Pagi nii aku ada sesi perbincangan kat Hulu Langat.. aku dijemput oleh Makcik H dan kekawan yang lain untuk datang ke tempat mereka.. untuk bagi sikit consultation.. mengenai urusan tanah-tanih nii

Bersama aku tadi.. makcik H, Hj B, Hj R, Hj G dan Hj Z.. adoiii semua klien aku dah berumur nii.. semua tuan-tuan haji nii.. he he

Ok laa.. alkisah ceritanya macam nii.. makcik H nii ada sebidang tanah.. tanah tuu 3 ekar.. 2 ekar dia punya.. dan sekar lagi.. dia bagi kat anak dia..

Jadi untuk mudahkan urusan pada masa akan datang.. dia cadang..  nak buat permohonan pecah geran tanah.. supaya dia dapat satu geran.. dan anak dia tadi satu geran

Bila dah ada geran asing-asing nii senang.. nak pajak.. nak gadai.. nak jual pun senang.. kalo anak tadi nak buat loan gomen pun.. dah bole dah

Untuk tuu.. apa yang makcik H nii buat.. makcik H pergi call semua sedara mara dia.. bagi tau yang hari nii.. dia nak buat proses pecah geran.. jadi mana-mana sedara-mara dia.. yang ada masalah tanah tuu.. dia jemput datang rumah pagi nii.. pastu bawak sekali salinan geran tanah.. pastu kalo ada sebarang kemusykilan.. bole rujuk terus kat aku

Adoooiii rasa macam YB laa pulak aku hari nii.. he he

Rata-rata masalah mereka adalah sama.. mereka ada tanah.. tapi tanah tuu satu geran banyak tuan.. jadi mereka nak tahu proses pecah geran tuu dibuat..

Dan ada satu kes tuu.. mereka nak tukar syarat tanah.. nak convert tanah tuu jadi tanah bangunan kediaman.. pastu dia nak bagi tanah tadi kat anak-anak..

Alhamdulilah sangat.. aku syukur sangat ngan usaha yang makck H nii buat.. sebab sekurang-kurangnya.. Matlamat aku untuk sampaikan maklumat berkaitan tanah-tanih nii.. kepada peringkat akar umbi beransur-ansur tercapai..

Untuk program esok pulak.. Insyaallah aku akan berada kat Bangi.. bersama 11 kekawan pensyarah.. untuk berbincang masalah tanah-tanih mereka lak..

Kita tak mau lagi kekawan.. tanah orang Melayu.. mereka ada tanah.. lokasi strategic.. nilai tanah mahal gila.. tapi tanah mereka satu geran banyak tuan.. sebaliknya kita mau tanah orang Melayu.. 1GERAN, 1TUAN

Malu kekawan ngan bangsa lain.. bangsa lain datang kat kami.. mereka datang nak buat projek kondo.. nak buat projek housing.. nak buat projek gated guarded.. sebaliknya bangsa kita.. masih lagi tak selesai-selesai masalah tanah

Sebab tuu kekawan.. aku pesan diri aku sendiri.. aku pesan kekawan lain.. kalo korang ada tanah yang macam nii.. kasi urus cecepat.. jangan tangguh-tangguh.. ingat tuu.. tanah adalah duit.. tanah adalah emas

Ok laa kekawan.. fikir-fikirkan.. renung-renungkan

Salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL