Semalam aku berkesempatan berbincang panjang lebar ngan Hj S.. untuk makluman kekawan.. Hj S nii banyak terlibat ngan investment kedai, tanah dan rumah.. dan banyak investment dia.. yang memahal beb

Happy sangat aku bincang ngan Hj S nii.. banyak benda baru aku blaja dari dia.. terutama yang libatkan pasif income.. sebab focus pelaburan Hj S adalah.. sewa rumah.. sewa kedai.. sewa tanah.. semua tuu game Hj S laa..

Dan hasil keuntungan pelaburan dia.. sekarang nii dia dah masuk ke Kemboja lak.. dia invest kat sana.. tapi kali nii dia invest buat masjid.. buat sekolah agama.. taja student sana belajar dan lelain lagi laa

Ayooo hebat Hj S nii ooo.. bukan takad pandai buat pasif income dunia jee.. tapi pandai gak buat pasif income akhirat.. hebat oooo

Dan kalo korang perhatikan.. apa yang Hj S buat nii.. satu pelaburan yang kekal sampai bila-bila ooo.. maksud aku macam nii.. kalo dia invest kat rumah, kedai dan tanah… selagi bangunan tuu tak roboh.. selagi tuu laa dia makan pasif income

Dan bila dia invest buat masjid, sekolah agama kat Kemboja sana.. selagi ada masjid tuu.. sekolah agama tuu.. selagi tuu laa dia dapat pahala.. uyooo bestkan kekawan

Selain tuu.. yang bestnya kekawan.. selama aku bincang ngan Hj S nii.. banyak kali dia ingatkan aku..

“Fizal.. kita nii hamba jee Zal.. kita nii manager jee Zal.. sampai masa kita mati.. yang tinggal adalah sikit amal baik yang kita buat kat dunia nii.. tuu yang kita bawak Zal”

“Zal.. bukan masalah tapi cabaran.. sebesar mana cabaran yang awak hadapi.. besar lagi cabaran yang Rasululah terima.. dan percaya laa.. Al Quran dan Hadis.. penyelesaian yang terbaik..”

Terharu aku beb.. bila Hj S pesan macam tuu kat aku.. Sebab tuu kekawan.. aku pesan diri aku.. aku pesan kekawan semua.. bagi kita yang berniaga.. setiap hari.. macam-macam cabaran kita terima.. tapi yakin laa kekawan..

“Sesusah mana kita berniaga.. buat marketing.. susah lagi Rasulullah sebarkan Islam..”

Jadi.. renung-renungkan.. fikir-fikirkan Salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL