Hari nii aku nak share ngan korang pasal tanah.. bukan apa kekawan.. ini lah profesion aku.. siang malam pagi petang… tanah tanah tanah.. he he he.. pecah geran tanah.. upgrade tanah.. mohon hakmilik strata.. mohon tanah kerajaan.. macam-macam laa.. pendek kata.. makan.. minum.. pakai.. semua tanah tanah tanah… he he he

Sepanjang lebih 10 tahun aku bergelumang ngan tanah tanih nii.. dan lebih 1000 kes.. aku dah berjaya uruskan masalah tanah tanih klien aku.. macam-macam pengalaman aku lalui broo.. sepak terajang tanah nii.. kira aku dah masak sangat broo..

Selama itu jugak laaa.. aku tak pernah reject file klien aku.. biar besar mana masalah tanah dia orang.. biar besar mana gelombang yang melanda.. selagi apa yang aku buat.. tak salah dari keperluan jabatan teknikal.. dan tak salah dari segi syara’.. aku akan cuba bantu klien aku.. selesaikan masalah tanah dia orang

Bukan apa kekawan.. dah laa tanah rezab melayu.. hanya orang melayu jee bole jual beli.. pajak.. gadai.. tanah jenis nii.. kalo kita tak bantu kumpulan nii.. uruskan tanah mereka.. selesaikan masalah tanah mereka.. sapa lagi nak bantu broo..

Rugi broo.. berapa billion nilai tanah rezab melayu.. yang terbiar macam tuu jee..

Maksud aku macam nii.. katakan korang ada tanah.. tapi tanah korang tuu satu geran ramai tuan.. dah tentu.. nak cagar, nak pajak, nak gadai tanah tu tak bole nak dibuat.. sebab ramai sangat tuan tanah broo.. Katakan lak tanah tuu 4 ekar dan tanah tuu kat Selangor.. harga sekar dalam RM150K..

Ini bermaksud selagi proses pecah geran tak dibuat.. orang melayu sedang rugi 4ekar x RM150K : RM600K.. nilai yang tak boleh dicairkan..

Tuu sekeping tanah broo… soalnya berapa banyak tanah rezab melayu yang bermasalah macam nii.. banyak broo.. amat banyak.. dan kalo kita bandingkan kita dengan bangsa lain.. malu kita broo

Dalam urusan tanah jee.. kita dah kalah.. kita jauh ketinggalan daripada bangsa mereka.. jadi macam mana kita nak bandingkan empire perniagaan kita.. dengan empire perniagaan mereka.. lagi laa jauh ketinggalan broo

Sebab tuu.. aku pesan dirii aku sendiri.. aku pesan korang semua.. kalo korang ada tanah.. atau mak bapak korang.. atau mak bapak mertua korang.. yang ada masalah tanah macam nii.. satu geran ramai tuan nii.. kasi cecepat urus broo.. uruskan sampai setiap tuan tanah bole ada geran individu broo

Bila ada geran asing-asing nii senang.. tanah tadi senang nak dicairkan.. nak jual senang… nak charge kat bank pun senang… kira semua senang laa.. dan lebih mustahak.. tanah rezab melayu bole duduk sama rendah.. berdiri sama tinggi dengan tanah bangsa lain broo

Ok laa kekawan.. jom fikir-fikir.. renung-renungkan perkara nii.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL