Semalam aku ada meeting ngan pakcik I.. seronok aku bincang ngan pakcik I.. sebab sekarang nii.. dia suka sangat beli tanah yang kecik-kecik.. yang luas tanah tuu.. sekitar setengah ekar… dan suku ekar..

Banyak tanah dia broo.. kat Hulu Langat ada.. kat Kajang ada.. kat Semenyih ada.. ayooo banyak-banyak.. he he.. kayo kayo  

Aku suka strategi pakcik I.. teknik pakcik I ialah.. dia lantik sorang agen.. untuk tolong dia.. carikkan tanah-tanah yang satu geran.. yang banyak tuan.. tanah tuu mesti laa kat tepi jalan besar.. dan luas tanah tuu mesti laa lebih 10,000kp.. harga lak mesti laa perpatutan

Ngan cara nii.. pakcik I tak yah laa susah-susah.. lepak jee.. dok kat rumah jee.. tunggu call jee dari agen-agen tadi.. kalo ada peluang baik.. lokasi menarik.. harga cun.. dia kasi sebat broo.. dia kasi bayar booking fees dulu..

Lepas tuu..dia suruh aku sediakan borang dan plan pecah geran lak.. supaya semua tuan-tuan tanah lain.. bole turunkan tangan tangan..

Bila semua tuan tanah dah turunkan tandatangan.. baru laa dia buat bayaran selanjutnya.. seterusnya dia buat proses pindahmilik tanah.. dari tuan tanah asal.. kepada nama dia

Bila urusan pindahmilik selesai.. nama pakcik I dah ada dalam geran.. dia mintak aku pulak buat proses pecah geran

Sementara tunggu proses pecah geran selesai.. pada waktu yang sama.. dia dah start buat.. kerja-kerja bersih tanah… sodok tanah.. buat pagar dan lelain

Bila urusan geran selesai.. dan dia dapat geran individu.. terpulang laa pada pakcik I.. nak jual balik bole.. nak buat kedai bole.. nak kasi sewa pun bole.. terpulang laa

Ayooo.. yang best tuuu.. semua lokasi tanah-tanah pakcik I.. semuanya lokasi yang cun gila broo..  depan jalan besar.. traffic banyak.. kenderaan lalu lalang amat banyak.. kira kalo buat signboard pun.. berbaloi broo..

Kekawan.. korang nampak benda nii macam terlalu teknikal kan.. susah jee kan.. tapi sebenarnya tak laa susah sangat.. sebab semua nii adalah kerja lawyer, kontraktor dan juruukur..

Dan tugas korang.. korang cuma carik peluang jee.. nilai peluang tuu.. samada untung kee tidak.. berbaloi tak.. kira ROI pelaburan tuu.. sediakan modal..  tuu jee.. yang lelain tuu.. tugas pihak lain broo

Bagi aku secara peribadi.. untung broo.. main game nii.. berbaloi.. amat berbaloi..

Ok laa gang.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL