Hari nii aku nak share ngan korang pasal tanah lagi.. kali nii masalah saudara C lak..  

Saudara C : Mohon penjelasan daripada tuan.. kawan-kawan saya ada mohon tanah beberapa ekar dari pejabat tanah yang tak bergeran untuk mengusahakan kelapa sawit, 1 ekar dibayar beberapa ribu sahaja mengikut modal kita utk tanam sawit tersebut, katanya 20-30 tahun akan datang tanah itu akan menjadi milik sendiri (akan dpt geran), Persoalannya perjanjian sebegini / surat /hitam putih memang ada dikeluarkan kee dari pejabat tanah? Adakah ini dinamakan tanah TOL seperti tuan nyatakan dalam blog tuan?

Saya masih kurang ilmu dalam hal ini, dan mungkin akan mengikut jejak langkah kawan-kawan saya untuk mohon tanah ni. Tapi timbul keraguan, sebelum bertanyakan dengan pejabat tanah, saya minta pendapat tuan terlebih dahulu

Hafizal : Saudara C..  saya tak pasti samada kawan C tuu dia mohon tanah kerajaan kee atau pun dia mohon tanah TOL

Tapi kalo C bercadang nak mohon tanah yang macam nii.. pastu cadang nak tanam kelapa sawit.. bagus mohon TOL dulu.. awak carik tanah mana-mana yang kosong.. ataupun awak bebaik sikit dengan orang pejabat tanah.. awak dapatkan info tanah kosong dari mereka.. pastu mohon TOL

Bila dapat kelulusan lesen TOL tuu.. baru awak usahakan tanah tuu.. untuk tanam kelapa sawit

Dan setiap hujung tahun.. awak kena renew lesen TOL yang awak dapat tuu.. dan selepas 3 tahun.. awak kena mohon semula.. isi borang semula untuk mohon tanah TOL awak tuu balik..

Kat sini terpulang kat pejabat tanah.. samada mereka bagi awak balik atau sebaliknya..

Untuk makluman C.. tanah TOL nii tak bole dijual.. dipajak.. digadai tau.. kalo tuan tanah asal mati.. lesen tanah TOL tak bole dibuat pusaka

Bila awak dah usaha tanah tuu.. pokok sawit dah besar.. dan awak dah sahkan.. yang kawasan yang awak usahakan tuu.. memang tanah kerajaan.. dan bukan tanah rezab.. pada waktu yang sama.. baru awak mohon tanah kerajaan.. awak mohon pakai borang Jadual 1

Pengalaman saya laa sebelum nii.. sapa-sapa yang dah usahakan tanah kerajaan.. dan memang terbukti pemohon asal yang usahakan tanah tuu.. pihak kerajaan.. akan kurniakan tanah tuu.. akan bagi geran pada orang tuu.. insyaallah

Apa pun.. saya cadangkan.. kalo awak ada peluang beli tanah yang murah-murah.. yang dok kat kawasan pedalaman.. jauh dari jalan besar.. tapi tanah tuu ada geran.. bagi saya.. ianya jauh lebih baik awak beli tanah bergeran tuu berbanding tanah TOL tadi .. sekali pun harga dia ada mahal sikit

Sebab tanah yang macam nii.. bila awak nak usahakan untuk buat apa-apa projek.. banyak bantuan yang bole awak dapat.. macam dari RISDA, FELCRA dan lain-lain

Pastu lak.. tanah nii bole jual.. bole pajak.. bole gadai.. bukan tuu jee sempadan tanah lak jelas.. awak tak de risiko untuk majukan tanah nii sekali pun tanah tuu tanah rezab melayu

Dan kalo bole elak.. usahakan tanah TOL.. bagus elak.. dan awak focus usaha atas tanah yang dah ada geran..

Sebab pengalaman saya.. bangsa lain tak minat usaha tanah TOL nii.. jadi kita juga kena ambik ikhtibar dari mereka..    

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

Popularity: 2% [?]