Hari nii aku nak syer ngan korang.. pasal  projek terbaru aku.. yang sedang aku usahakan.. projek nii aku panggil 1TUAN 1GERAN.. projek nii lebih kepada kerja social laa

Sebab sejak kebelakangan nii kekawan.. aku banyak sangat dapat panggilan telefon dari kekawan blog, dari tok ketua kampong, nazir masjid, tok imam, YB dan lelain lagi.. mereka jemput aku.. untuk datang tempat mereka.. untuk syer sikit pengalaman mengenai urusan tanah-tanih

Bukan setakad tuu jee.. ada jugak yang ambik inisiatif.. datang sendiri secara berkumpulan kat opis kita orang.. untuk berbincang.. untuk menyelesaikan masalah tanah dia orang

Pengalaman aku laa.. sejak 10 tahun.. aku terlibat secara langsung ngan urusan tanah tanih nii.. aku dapati.. terlalu banyak tanah rezab melayu.. yang satu geran banyak tuan.. dan kalo perkara nii tak cepat diselesaikan.. akibatnya nanti.. tanah rezab melayu tak de nilai.. nak pajak, nak gadai, nak jual semua tak bole.. semua susah.. rugi laa broo

Jadi ngan projek social nii insyaallah.. aku cuba syer ngan mereka yang ada masalah tanah..  kaedah-kaedah yang bole kita buat.. untuk atasi masalah tanah dia orang tuu

Bagi projek nii.. aku lebih focus kepada mereka yang ada masalah tanah jee.. insyaallah mudah-mudahan ngan usaha aku yang tak seberapa nii.. sekurang-kurangnya dapat membantu menyelesaikan masalah dia orang

Dan aku tak tahu laa.. samada apa yang apa usahakan nii baik atau sebaliknya.. apa yang aku termampu.. aku syer jee.. samada dalam blog.. atau pun ngan projek social nii.. yang paling mustahak.. maklumat tuu sampai.. apa pun.. doakan aku yee kekawan

Note : Bagi korang yang lom add aku sebagai kawan FB tuu.. jangan lupa add aaa.. he he.. jom kita kenal-kenal dalam FB lak.. he he

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL