Hari nii aku nak syer ngan korang pasal tanah.. bukan apa kekawan.. sebab sejak dua menjak nii.. aku tengah uruskan beberapa kes tanah.. yang kebanyakkannya.. semua kes yang beberat broo.. apa orang tetua kata.. berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. he he

Pengalaman aku laa.. lebih 10 tahun aku terjerumus dalam urusan tanah tanih nii.. apa yang bole aku syer ngan korang semua adalah.. aku amat suka masalah tanah.. dan aku amat suka cabaran tanah broo..

Lagi kritikal masalah tanah tuu.. lagi seronok  aku nak cuba selesaikan broo.. dan kalo laa cabaran tuu berjaya.. ayooo.. kita orang happy sangat bro.. he he 

Yang terbaru nii.. alhamdulilah sesangat.. aku baru jee berjaya uruskan tanah Hj D.. tanah nii tanah pusaka arwah datuk Hj D.. luas tanah nii 6 ekar.. lokasi tanah nii amat cun.. tanah rezab melayu.. tepi hiway.. ada jalan keluar masuk.. kenderaan lalu lalang amat banyak.. dan nilai tanah nii dianggarkan lebih RM6juta broo

Apa berlaku sebelum nii.. tanah pusaka Hj D nii.. terbiar macam tuu jee.. Hj D tahu dia ada tanah.. dia sewakan tanah tuu.. tiap-tiap bulan dia makan sewa.. tapi tanah tuu.. masih lagi nama arwah datuk dia broo..

Kira kalo Hj D nak jual.. nak pajak… nak gadai tanah tuu.. memang tak bole laa broo.. sebab tanah tuu bukan atas nama dia.. sebaliknya masih lagi atas nama datuk dia

Bukan takad tuu jee.. kalo laa tanah tuu terlibat ngan pengambilan balik tanah.. katakan nak lebarkan hiway.. nak buat stesen lrt dan lelain.. sure Hj D tak dapat duit pampasan broo.. sebab duit pampasan tadi.. akan disimpan kat dalam amanah raya.. sebab owner asal dah pun meninggal.. kira rugi laa broo 

Jadi bila Hj D nampak masalah nii.. kalo tak diselesaikan cepat.. masalah tanah nii akan jadi berpanjangan broo.. jadi Hj D mintak aku bantu dia.. dari buat urusan pusaka.. sampai laa urusan pecah geran broo

Dan alhamdulilah kekawan.. setakad hari nii.. urusan pusaka tanah Hj D.. dah pun selesai.. nama Hj D dan sepupu sepapat dia orang.. semua dah masuk dan geran.. dan lepas nii.. aku akan bantu dia lak.. untuk buat urusan pecah geran.. kepada 4 geran

Kekawan.. satu benda yang aku belajar dari main tanah nii.. pengalaman aku laa.. main tanah nii satu benda yang boring .. urusan dia slow sesangat.. pastu kena buat step by step lak tuu.. pastu tak leh gopoh-gopah.. kekadang tuu makan masa bertahun.. tapi sekali urusan tuu selesai.. ayoooo kayooo tuu brooo.. berbaloi-baloi

Sebab tuu kekawan.. bagi sapa-sapa yang ada tanah pusaka tuu.. dan tanah tuu lom selesai lagi.. aku pesan diri aku.. aku pesan kekawan semua.. kasi selesaikan cecepat kekawan.. rugi kekawan.. sebab tanah adalah duit

Walaupun korang terpaksa keluar belanja.. beribu ringgit.. tapi apa pun.. berkorban laa sikit kekawan.. kasi keluarkan kos tuu kekawan.. apa laa sangat kos tuu.. berbanding nilai tanah yang korang dapat ..

Percaya laa kekawan.. kos yang korang terpaksa keluarkan.. untuk uruskan tanah pusaka.. jauh lebih murah.. berbanding kalo korang beli tanah.. percaya laa kekawan

Ok laa kekawan.. fikir-fikirkan

Nota : Dan bagi kekawan yang lom add aku sebagai kawan FB korang.. korang kasi add aaa.. jom kita kenal-kenal kat FB lak.. jom jom

Salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL