Untuk hari nii.. aku nak share ngan korang pasal Al Quran.. sebab hari Ahad baru nii.. aku berpeluang untuk borak panjang lebar.. ngan kekawan yang hafiz Al Quran

Memula tuu kita orang bincang pasal tanah.. biasa laa bila bincang pasal tanah nii sekejap jee.. 10 minit selesai..  selebihnya kita orang merapu benda lain.. bincang pasal emas.. pasal rumah.. pasal pasif income dan lelain

Best kekawan borak ngan kumpulan nii.. apa yang aku perasan sangat.. mereka yang hafal Quran.. faham isi kandungan Quran.. cara fikir mereka berbeza.. tindakan mereka berbeza dan cara usaha mereka juga berbeza berbanding orang  biasa-biasa macam kita nii kekawan

Aku tak pandai nak explain perbezaan tuu.. tapi yang pasti.. Al Quran adalah mukjizat.. soalnya adakah sama?.. orang yang ada mukjizat Quran dalam hati mereka berbanding orang biasa?.. lain broo… dah tentu lain..

Dan kalo korang bukak Youtube.. tengok sedara-sedara kita kat Palastin sana.. budak-budak kat sana… mana ada blaja macam anak-anak kita kat sini.. ada KUMON.. ada SMART READER dan lelain.. tak dee broo.. tak dee.. mereka hafal Quran jee broo.. tapi korang tengok.. hati mereka.. perjuangan mereka.. kental gila broo

Kalo kita ambik ikhtibar dari bebudak Palestine tadi.. perkara yang sama juga.. mesti kita lakukan kat negara kita.. anak-anak kita bagus diasuh untuk hafaz Al Quran.. bukan nak lawan penjajah.. tapi nak lawan arak.. judi.. anak haram.. pelacuran dan maksiat lain nii

Dan aku perhatikan.. cabaran akan datang.. anak-anak kita bukan setakad mesti ada PhD kekawan.. bole bercakap banyak bahasa..kuasai ekonomi dan teknologi.. tapi lebih penting.. Al Quran ada dalam hati mereka.. mereka hafaz Quran dan faham Quran.. nii jauh lebih penting kekawan

Aku tak tahu samada pandangan aku nii betoi atau tak.. Cuma mana yang baik tuu.. korang ambik laa.. mana yang tak baik tuu.. korang kasi buang aaa..

Dan aku seronok sangat.. kalo bole.. 4 hero aku tuu.. Si Naufal.. Si Aisy.. Si Iman dan Si Najmi tuu.. akan datang mereka ada profesion yang baik.. dan pada waktu yang sama.. mereka hafaz Al Quran.. Quran ada dalam hati mereka

Jadikan.. ada tak sapa-sapa kekawan kat sini.. mungkin korang hafaz Quran.. atau korang tengah hafaz Quran.. atau korang ada bukak kelas hafaz Quran.. atau anak korang dah pun hafaz Quran atau seangkatan dengannya laa.. Bole tak.. korang kongsikan pengalaman indah korang tuu ngan aku..  

Aku happy sangat nak tahu.. pengalaman korang tuu… mudah-mudahan ngan perkongsian korang.. bole jadi inspirasi untuk aku dan kekawan lain.. untuk asuh anak mereka.. jadi hafiz Quran.. jom-jom.. kongsikan pengalaman korang.. 

Salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

Popularity: 80% [?]