Hari nii aku nak share ngan korang pasal “maklumat”.. bukan apa kekawan.. sebab sebelum nii.. kita  orang ada buat satu program.. kita orang panggil program tuu.. 1TANAH, 1GERAN.. dalam program tuu.. apa kita orang buat..

Kita orang bekerjasama dengan orang-orang kampung.. orang kampung yang ada masalah tanah tanih..  mereka buat kumpulan-kumpulan kecik.. antara 10-30 orang.. pastu mereka jemput kita  orang.. untuk datang tempat mereka..

Sampai kat sana..kita orang pun dengar laa satu-satu masalah tanah dia orang tuu.. dan kami pun share laa maklumat tanah.. dan berbincang dengan dia orang.. berdasarkan masalah tanah dia  orang tuu tadi..

Dan maklumat tuu..sebijik macam mana yang aku share dalam blog nii.. sebijik kekawan..   Cuma kat sana tuu.. versi perbincangan laa.. bole soal jawab terus..  mereka soal.. aku jawab.. berbanding kat  blog nii.. kita lebih kepada membaca.. dan kumpul info

Setakad nii.. lebih 30 tempat dah aku jelajah.. datang tempat mereka.. bincang ngan dia orang..  dengar masalah tanah dia orang satu persatu.. Dan setakad nii pengalaman aku.. aku dapati.. masalah utama dia orang sekarang nii “mereka kurang maklumat pasal tanah tanih”

Akibat dari kurang maklumat nii.. korang paham jee lah..  macam-macam masalah tanah bole  berlaku..  satu tanah banyak tuan.. jual tanah tak dee geran..  tipu urus niaga tanah.. macam-macam laa lagi…

Tapi jangan kita ketawa benda nii.. jangan kita ambik ringan benda nii.. Soalnya mereka yang  kurang maklumat tu sapa ye? Bukan orang lain kekawan.. “mungkin mereka nii mak bapak kita kat kampung sana”. . “mungkin sedara mara kita”..  “mungkin sedara bini kita”..  “mungkin orang sebangsa kita”  atau “mungkin orang seagama ngan kita” nii masalah dia sekarang

Mereka ada tanah.. tanah lak lokasi cantik.. nilai juta-juta.. harga mahal gila..  tapi.. satu geran.. banyak tuan.. korang paham laa.. bila banyak tuan nii.. susah nak sepakat.. nak jual tak bole.. nak charge tak bole.. nak buat development tak bole.. semua tak bole.. akibat dia.. sapa rugi? Kita  rugi bro.. orang kita rugi..

Pengalaman aku kekawan.. aku ada banyak sangat kes macam nii.. dan kalo kita nak bandingkan.. kita ngan bangsa lain.. kita jauh ketinggalan broo.. jauuuuhhhh sangat

Bangsa lain datang kat kami..  mereka nak buat kondo broo.. mereka nak buat projek lot bungalow..  mereka nak buat pembangunan bercampur.. mereka nak buat padang golf broo.. nak upgrade kilang  haram.. tapi bila orang kita datang.. kita baru nak pecah-pecah geran broo.. baru nak buat pecah bahagian tanah broo..

Jauh sangat jurang tuu broo.. orang lain dah untung juta-juta ringgit hasil tanah.. tapi orang kita..  baru nampak.. tanah tuu adalah duit broo.. rugikan..

Pada waktu yang sama.. kita juga kena tengok.. anak cucu kita akan datang.. korang rasa laa..  kalo laa mak bapak kita.. ada tanah.. tapi tak selesaikan masalah tanah dia tuu sekarang.. rasa-rasa kita bole selesaikan kee akan datang? Atau rasa-rasa anak cucu kita bole tolong selesaikan kee akan datang?

Pengalaman aku kekawan.. kalo laa libatkan tanah pusaka..  kebanyakkan dia akan terbiar macam tuu jee.. masing-masing tak peduli kat tanah tuu.. rugi broo.. masyarakat kita akan rugi billion  ringgit.. ada tanah.. lokasi cantik.. tapi tak bole buat apa.. rugi.. tuu yang berlaku sekarang nii..

Dan kalo kita tak share-share info pasal tanah nii.. akan datang.. kita akan tambah rugi broo.. next generasi kita.. akan tambah tambah lagi rugi.. mana bole macam nii bro? Mana bole?

Pengalaman aku.. aku nampak.. sekarang nii.. strategi paling berkesan.. teknik paling cepat.. untuk share info pasal tanah tanih nii.. mesti bermula dari anak-anak si tuan tanah tadi.. dan bukan kepada mak bapak mereka.. biar laa anak-anak muda niii… yang bagi tau mak bapak mereka.. share info tanah kepada mak pak mereka.. penting nya uruskan tanah

Sebab tuu kekawan.. aku seronok sangat.. kalo laa korang rasa.. info tanah tanih.. info pasif income.. yang aku share sebelum nii.. dalam blog mindahartawan.com nii.. baik untuk korang.. baik untuk keluarga korang.. atau baik untuk kekawan korang yang lain..

Aku happy sangat..aku suka sangat.. kalo bole.. jom kekawan.. kita klik “LIKE” kat fanpage MINDA HARTAWAN yang terbaru.. mudah-mudahan ngan cara nii.. setiap kali aku update blog.. aku bole massage terus kat korang semua.. dan maklumat tuu bole sampai kat korang semua

Insyaallah.. korang pulak bole share info tadi kat kekawan FACEBOOK @ TWITTER korang yang lain

Katakan.. akan datang.. MINDA HARTAWAN ada 1000 orang kawan fanpage.. dan katakan lak setiap sorang ada 300 kawan.. ini bermakna 1000 x 300 = 30,000.. ini bermaksud 30,000 kekawan kita yang lain.. akan terima news pasal tanah tanih nii.. benda nii jauh lebih baik.. berbanding apa yang aku buat sekarang nii.. sekitar 30 orang setiap sesi

Sapa laa aku yang kerdil nii.. sapa laa kumpulan kita yang kecik nii.. kalo kita tak bersatu kekawan.. jom kita bersatu.. jom kita mulakan dengan share-share info dulu.. pasal tanah.. pasal pasif income kepada kekawan kita yang lain.. mudah-mudahan dengan usaha kita yang tak seberapa nii.. kekawan lain akan happy.. dan Allah akan redha.. jom kekawan.. jom..jom

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL