Archive for July, 2011

BUKAN SAYA PUNYA.. TAPI ALLAH YANG PUNYA

Pagi nii aku ada meeting ngan makcik N.. makcik N datang opis aku.. untuk bincang beberapa kes tanah dia sekitar Kajang.. adoi kayanya makcik N nii.. sebab semua tanah-tanih makcik N.. semuanya kawasan prime bro

Dan sekarang nii.. semua tanah-tanah dia tuu.. dia kasi sewa kepada orang buat hardware.. banyak ooo pasif income makcik N nii.. hasil sewa tuu.. ada tanah tuu dia dapat RM7K sebulan.. ada tuu yang dapat RM5K sebulan.. tu lom kira tanah lelain lagi.. ayooo bestnya.. kayo kayo

Kadang-kadang tuu.. ni laa dikatakan rezeki.. sebenarnya tanah-tanah makcik N nii.. semuanya dia dapat.. hasil pusaka dari arwah mak bapak dia dulu

Pastu dia kasi cecantikkan tanah tuu.. pastu dia kasi sewa ngan tokeh hardware.. hasil sewa tuu laa.. dia makan sekarang

Juta ooo nilai tanah makcik N nii.. tapi kekawan apa yang makcik N kata..

“Fizal saya nii uruskan saja.. bukan saya punya Fizal.. Allah yang punya.. saya uruskan jee.. sampai masa saya tinggalkan semua nii”

Adooiii ayat makcik N bikin gua tersentuh laa..

Kakawan apa yang aku perhatikan.. dicelah-celah kumpulan orang.. yang kerja siang malam.. tunggang langgang.. untuk jadi kaya raya..

Tapi dicelah-celah tuu jugak.. ada jugak kumpulan kecik manusia.. yang mereka juga kaya.. mewah.. tapi mereka anggap kaya mereka.. bukan mereka punya.. tapi pinjaman dari Allah.. allah hu akbar

Mulianya kumpulan nii..

Ok laa kekawan.. fikir-fikirkan.. renung-renungkan

Salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

MISI 1GERAN 1TUAN SEDANG BERGERAK

Pagi nii aku ada sesi perbincangan kat Hulu Langat.. aku dijemput oleh Makcik H dan kekawan yang lain untuk datang ke tempat mereka.. untuk bagi sikit consultation.. mengenai urusan tanah-tanih nii

Bersama aku tadi.. makcik H, Hj B, Hj R, Hj G dan Hj Z.. adoiii semua klien aku dah berumur nii.. semua tuan-tuan haji nii.. he he

Ok laa.. alkisah ceritanya macam nii.. makcik H nii ada sebidang tanah.. tanah tuu 3 ekar.. 2 ekar dia punya.. dan sekar lagi.. dia bagi kat anak dia..

Jadi untuk mudahkan urusan pada masa akan datang.. dia cadang..  nak buat permohonan pecah geran tanah.. supaya dia dapat satu geran.. dan anak dia tadi satu geran

Bila dah ada geran asing-asing nii senang.. nak pajak.. nak gadai.. nak jual pun senang.. kalo anak tadi nak buat loan gomen pun.. dah bole dah

Untuk tuu.. apa yang makcik H nii buat.. makcik H pergi call semua sedara mara dia.. bagi tau yang hari nii.. dia nak buat proses pecah geran.. jadi mana-mana sedara-mara dia.. yang ada masalah tanah tuu.. dia jemput datang rumah pagi nii.. pastu bawak sekali salinan geran tanah.. pastu kalo ada sebarang kemusykilan.. bole rujuk terus kat aku

Adoooiii rasa macam YB laa pulak aku hari nii.. he he

Rata-rata masalah mereka adalah sama.. mereka ada tanah.. tapi tanah tuu satu geran banyak tuan.. jadi mereka nak tahu proses pecah geran tuu dibuat..

Dan ada satu kes tuu.. mereka nak tukar syarat tanah.. nak convert tanah tuu jadi tanah bangunan kediaman.. pastu dia nak bagi tanah tadi kat anak-anak..

Alhamdulilah sangat.. aku syukur sangat ngan usaha yang makck H nii buat.. sebab sekurang-kurangnya.. Matlamat aku untuk sampaikan maklumat berkaitan tanah-tanih nii.. kepada peringkat akar umbi beransur-ansur tercapai..

Untuk program esok pulak.. Insyaallah aku akan berada kat Bangi.. bersama 11 kekawan pensyarah.. untuk berbincang masalah tanah-tanih mereka lak..

Kita tak mau lagi kekawan.. tanah orang Melayu.. mereka ada tanah.. lokasi strategic.. nilai tanah mahal gila.. tapi tanah mereka satu geran banyak tuan.. sebaliknya kita mau tanah orang Melayu.. 1GERAN, 1TUAN

Malu kekawan ngan bangsa lain.. bangsa lain datang kat kami.. mereka datang nak buat projek kondo.. nak buat projek housing.. nak buat projek gated guarded.. sebaliknya bangsa kita.. masih lagi tak selesai-selesai masalah tanah

Sebab tuu kekawan.. aku pesan diri aku sendiri.. aku pesan kekawan lain.. kalo korang ada tanah yang macam nii.. kasi urus cecepat.. jangan tangguh-tangguh.. ingat tuu.. tanah adalah duit.. tanah adalah emas

Ok laa kekawan.. fikir-fikirkan.. renung-renungkan

Salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

BELI TANAH FREEHOLD.. DAPAT TANAH REZAB MELAYU

Untuk hari nii.. aku nak syer ngan korang pasal tanah freehold.. bukan apa kekawan sebab semalam klien aku.. Si S sudah bising daa.. tanah freehold.. pegangan selama-lamanya.. yang dia beli dari sorang apek.. tapi bila dia buat pindah milik kat pejabat tanah.. geran baru yang didaftarkan.. sudah jadi tanah Rezab Melayu daa.. ayooo yooo  

Al kisah ceritanya macam nii.. baru-baru nii Si S beli 2 ekar tanah kat Hulu Langat.. dia beli dari sorang apek nii.. tanah tuu tepi jalan besar.. lokasi cantik.. sebelah-sebelah tanah lak.. dah ada rumah..

Bila dia dapat lubang tanah nii.. Si S happy laa.. dia pun buat laa carian kat pejabat tanah.. pastu buat semakan zooning tanah kat MPKj.. nak semak zoon tanah dia tuu.. apa potensi projek.. yang dia bole buat atas tanah tuu.. dan dia dapati.. tanah tuu bole bikin rumah

Jadi dia pun setuju laa.. beli tanah tuu dari si apek tadi.. sebab Si S nampak.. kalo dia nak jual balik tanah tuu.. market dia besar.. harga mahal.. sebab semua bangsa bole beli tanah tadi

Korang paham laa.. kalo beli tanah freehold nii.. harga dia mahal.. kalo nak bandingkan ngan tanah Rezab Melayu.. tapi sebabkan freehold.. Si S gagahkan jugak

Dia pun buat laa urusan S&P.. buat laa bayaran semua.. pastu buat pindahmilik.. tapi alangkah terkezzzuut beruknya si S.. bila dia dapati.. geran tanah tadi.. sudah jadi tanah Rezab Melayu daaa.. adoooiiii

Si S tak puas hati.. dia pun buat laa semakan kat Pejabat Tanah Hulu Langat.. kot-kot laa pihak pejabat tanah.. tersilap daftar geran tanah dia

Tapi keputusan yang dia terima amat menyedihkan broo.. tanah yang Si S beli tadi.. sudah termasuk di dalam kawasan rezab Melayu.. maksudnya kalo tanah tadi.. dijual antara Cina – Cina.. Cina – India.. Cina – bangsa lain.. tanah tuu masih lagi tanah freehold

Tapi bila tanah tadi.. dibeli oleh orang Melayu.. secara otomatik.. tanah freehold tadi.. akan jadi tanah Rezab Melayu..

Sebab tuu kekawan.. aku pesan diri aku.. aku pesan kekawan semua.. kalo kekawan nak beli tanah.. kasi semak semua info.. semak betoi-betoi.. pastu baru beli.. tak mau laa.. kita keluar duit ratus ribu.. juta-juta.. tiba-tiba hasil dia.. tak seperti yang kita harapkan.. jadi hati-hati kekawan

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

TANAH ATAU RUMAH ATAU?

Untuk hari nii.. aku nak syer ngan korang pasal tanah atau rumah atau investment lain.. maklum laa.. kadang-kadang tuu.. bila kita nak start invest nii.. kena lak baru first time tuu.. ada sikit rasa goyang broo.. mana satu kita nak pilih.. samada kita nak invest kat rumah kee.. atau pun nak invest kat tanah ke? Tak gitu kee kekawan?

Bagi aku secara peribadi.. apa pun investment kita.. tak kisah laa.. rumah kee.. tanah kee.. bisnes kee.. tak kisah laa.. tapi focus kita.. mesti kat pasif income kekawan..

Ada beberapa benda yang suka aku perhatikan.. sebelum aku menjebakkan diri dalam satu-satu pelaburan

Pertamanya aku suka semak.. cashflow.. brapa banyak aku bole dapat cashflow.. setiap bulan.. hasil pelaburan yang aku  buat.. lagi tinggi cashflow yang aku dapat.. lagi laa aku suka

Pada waktu yang sama.. semak laak dia punya ROI (return on investment).. pastu semak nilai pelaburan tuu.. termasuk laaa kos dia.. downpayment yang perlu kita keluarkan.. dan brapa banyak lak.. yang perlu kita mortgage kat bank

Bila semua info tuu dah ada.. baru aku buat pilihan.. samada nak invest kee.. atau pun tak.. tanpa maklumat tuu.. aku tak berani buat keputusan broo

Jadi tak timbul laa kekawan.. samada nak invest kat tanah kee.. atau pun rumah.. yang penting.. semak.. semak.. semak cashflow pelaburan kita tuu..     

Aku ambik contoh.. cuba korang layan blog www.abangensem.com.. Korang perhatikan bebaik blog dia tuu.. selain abang ensem ada pasif income.. hasil  rumah sewa dia.. dia juga ada sumber pasif income.. hasil ebook broo

Katakan laa.. setiap bulan hasil jualan ebook dia.. dia dapat RM500.. pastu modal dia buat ebook tuu sekitar RM300.. ROI bisnes ebook abang ensem nii adalah RM500 x 12 bulan/RM300 x 100 = 2000% tuu broo

Bagi kes nii.. aku akan pilih pelaburan nii.. sebab kos dia ciput.. ROI dia besar.. down payment tak dee.. pastu tak yah nak loan kat bank.. nii kira pelaburan yang bagus nii

Jadi kekawan.. aku pesan diri aku.. aku pesan kekawan semua.. jangan terikut-ikut ngan pelaburan orang lain.. orang lain invest rumah.. kita invest rumah.. orang lain invest tanah.. kita pun invest tanah.. jangan kekawan..

Aku syorkan sangat.. buat laa pelaburan berdasarkan cashflow dan ROI.. lagi banyak cashflow.. lagi tinggi ROI.. lagi bagus pelaburan tuu

Ok laa kekawan.. fikir-fikirkan

Salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

LAGI KRITIKAL.. LAGI BEST

Hari nii aku nak syer ngan korang pasal tanah.. bukan apa kekawan.. sebab sejak dua menjak nii.. aku tengah uruskan beberapa kes tanah.. yang kebanyakkannya.. semua kes yang beberat broo.. apa orang tetua kata.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. he he

Pengalaman aku laa.. lebih 10 tahun aku terjerumus dalam urusan tanah tanih nii.. apa yang bole aku syer ngan korang semua adalah.. aku amat suka masalah tanah.. dan aku amat suka cabaran tanah broo..

Lagi kritikal masalah tanah tuu.. lagi seronok  aku nak cuba selesaikan broo.. dan kalo laa cabaran tuu berjaya.. ayooo.. kita orang happy sangat bro.. he he 

Yang terbaru nii.. alhamdulilah sesangat.. aku baru jee berjaya uruskan tanah Hj D.. tanah nii tanah pusaka arwah datuk Hj D.. luas tanah nii 6 ekar.. lokasi tanah nii amat cun.. tanah rezab melayu.. tepi hiway.. ada jalan keluar masuk.. kenderaan lalu lalang amat banyak.. dan nilai tanah nii dianggarkan lebih RM6juta broo

Apa berlaku sebelum nii.. tanah pusaka Hj D nii.. terbiar macam tuu jee.. Hj D tahu dia ada tanah.. dia sewakan tanah tuu.. tiap-tiap bulan dia makan sewa.. tapi tanah tuu.. masih lagi nama arwah datuk dia broo..

Kira kalo Hj D nak jual.. nak pajak… nak gadai tanah tuu.. memang tak bole laa broo.. sebab tanah tuu bukan atas nama dia.. sebaliknya masih lagi atas nama datuk dia

Bukan takad tuu jee.. kalo laa tanah tuu terlibat ngan pengambilan balik tanah.. katakan nak lebarkan hiway.. nak buat stesen lrt dan lelain.. sure Hj D tak dapat duit pampasan broo.. sebab duit pampasan tadi.. akan disimpan kat dalam amanah raya.. sebab owner asal dah pun meninggal.. kira rugi laa broo 

Jadi bila Hj D nampak masalah nii.. kalo tak diselesaikan cepat.. masalah tanah nii akan jadi berpanjangan broo.. jadi Hj D mintak aku bantu dia.. dari buat urusan pusaka.. sampai laa urusan pecah geran broo

Dan alhamdulilah kekawan.. setakad hari nii.. urusan pusaka tanah Hj D.. dah pun selesai.. nama Hj D dan sepupu sepapat dia orang.. semua dah masuk dan geran.. dan lepas nii.. aku akan bantu dia lak.. untuk buat urusan pecah geran.. kepada 4 geran

Kekawan.. satu benda yang aku belajar dari main tanah nii.. pengalaman aku laa.. main tanah nii satu benda yang boring .. urusan dia slow sesangat.. pastu kena buat step by step lak tuu.. pastu tak leh gopoh-gopah.. kekadang tuu makan masa bertahun.. tapi sekali urusan tuu selesai.. ayoooo kayooo tuu brooo.. berbaloi-baloi

Sebab tuu kekawan.. bagi sapa-sapa yang ada tanah pusaka tuu.. dan tanah tuu lom selesai lagi.. aku pesan diri aku.. aku pesan kekawan semua.. kasi selesaikan cecepat kekawan.. rugi kekawan.. sebab tanah adalah duit

Walaupun korang terpaksa keluar belanja.. beribu ringgit.. tapi apa pun.. berkorban laa sikit kekawan.. kasi keluarkan kos tuu kekawan.. apa laa sangat kos tuu.. berbanding nilai tanah yang korang dapat ..

Percaya laa kekawan.. kos yang korang terpaksa keluarkan.. untuk uruskan tanah pusaka.. jauh lebih murah.. berbanding kalo korang beli tanah.. percaya laa kekawan

Ok laa kekawan.. fikir-fikirkan

Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

Semalam aku berkesempatan berbincang panjang lebar ngan Hj S.. untuk makluman kekawan.. Hj S nii banyak terlibat ngan investment kedai, tanah dan rumah.. dan banyak investment dia.. yang memahal beb

Happy sangat aku bincang ngan Hj S nii.. banyak benda baru aku blaja dari dia.. terutama yang libatkan pasif income.. sebab focus pelaburan Hj S adalah.. sewa rumah.. sewa kedai.. sewa tanah.. semua tuu game Hj S laa..

Dan hasil keuntungan pelaburan dia.. sekarang nii dia dah masuk ke Kemboja lak.. dia invest kat sana.. tapi kali nii dia invest buat masjid.. buat sekolah agama.. taja student sana belajar dan lelain lagi laa

Ayooo hebat Hj S nii ooo.. bukan takad pandai buat pasif income dunia jee.. tapi pandai gak buat pasif income akhirat.. hebat oooo

Dan kalo korang perhatikan.. apa yang Hj S buat nii.. satu pelaburan yang kekal sampai bila-bila ooo.. maksud aku macam nii.. kalo dia invest kat rumah, kedai dan tanah… selagi bangunan tuu tak roboh.. selagi tuu laa dia makan pasif income

Dan bila dia invest buat masjid, sekolah agama kat Kemboja sana.. selagi ada masjid tuu.. sekolah agama tuu.. selagi tuu laa dia dapat pahala.. uyooo bestkan kekawan

Selain tuu.. yang bestnya kekawan.. selama aku bincang ngan Hj S nii.. banyak kali dia ingatkan aku..

“Fizal.. kita nii hamba jee Zal.. kita nii manager jee Zal.. sampai masa kita mati.. yang tinggal adalah sikit amal baik yang kita buat kat dunia nii.. tuu yang kita bawak Zal”

“Zal.. bukan masalah tapi cabaran.. sebesar mana cabaran yang awak hadapi.. besar lagi cabaran yang Rasululah terima.. dan percaya laa.. Al Quran dan Hadis.. penyelesaian yang terbaik..”

Terharu aku beb.. bila Hj S pesan macam tuu kat aku.. Sebab tuu kekawan.. aku pesan diri aku.. aku pesan kekawan semua.. bagi kita yang berniaga.. setiap hari.. macam-macam cabaran kita terima.. tapi yakin laa kekawan..

“Sesusah mana kita berniaga.. buat marketing.. susah lagi Rasulullah sebarkan Islam..”

Jadi.. renung-renungkan.. fikir-fikirkan Salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL