Hari nii aku nak syer ngan korang pasal financial.. bukan apa kekawan sebab sejak dua menjak nii.. aku perhatikan ada sikit masalah financial kat US sana.. akibat dari masalah financial tuu.. nampaknya harga saham kat beberapa negara.. ada yang jatuh lebih 4% oooo

Takutkan kekawan.. mana laa tau.. nii sebagai tanda-tanda awal.. kejatuhan ekonomi dunia.. kalo benda nii berlaku.. mungkin interest bank akan naik.. sapa yang bisnes import eksport tuuu.. tak bole jalan ooo.. pastu banyak company akan kurangkan production.. mereka akan buang pekerja.. dan masa tuu.. ramai pengangguran

Bila kena buang kerja.. pastu kumpulan nii tak mampu bayar instolmen bank.. jadi akan banyak laa.. rumah lelong.. kereta lelong.. lelong lelong nii.. harga saham jatuh dan macam-macam lagi laa.. pengalaman aku masa 1997 tuu.. teruk betoi masa tuu beb

Soalnya sekarang.. disebalik masalah tadi.. kita sebagai pelabur runcit-runcit nii.. apa persiapan kita.. nak hadapi situasi nii.. samada nii peluang untuk kita.. atau sebaliknya

Pengalaman aku.. antara tahun 1995 hingga awal 1997.. waktu tuu ekonomi baik punya jam.. harga rumah.. harga tanah.. semua harga naik kow kow.. waktu tuu semua orang sibuk membeli.. bos aku lak.. dia sibuk menjual.. dia jual tanah.. dia jual rumah.. jual saham.. semua benda dia jual

Tapi bila tengah 1997.. itu jam ekonomi jatuh.. orang lain sibuk menjual.. jual ngan harga borong.. dia lak sibuk membeli.. macam-macam dia beli.. tanah laa.. rumah laa.. saham-saham mewah… dan macam-macam lagi.. dia kontra ngan orang lain broo

Yang aku nampak.. bila berlaku krisis ekonomi nii.. sapa yang ada cash.. dia king broo.. tak kisah laa.. dia simpan dalam bentuk gold.. silver atau ringgit.. sebab masa tuu.. penjual terdesak nii ramai sangat broo..

Jadi.. jom kita bersiap sedia.. jom kita perhati-perhatikan ekonomi dunia..

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL