Salam.. pagi nii aku ada meeting ngan saudara J dan family.. kita orang bincang pasal satu projek makanan segera yang terkenal nii.. Woww bagusnya.. ada gak orang Melayu terlibat ngan projek nii.. bagus bagus

Alkisahnya cerita.. ayah J nii ada sebidang tanah… tanah tuu tepi jalan besar.. luas dia 2 ekar.. lokasi  amat cun.. kategori tanah pulak.. tanah bangunan perniagaan.. pastu tanah tuu tanah pajakan 50 tahun.. tapi tempoh pajakan tanah tuu tinggal lagi 2 tahun jee nak habis..

Jadi apa yang berlaku.. ayah J buat laa development  atas tanah tuu.. sebahagian dia develop untuk buat bangunan kedai.. sebahagian lagi buat bangunan makanan segera.. dan pada waktu yang sama.. dia pun buat laa permohonan lanjut tempoh pajakan tanah

Sementara tunggu kelulusan dari pejabat tanah.. ayah J pun jual tanah tuu kepada company makanan segera dengan harga lebih kurang RM1 juta..  tapi dengan syarat tempoh pajakan tanah tuu.. mesti laa 99 tahun.. so dua-dua pihak pun..  setuju laa ngan syarat tuu..

Mana tau.. bila surat kelulusan tempoh pajakan keluar.. pihak kerajaan negeri.. kenakan bayaran lanjut tempoh kepada ayah J.. RM1.2juta broo.. lebih mahal dari harga tanah yang dia jual tadi.. ayooo pening ayah J.. kesian ayah J.. kesian-kesian broo

Jual tanah sekitar RM1 juta jee.. bayar kepada kerajaan lak RM1.2juta.. perjanjian lak semua dah sign.. sebahagian payment pulak ayah J dah terima.. nak cancel dah tak bole.. adooiiii.. apa pun nak kena teruskan jugak benda nii

Dan sekarang nii.. ayah J dalam proses buat rayuan.. harap-harap laa ayah J berjaya.. bagi aku la.. bagi kes nii.. tak untung pun tak pee laa.. tapi jangan sampai rugi ooo.. jangan sampai terpaksa keluar duit poket sendiri oo..

Bukan sikit tuu.. nak bayar lawyer lagi.. consultant lain lagi.. mau-mau kena tambah dalam RM400K lagi.. tuu tak kira kos ayah J beli tanah tuu dulu.. ayoooo ayoooo

Dan bagi aku.. sekarang nii tak bole main-main ooo.. ngan bayaran lanjut tempoh nii .. terutama bagi tanah bangunan perniagaan.. mahal gila beb.. kalo silap kira.. bole rugi dibuatnya

Sebab tuu.. aku ingatkan diri aku sendiri.. aku ingatkan kekawan semua.. kalo bole elak.. bagus elak.. beli hartanah yang leasehold nii..

Tapi bagi investor.. benda nii tak kisah sangat.. mereka beli property kejap jee.. mungkin mereka simpan dalam 5 tahun jee.. pastu bila harga naik.. mereka jual balik.. tuu tak pee.. mereka buat untung kat situ..

Tapi bukan untuk simpan lelama.. untuk bagi kat anak cucu.. jangan broo.. bole demam dibuatnya

ok laa.. fikir-fikirkan

salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL