Untuk hari nii aku nak syer ngan korang pasal tanah.. sebab semalam aku meeting ngan sorang klien nii.. Mrs L.. dia nii ada masalah untuk lanjutkan tempoh pajakan tanah.. sedangkan tanah tuu milik dia.. kat atas tanah dah ada kilang besar.. tapi tanah dia tuu di dalam kawasan rezab Melayu..

Alkisah ceritanya macam nii.. 15 tahun lepas.. Mrs L nii ada beli sebidang tanah.. tanah tuu asal dia milik orang Melayu.. orang Melayu tuu mohon tanah dari kerajaan negeri.. pastu bila dapat jee tanah tuu… cepat-cepat dia jual

Jadi Mrs L nii pun beli laa tanah tuu… masa urusan pindahmilik.. dari orang melayu tadi kepada Mrs L.. semuanya ok.. tak dee masalah pun.. tapi bila geran keluar.. alangkah terkezuutttt beruknya si Mrs L nii.. bila dalam geran tuu bagi tau.. yang tanah tuu adalah di dalam kawasan tanah Rezab Melayu

Masa tuu dia ingat.. benda Rezab Melayu tuu tak dee masalah.. selagi dia pegang tanah tuu.. dia bole jual kepada bangsa lain.. nak sambung pajakan tanah tak dee masalah.. nak upgrade tanah tak dee masalah..

Memang betoi pun.. masa dia proses upgrade tanah.. dari pertanian kepada industry.. memang tak dee masalah pun.. semua beres.. dan sekarang nii.. kat atas tanah dah ada kilang besar.. benda nii lagi laa meyakinkan dia

Tapi bila baru-baru nii.. dia buat proses sambung pajakan tanah.. untuk dapatkan tempoh pajakan kepada 99 tahun balik.. pihak kerajaan negeri sudah tolak permohonan dia daa.. ayoo itu jam.. Mrs L bising gila ooo..

Pejabat tanah bagi tau.. mereka tak bole luluskan permohonan tuu.. sebab tanah tuu berada kat dalam kawasan Rezab Melayu.. Cuma orang melayu jee bole sambung pajakan.. bangsa lain tak dibenarkan.. kalo nak jual pun tanah tuu.. hanya bole jual kepada orang Melayu jee.. bangsa lain tak bole..

Ayooo yooo.. koma kejap Si Mrs L.. pening lalat dia kejap.. dia dah invest puluh juta.. last-last tanah dia tak dee value broo.. apa sudah jadi daa

Kesian gak aku tengok Mrs L nii.. dia dah panjat semua pejabat dah.. tapi keputusan dia tetap sama.. tak bole jugak.. adooiiii

Sebab tuu kekawan.. main tanah nii penuh ngan misteri daa.. aku pesan diri aku.. aku pesan kekawan semua.. ambik laa benda nii sebagai ikhtibar.. apa pun.. jangan biarkan diri korang diselubungi dengan… misteri tanah.. he he he

NOTE : Ok laa.. sebelum terlupa.. kekawan jangan lupa tengok harga emas yee.. nampaknya macam nak naik lagi nii.. he he

Pastu bagi mereka yang lom add aku sebagai kawan FACEBOOK korang tuu.. kasi add aaa.. jom kita kenal-kenal kat FACEBOOK lak

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL