Semalam aku berkesempatan untuk berbincang panjang lebar ngan Hj S.. best borak ngan Hj S nii kekawan.. sebab selain aku uruskan masalah tanah tanih Hj S.. selain tuu jugak.. banyak benda-benda baru aku blaja dari dia

Aku perasan sangat.. setiap kali aku jumpa Hj S.. setiap kali tuu laa.. dia akan kata.. “Saya dah tua Fizal.. saya dah 58 tahun.. dah ramai kekawan saya.. yang dah meninggal.. entah esok.. entah lusa.. giliran saya pulak.. takut Fizal”

“Fizal.. kita nii hamba.. kita nii manager jee.. semua harta.. semua kekayaan yang kita ada.. bukan kita punya.. Allah yang punya.. kita cuma pengurus harta tuu jee.. orang kaya juga mati.. orang kaya juga kena hisab”

Dan lepas tuu.. air mata dia berlinang broo.. ayooo ini barang.. bikin gua insaf kejap oooo

Bukan senang nak carik orang macam nii kekawan.. orang kaya.. yang ada asset ratus juta.. tanah yang luas.. yang mewah ngan duit ringgit.. tapi pada waktu yang sama.. mereka jugak takut mati..

Dan bila aku tanya Hj S.. apa strategi pelaburan dia.. sampaikan dia bole ada.. asset yang begitu banyak..?

Dan Hj S bagi tau..dia pun tak tahu sebenarnya.. sebab dulu masa dia mula-mula niaga pun.. dia mula dari bawah.. masa tuu nak makan pun susah.. tapi titik perubahan paling ketara.. mungkin selepas dia suka zakat dan suka sedekah.. sejak tuu.. dia dapat rasakan.. perubahan rezeki yang Allah bagi..

Sebab tuu kekawan.. aku pesan diri aku.. aku pesan kekawan semua.. kalo sebelum nii.. mungkin matlamat kita sikit terpesong.. tergelincir sikit dari landasan.. jom kita sesama betulkan balik.. jom kita letakkan Islam tuu sebagai matlamat utama.. kalo Hj S bole.. kita jugak bole broo

Jom kekawan.. kita fikir-fikirkan

Salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL