Hari nii aku nak share ngan korang pasal tanah.. bukan apa.. sebab aku ada sikit pengalaman pasal tanah tanih nii.. mana la tau ngan aku share masalah tanah tanih nii.. mungkin bole bagi idea kat korang.. untuk selesaikan masalah tanah korang laakk

Pengalaman aku laa.. lebih 10 tahun aku bergelumang ngan tanah nii.. majority masalah tanah yang aku jumpa macam nii :

Kalo laa tanah tuu tanah pusaka.. kalo laa  mereka nak uruskan tanah pusaka tadi.. bibit-bibit mula masam-masam muka dalam ahli keluarga.. masa nak bahagi harta pusaka tadi… samada nak bagi ikut faraid atau nak bagi sama rata

Pastu benda nii berlarutan laa.. hari raya pun tak datang rumah.. sedara mara kenduri tak datang.. nak bincang pasal tanah jauh sekali laa.. akibat dia.. tanah pusaka tadi terbengkalai macam tuu jee.. ayoo rugi broo.. rugi

Tapi kalo laa tanah tuu kita beli sendiri.. kita beli share-share.. satu tanah kita beli ber-3.. macam mana kritikal pun masalah tanah tuu.. Insyaallah kita masih bole lagi duduk semeja.. kasi bincang untuk selesaikan masalah tanah tadi

Pelikkan broo.. harta yang dapat free.. dapat percuma.. untung banyak.. tak mau bincang.. merajuk katak.. siap kutuk adik-beradik lak tuu.. tapi yang usaha sendiri nii.. bole bincang lak.. he he

Tak pee.. kita tinggalkan masalah nii dulu.. jom kita ikuti macam mana saudara A.. berjaya selesaikan masalah tanah pusaka keluarga dia orang.. yang selama nii.. kes dia agak kritikal broo

Al kisah ceritanya macam nii.. saudara A nii ada tanah pusaka.. tanah tuu kat Bangi.. tanah tuu kecik jee.. 2 ekar jee.. tanah dah pun convert ke bangunan kediaman.. lokasi tanah tuu cun gila.. strategic gila.. harga lak sekaki persegi sekitar RM30 – RM35.. sebelah-sebelah lot tanah.. semua bungalow besar..

Masa nak uruskan pusaka dulu.. ada sikit krisis.. sebab adik beradik lelaki.. nak bahagi harta pusaka tadi ikut faraid.. tapi adik-beradik perempuan lak nak bahagi ikut sama rata.. jadi ada sikit-sikit masam muka laa.. tapi mereka buat keputusan gak.. bahagi ikut faraid

Pastu start laa.. bibit-bibit masam muka.. langsung tak leh bincang pasal tanah.. sampai satu tahap.. saudara A dah agak panic dah.. mereka ada tanah.. tapi tak leh buat apa ngan tanah tuu.. nak jual tak leh.. nak pajak.. nak buat apa pun tak leh..

Jadi saudara A jumpa aku.. kita orang bincang-bincang.. kot kot laa.. ada jalan nak selesaikan masalah tanah dia orang tuu

KIRA NILAI TANAH

Apa yang kita orang buat.. kita orang kasi kira nilai tanah tuu dulu.. katakan sekaki persegi.. area sana sekitar RM30 – RM35

Nii kalo 2 ekar x 43560 : 87120kp

Kalo sekaki  harga dia RM30.. jadi RM30 x 87120kp : RM2,613,600 (nilai tanah keluarga A)

KIRA NILAI SETIAP ADIK BERADIK

Pastu kira laakk.. nilai tanah.. bagi setiap adik beradik dapat.. berdasarkan pembahagian pusaka

Maksud aku macam nii :

A dapat ¼ bahagian x 87120 x RM30 : RM653,400

B dapat 1/8 bahagian x 87120 x RM30 : RM326,700

Dan kira laa seterusnya.. supaya bole tunjukkan kat adik beradik lain.. nilai tanah setiap adik beradik dapat.. semua tuu duit broo.. kayo kayo broo

DAPATKAN QUOTATION DARI JURUUKUR

Pastu baru tunjukkan quotation dari juruukur.. katakan kos untuk uruskan proses pecah geran tuu dalam RM10K.. jadi bahagikan kos juruukur tuu ikut pembahagian pusaka

A dapat ¼ bahagian x RM10,000 : RM2500

B dapat 1/8 bahagian x RM10,000 : RM1250 dan kira seterusnya

UNTUNG

Nilai Tanah – kos juruukur

A untung RM653,400 – RM2500 : RM650,900

B untung RM326,700 – RM1250 : RM325,450 dan seterusnya

Bila dah ada info nii.. pastu korang fikir-fikirkan laa.. korang timbang-timbangkan laa..

Setakad nii.. pengalaman aku laa.. bila kita mampu tunjukkan untung setiap adik beradik yang macam nii.. Insyaallah.. yang masam-masam muka sebelum nii.. bole selesai Insyaallah..

Dia orang bole sepakat balik.. bole duduk semeja balik.. untuk urus harta pusaka tuu..

Apa laa sangat kos juruukur tuu broo.. ciput sangat laa.. berbanding nilai tanah yang korang dapat.. semua tuu duit broo.. untung broo..

Pengalaman aku laa..setakad nii aku lom jumpa lagi.. bisnes yang modal aku RM2500 atau RM1250.. tapi untung ratus ribu ringgit.. dalam tempoh 6 bulan broo.. tapi ngan urus tanah pusaka.. Insyaallah ianya bole..

Kalo aku beli emas sekali pun.. tak leh broo.. tak leh.. untung sebanyak tuu.. he he  

Sama gak laa.. macam kes A nii.. dia gak pakai teknik nii.. tunjukkan untung setiap adik beradik.. sebijik-sebijik dia tunjuk.. dan alhamdulilah sekarang nii.. keluarga dia orang dah sepakat balik dah..

Bagi korang yang ada masalah tanah macam nii.. cuba laa pakai teknik nii.. selesaikan masalah tanah korang.. mana la tau.. ianya berkesan untuk keluarga korang

Aku tak tahu laa.. samada apa yang aku share nii baik tak untuk korang.. Cuma mana-mana yang baik tuu.. korang ambik.. mana yang tak baik tuu.. letak tepi aaa..

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL