busuk dalam RM450K.. penat lelah korang bayar instolmen bulan-bulan.. selepas 50 tahun akan datang.. rasa-rasa brapa laa nilai hartanah korang tuu ye?

Ngan kadar inflasi yang tinggi sekarang nii.. pastu ngan harga barang yang mahal.. aku percaya.. nilai hartanah korang jugak.. akan naik.. mungkin pada waktu tuu.. bole cecah jutaan ringgit broo.. mungkin 1 juta.. 2 juta mungkin.. mahalkan.. he he

Walaupun nilai dia mahal.. tapi tempoh pajakan hartanah korang tadi.. semakin hari semakin kurang broo.. jadi untuk terus kekal.. pemilikan hartanah korang tadi.. masa nii laa.. korang kena lanjut tempoh pajakan..

Aku percaya.. nak lanjut tempoh pajakan nii.. semua orang bole mohon.. tak dee masalah.. tapi bab nak bayar lanjut tempoh tuu.. ramai yang pengsan broo..

Nak tahu pengsan atau tak.. jom kita kira :

Katakan korang beli sebijik rumah 22×80 = 1760kp ngan harga RM450K

Luas 1760kp nii = 163.5mp

Katakana 50 tahun akan datang, nilai rumah tadi jadi RM1.2juta

Ini bermakna nilai 1mp pada waktu adalah RM7339

¼ x 1/100 x RM7339 x (99 -50) x 163.5 = RM146,991

Korang rasa.. ngan jumlah nii.. RM146,991 rasa-rasa anak cucu kita mampu kee?

Sebab tuu kekawan.. aku pesan diri aku sendiri.. aku pesan kekawan semua.. untuk rumah kediaman korang.. kalo bole laa.. bagus beli yang freehold broo.. tuu yang terbaik.. yang rezab melayu pun tak pee.. asalkan pegangan selama-lamanya

Tapi bagi tujuan investment.. benda nii tak laa penting sangat.. sebab korang beli property.. pastu korang sewa.. pastu bila nilai dia naik.. korang bole jual.. jadi korang dapat laa untung sikit.. he he

Ok laa.. fikir-fikirkan.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

Popularity: 4% [?]