Archive for November, 2011

HATI-HATI.. JANGAN TERJEBAK DENGAN SCAM TANAH

Hari nii aku nak share ngan korang pasal tanah lagi.. kali nii masalah saudara C lak..  

Saudara C : Mohon penjelasan daripada tuan.. kawan-kawan saya ada mohon tanah beberapa ekar dari pejabat tanah yang tak bergeran untuk mengusahakan kelapa sawit, 1 ekar dibayar beberapa ribu sahaja mengikut modal kita utk tanam sawit tersebut, katanya 20-30 tahun akan datang tanah itu akan menjadi milik sendiri (akan dpt geran), Persoalannya perjanjian sebegini / surat /hitam putih memang ada dikeluarkan kee dari pejabat tanah? Adakah ini dinamakan tanah TOL seperti tuan nyatakan dalam blog tuan?

Saya masih kurang ilmu dalam hal ini, dan mungkin akan mengikut jejak langkah kawan-kawan saya untuk mohon tanah ni. Tapi timbul keraguan, sebelum bertanyakan dengan pejabat tanah, saya minta pendapat tuan terlebih dahulu

Hafizal : Saudara C..  saya tak pasti samada kawan C tuu dia mohon tanah kerajaan kee atau pun dia mohon tanah TOL

Tapi kalo C bercadang nak mohon tanah yang macam nii.. pastu cadang nak tanam kelapa sawit.. bagus mohon TOL dulu.. awak carik tanah mana-mana yang kosong.. ataupun awak bebaik sikit dengan orang pejabat tanah.. awak dapatkan info tanah kosong dari mereka.. pastu mohon TOL

Bila dapat kelulusan lesen TOL tuu.. baru awak usahakan tanah tuu.. untuk tanam kelapa sawit

Dan setiap hujung tahun.. awak kena renew lesen TOL yang awak dapat tuu.. dan selepas 3 tahun.. awak kena mohon semula.. isi borang semula untuk mohon tanah TOL awak tuu balik..

Kat sini terpulang kat pejabat tanah.. samada mereka bagi awak balik atau sebaliknya..

Untuk makluman C.. tanah TOL nii tak bole dijual.. dipajak.. digadai tau.. kalo tuan tanah asal mati.. lesen tanah TOL tak bole dibuat pusaka

Bila awak dah usaha tanah tuu.. pokok sawit dah besar.. dan awak dah sahkan.. yang kawasan yang awak usahakan tuu.. memang tanah kerajaan.. dan bukan tanah rezab.. pada waktu yang sama.. baru awak mohon tanah kerajaan.. awak mohon pakai borang Jadual 1

Pengalaman saya laa sebelum nii.. sapa-sapa yang dah usahakan tanah kerajaan.. dan memang terbukti pemohon asal yang usahakan tanah tuu.. pihak kerajaan.. akan kurniakan tanah tuu.. akan bagi geran pada orang tuu.. insyaallah

Apa pun.. saya cadangkan.. kalo awak ada peluang beli tanah yang murah-murah.. yang dok kat kawasan pedalaman.. jauh dari jalan besar.. tapi tanah tuu ada geran.. bagi saya.. ianya jauh lebih baik awak beli tanah bergeran tuu berbanding tanah TOL tadi .. sekali pun harga dia ada mahal sikit

Sebab tanah yang macam nii.. bila awak nak usahakan untuk buat apa-apa projek.. banyak bantuan yang bole awak dapat.. macam dari RISDA, FELCRA dan lain-lain

Pastu lak.. tanah nii bole jual.. bole pajak.. bole gadai.. bukan tuu jee sempadan tanah lak jelas.. awak tak de risiko untuk majukan tanah nii sekali pun tanah tuu tanah rezab melayu

Dan kalo bole elak.. usahakan tanah TOL.. bagus elak.. dan awak focus usaha atas tanah yang dah ada geran..

Sebab pengalaman saya.. bangsa lain tak minat usaha tanah TOL nii.. jadi kita juga kena ambik ikhtibar dari mereka..    

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

MACAM MANA NAK URUSKAN WASIAT ORANG TUA

Hari nii aku nak share ngan korang.. lagi soalan email dari kekawan blog.. kali nii email dari saudara Z lak..

Aku tak tahu laa.. samada apa yang aku share nii baik atau tak untuk korang.. Cuma pesan aku.. mana-mana yang baik tuu.. korang ambik laa.. mana yang tak baik tuu.. korang letak tepi aaa..

1. Saudara Z : Ayah saya ada 2 ekar tanah, tanah berkenaan di Sabak Bernam, sekarang ini ayah saya sedang sakit, dia bercadang hendak bagi tanah berkenaan kepada 6 orang anak-anak termasuk diri saya, ayah bagi tahu juga supaya bahagi tanah berkenaan secara sama rata, macam mana saya hendak buat Hafizal, untuk tunaikan hajat ayah saya?

Hafizal : Salam Z.. wah wah Z nii kira rezeki nii Z.. awak dapat tanah free nii.. rezeki turun dari langit nii.. he he.. orang lain pening kepala nak beli tanah.. nak beli rumah.. tapi awak dapat free jee Z.. he he.. apa pun tahniah Z..

Ok Z.. bagi kes tanah awak nii Z.. tanah tuu Cuma 2 ekar jee.. sedangkan Z ada 6 adik beradik.. pastu ayah lak nak bagi sama rata.. tuu kira wasiat dah tuu.. pastu lak ayah dalam keadaan sakit.. jadi ada beberapa option yang bole kita buat :

Option 1 : Kalo macam tuu.. saya cadangkan supaya cepat-cepat buat proses pindahmilik dari nama ayah kepada 2 orang  adik Z.. mereka nii wakil bagi 4 adik beradik yang lain.. sebab tanah Z nii tanah pertanian.. jadi sekar tanah tuu bole pindahmilik kepada 1 orang jee.. tu syarat dari pejabat tanah

Lepas siap pindahmilik.. buat pulak proses tukar syarat tanah.. dari pertanian kepada bangunan kediaman..

Lepas tuu buat sekali lagi proses pindah milik.. dari 2 adik beradik tadi kepada 4 yang lain.. yang mana setiap sorang.. masing-masing dapat 1/6 bahagian

Bila nama masing-masing dah ada dalam geran.. buat lak proses pecah bahagian.. supaya setiap sorang dapat geran individu..

Jadi kalo dah ada geran individu nii.. bagi adik beradik yang kerja gomen.. kalo mereka nak buat loan.. dah senang dah

Lepas tuu dari segi nilai lak.. walaupun masing-masing dapat tanah kecik jee.. tapi dari segi nilai.. mahal jugak Z

Option 2 : Selain tuu.. Z jugak bole lantik lawyer untuk buat wasiat.. yang bagusnya tanah tuu masih lagi nama ayah.. tapi bila berlaku apa-apa ke atas ayah.. baru wasiat tadi berkuat kuasa

Nanti bila buat urusan pusaka.. nama 6 adik beradik bole terus masuk dalam geran.. tanpa tukar syarat tanah.. pastu bole terus buat pecah geran..

Z jangan rizau.. walau pun benda nii nampak macam teknikal.. kena buat macam-macam.. tapi Z jangan risau.. semua kerja nii lawyer dengan juruukur yang akan uruskan.. Z tahu sign jee pastu akhirnya dapat geran masing-masing

2. Saudara Z : Agak-agak Hafizal berapa luas tanah setiap adik-beradik saya dapat?

Hafizal : Besar gak Z.. jom kita kira sikit brapa besar sorang dapat.. kalo 1 ekar tanah = 43560kp.. jadi kalo 2 ekar = 87120kp.. jadi kalo bahagi 6 adik beradik = 14520kp setiap sorang.. besar tuuu Z

Sedangkan rumah teres 20×70 = 1400kp kita dah rasa luas.. ni lak Z punya 14520kp.. lagi laa luas

3. Saudara Z : Macam mana kaedah yang paling baik supaya pada masa akan datang, tiada pergaduhan berlaku antara kami adik beradik?

Hafizal : Saya syorkan sangat.. kalo bole Z.. pastikan setiap adik beradik Z ada geran individu.. sebab bila ada geran individu nii.. nak pajak.. nak jual.. nak gadai.. semua senang..

Sempadan tanah pulak jelas

Cukai tanah masing-masing bayar..

Bila ada pengambilan balik tanah.. tak libatkan pihak lain..

Bila ada tuan tanah meninggal lak.. jugak tak libatkan pihak lain.. jadi akan datang.. tak berlaku gaduh antara adik beradik

Ok laa.. kekawan.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

MASALAH ORANG.. JADI PENGAJARAN UNTUK KITA

Untuk hari nii.. aku nak share ngan korang pasal masalah tanah.. masalah nii aku terima melalui email daripada saudari I .. dan aku kira.. bagus sangat soalan yang sahabat kita ajukan nii.. dan untuk makluman korang.. masalah yang sama jugak.. yang banyak berlaku kat luar sana

Jadi aku rasa.. bagus gak aku share masalah nii dengan korang.. mudah-mudahan ngan cara nii.. kita semua bole dapat manfaat    

  1. Saudari I : Soalan saya ada tanah yang dalam geran ada 9 nama.. luas sementara: 0.9021hektar.. kategori tanah adalah tanah pertanian.. bahagian saya ialah 1/16.. Dalam geran tuu ada dinyatakan “Dalam pelan tanah yang dikepilkan pada borang b2,sempadan yang ditunjukkan dengan warna merah, belum ditetapkan secara ukur, adalah sementara sahaja.” apa maksud kenyataan itu?

Hafizal : Tahniah I sebab awak ada tanah.. bukan senang nak beli tanah sekarang nii.. mahal oooo.. he he.. Kalo awak ada 1/16 bahagian tanah.. tuu maksud dia 1/16 x 0.9021ha = 6000 kp lebih.. kira besar gak tuu.. sekali pun tanah tuu tanah pertanian

Untuk soalan awak tadi tuu.. tuu maksud dia.. geran tanah awak tuu masih lagi hakmilik sementara.. ukuran halus belum buat lagi atas tanah.. batu sempadan belum tanam atas tanah.. luas tanah tak final lagi.. no lot belum ada lagi.. pelan akui belum disahkan lagi oleh pengarah ukur

Tapi awak jangan bimbang.. awak jangan risau.. benda nii benda biasa.. tanah awak tuu bole jual.. bole pajak.. bole gadai.. Cuma sempadan tanah jee tak jelas lagi

Kalo awak nak ukuran halus tadi cepat dibuat.. saya cadangkan awak follow up sikit jabatan ukur.. atau pun juruukur yang awak lantik.. Insyaallah mereka bole bantu masalah nii

  1. Saudari I : Saya ingin membuat pecah lot utk urusan loan perumahan kerajaan…  boleh ke saya nak keluarkan bahagian saya sahaja dalam satu geran, tidak kepada lain2 bahagian.. (bahagian saya 1/16 dalam satu geran, 15/16 kekal dalam geran yg sama)?

hafizal : ok kalo macam tuu.. jom kita kira sikit bahagian tanah awak dalam geran.. bahagian awak Cuma ada 1/16 x 0.9021ha = 0.05638125ha atau kalo dalam kaki persegi lebih kurang 6068kp

Jadi bagi kes macam nii.. awak bole pecah geran.. supaya awak bole ada geran sendiri.. dan tuan tanah yang lain 15/16 bahagian geran sendiri.. tak de masalah

Cuma awak kena tukar syarat kesemua tanah tuu dulu.. dari tanah pertanian kepada tanah bangunan kediaman sekurang-kurangnya.. bergantung dengan zoon tanah.. pastu baru bole awak buat pecah bahagian.. untuk awak dapat satu geran..

Tapi kalo bole kan.. saya cadangkan.. bagus buat pecah bahagian serentak.. supaya setiap tuan tanah dapat geran asing-asing.. sebab dari segi kos.. tak banyak beza.. malah lebih murah.. kalo buat serentak nii

Dan pada waktu yang sama.. kalo kita tukar syarat.. dah pasti nilai tanah tuu jugak akan naik.. sekali pun setiap sorang dapat bahagian sikit.. luas pun ciput.. tapi dari segi nilai.. mahal ooo

Dan bagi sapa yang tak minat dengan tanah dia orang  tadi.. mereka bole jual.. dan urusan untuk jual beli.. pajak.. atau gadai lebih senang berbanding nama sekali dalam geran

Apa laa sangat.. kos uruskan tanah nii.. berbanding nilai tanah yang awak dapat I

Ok laa kekawan.. salam.. renung-renungkan

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

HARI PERTAMA.. MASUK SEKOLAH CINA

Hari nii aku nak share ngan korang pasal sekolah cina lak.. sebab hari nii.. aku seharian dok lepak kat sekolah cina.. hantar anak aku Si Naufal masuk sekolah

Ramai betoi laa student dia broo.. untuk budak tahun 1 jee ada 14 kelas.. kalo laa satu kelas katakan 40 student.. jadi jumlah murid tahun 1 sudah 14 x 40 : 560 murid.. ramai nya.. tuu lom kira student tahun 2.. tahun 3.. ramai gila…

Bila dok dalam sekolah tuu.. rasa macam alien pun ada gak broo.. he he.. yelaahh semua kekawan Cina jee.. tetiba jee ada sorang dua mak bapak Melayu.. janggal sungguh rasa dia broo.. Kalo laa aku rasa janggal.. macam mana laa pulak perasaan Si Naufal aku tuu yee.. he he..

Pengalaman aku laa.. lain betoi suasana belajar kat tadika Cina dengan sekolah Cina nii broo.. kalo sebelum nii.. Si Naufal aku selamba badak jee kat tadika Cina.. sebab mereka belajar dwi bahasa.. mandarin ada.. English ada.. kira aku sebagai mak bapak pun seronok environment macam tuu

Tapi bila tadi… ayooo yooo sepatah perkataan English pun tak dee.. semua pakai mandarin.. aku nampak Si Naufal aku.. macam blurrr bluurrr jee.. he he

Apa pun dalam belajar nii.. aku amat percaya.. ada budak belajar ngan cara membaca.. dan ada pulak budak belajar ngan cara bermain..

Kalo yang belajar ngan cara membaca nii.. selalunya dalam kelas dia dapat nombor 1.. kalo UPSR dapat 5A.. kalo SPM dapat semua A.. nii kumpulan yang belajar ngan cara membaca

Bagi kumpulan yang belajar ngan cara bermain lak.. macam Mawi.. macam Siti Nurhaliza.. Tiger Wood.. Nicole David.. Becham.. Oprah.. mereka nii genius dalam bidang mereka.. mereka nii expert.. kaya.. glamour.. tapi mereka belajar ngan cara bermain..

Dan aku perasan sangat.. dunia hari nii.. sapa yang belajar ngan cara bermain nii.. sebenarnya mereka jauh lebih kaya.. glamour.. berbanding mereka yang belajar ngan cara membaca

Aku perhatikan jugak.. sekarang nii.. trend mak bapak dah berubah.. korang perasan tak.. bagi mak bapak yang berniaga.. yang ada sikit mewah.. mereka lebih suka hantar anak mereka ke sekolah private.. atau pun kat international school.. yang pakai English medium

Focus mereka.. selain nak anak-anak mereka selesa belajar.. mereka juga nak anak-anak mereka berkawan ngan anak-anak orang kaya lain.. kalo bole berkawan  ngan anak Dato.. anak Tan Sri..  Sebab akan datang.. bila anak-anak dia orang besar.. network bisness tuuu dah senang..

Tapi bagi aku pulak.. sekarang nii zaman IT.. jadi jauh lebih baik kalo bole berkawan dengan anak-anak.. yang mak bapak dia orang glamour.. pastu terbukti mereka ada ramai kawan FACEBOOK.. tuu jauh lagi power.. berbanding Dato dan Tan Sri tadi.. he he

Apa pun.. aku pesan diri aku sendiri.. aku pesan korang semua.. sebagai mak bapak.. bagus kita perhatikan laa minat anak-anak.. pastu kita dorong mereka.. untuk genius ke arah minat tadi.. genius music.. genius sport.. genius cartoon dan lain-lain

Sebab Insyaallah dengan kemudahan  internet.. dengan FACEBOOK.. dengan YouTube.. aku amat percaya.. apa jugak bidang yang mereka ceburi.. kalo dipromosikan pakai internet.. Insyaallah mereka bole berjaya.. bole berjaya dunia.. berjaya akhirat.. percaya laa kekawan

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

AKU BUKAN ULAT BUKU

Hari nii aku nak share ngan korang pasal membaca.. bukan apa kekawan.. aku nii bukan ulat buku pun.. dan aku memang maleh membaca.. tapi bila aku gagah-gagahkan jugak.. timbul rasa seronok pulak membaca nii broo.. he he

Nii buku-buku yang aku baca minggu nii..

Antara banyak-banyak buku kat atas tuu.. aku amat tertarik ngan buku Tafsir Al Quran.. dalam buku tuu selain ada ayat Al Quran.. tafsir ayat.. tapi ada sekali penerangan ayat tadi

Wahhh best kekawan.. bila kita baca tuu.. sekali dengan tafsir dia.. dan penerangan ayat Al Quran tadi.. rasa best sesangat broo.. puas sangat.. setakad nii pengalaman aku.. bila baca tuu mampu bukak minda kita jauh lebih luas broo.. dan vision kita lebih besar lagi.. berbanding sebelum nii

Kalo sebelum nii.. aku sibuk laa hari-hari bincang pasal tanah.. pasal pasif income.. pasal emas dan lain-lain dalam blog nii.. tapi sebenarnya semua tuu.. baru aku perasan.. ayoo benda kecik sesangat broo berbanding isi kandungan Al Quran

Aku bukan ustaz.. dan aku tak pandai nak share benda ni ngan korang.. Cuma aku pesan diri aku sendiri.. aku pesan korang semua.. jom kita sesama teroka benda nii.. korang luangkan masa 10 seminit sehari.. sekurang-kurangnya baca 2 muka Al Quran.. pastu baca tafsir dia.. pastu baca penerangan ayat tadii.. ayoo broo.. syokkkk broo.. amat syookk broo.. tak caya.. korang tryyy.. best broo

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

RAYA KORBAN DAN NAK-ANAK

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL