Archive for January, 2012

BUAT APA YANG KORANG ENJOY.. INSYAALLAH DUIT AKAN IKUT KORANG KEMUDIAN

Hari nii.. aku nak share ngan korang pasal tanah.. bukan apa.. sebab semalam.. belah pagi aku ada site visit dengan Kak S kat Semenyih sana.. dan belah tengah hari lak.. aku ada site visit kat Bangi dengan Saudara F

Best laa kekawan.. bila aku tengok kejayaan dia orang.. mereka yang terlibat dengan pelaburan tanah nii.. selepas 20-30 tahun beli tanah.. hari nii semuanya rata-rata amat happy.. dengan investment yang dia orang buat broo..

Bagi kes Kak S.. Kalo dulu.. dia beli tanah kat Semenyih sana.. 3 ekar cuma RM2500 jee broo.. tak de sapa nak area sana.. Masa tuu nak ke tanah tuu pun.. jalan tak dee.. api air pun tak dee.. Cuma apa yang dia pandai.. dia ikut jee pesan orang tua dia.. kalo ada duit.. beli tanah.. simpan tanah

Kalo dulu semua orang ketawakan kak S.. sebab suka sangat beli tanah.. pantang ada tanah nak jual jee.. kak S akan beli.. sampai kekawan lain panggil dia.. tuan tanah kedaung laa bro

Kak S tak peduli semua tuu.. bagi kak S.. dia enjoy beli tanah.. dia suka beli tanah..  jadi dia beli jee.. sebab kak S percaya.. buat apa yang kita enjoy.. Insyaallah duit akan ikut kemudian   

Berkat ikut nasihat orang tetua.. hasil dia hari nii.. ambik ko.. kalo kak S jual salah satu tanah dia jee.. dia terus jadi jutawan broo.. macam tuu sekali pelaburan tanah nii broo.. besar betoi impak dia

Tak pee laa.. semua tuu cerita kak S.. Soalnya sekarang.. adakah kita mampu beli tanah? Beli tanah untuk pelaburan.. mampu ke?

Dengan harga rumah yang mahal sekarang nii.. tambah lak dengan inflasi yang agak tinggi.. harga kereta jugak mahal.. anak-anak lagi.. rasa-rasa korang laa.. kita mampu ke? Berat kekawan sebenarnya

Sebab tuu.. aku syorkan sangat.. aku pesan diri aku sendiri.. aku pesan korang semua.. apa jugak investment yang kita nak buat.. jauh lebih baik.. focus kepada pasif income dulu.. banyakkan pasif income kita dulu.. supaya pasif income kita tadi.. jauh lebih banyak berbanding perbelanjaan kita

Lepas tuu.. pakai laa.. duit pasif income tadi.. invest laa kat tanah dan benda-benda lain.. insyaallah dengan cara nii.. baru kita selamat dan bole tido malam..

Note : aku tak pandai.. nak share pasal pasif income nii.. Cuma bagi korang yang belum baca ebook aku lagi.. Tips macam mana nak kaya.. ngan cara sempoi gila.. korang bole berbuat demikian.. korang bole explore ebook aku nii.. TIPS SEMPOI MAHU JADI KAYA

Ok laa kekawan.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

JOM TEH TARIK

Hari nii aku nak share ngan korang pasal tanah lagi.. bukan apa kekawan.. sebab hujung minggu yang baru nii.. aku ada 4 sesi Teh Tarik dengan kekawan blog..

Hari Sabtu.. belah pagi aku ada kat Cheras.. dengan group abang J.. dan belah petang.. aku ada kat Bangi lak.. dengan group Kak N

Manakala hari Ahad lak.. belah pagi aku kat Banting.. bersama group Kak A.. dan belah petang lak.. aku bersama group Saudara H kat Bangi

Mereka tuu semua.. dah otai-otai beb.. dah berumur bro.. kira bila bincang pasal tanah tanih nii.. terasa diri aku ini jee.. yang masih muda remaja.. he he

Apa yang berlaku sebenarnya ialah macam nii.. dia orang tuu semua adalah kekawan blog kita.. dan mereka ada masalah tanah.. ada yang tanah mereka terlibat dengan pengambilan balik oleh projek MRT.. ada yang beli tanah cara kongsi-kongsi.. ada yang gaduh dengan jiran pasal tanah.. dan ada yang terceroboh tanah jiran.. macam-macam daa

Jadi sebelum nii.. dia orang ada hubungi aku.. pastu dia orang bagi tau laa.. masalah tanah dia orang tuu.. jadi aku apa lagi.. mintak laa dia orang tuu.. fax atau email salinan geran tanah kat aku

Dari maklumat yang dia orang bagi.. apa lagi.. kita orang pun buat laa semakan kat semua jabatan teknikal.. semak tuu.. semak nii.. semua kita orang semak broo.. pastu kita orang set laa satu masa.. dan buat laa sesi perbincangan..

Masa sesi perbincangan tuu.. ramai laa yang datang broo.. bukan takad mereka yang terlibat dengan tanah berkenaan jee yang datang.. tapi yang kekawan lain gak.. jiran-jiran mereka jugak.. yang ada masalah tanah.. dia orang pun turut datang sekali.. dan kita orang bincang sekali laa

Enjoy betoi aku buat aktiviti nii broo.. aku seronok sangat buat benda nii.. syoookkk broo..

Kalo sebelum nii.. aku hanya share pengalaman pasal tanah tanih nii.. melalui blog.. melalui FB.. melalui talk.. tapi bagi tahun 2012 nii.. kita ubah sikit cara.. melalui perbincangan lak..

Mereka yang ada masalah tanah.. bole bagi info kat aku.. pastu aku akan buat semakan.. pastu kita set satu masa.. pastu aku datang tempat korang.. pastu kita bincang sama-sama masalah tanah tadi..

Aku tak tau laa.. samada apa yang aku buat nii.. baik atau tak.. tapi matlamat aku… aku try.. aku cuba sedaya upaya aku.. untuk share info pasal tanah tanih nii dengan kekawan semua..

Kita tak mau lagi.. masalah tanah tanih membelenggu korang.. mengganggu family korang.. meretakkan hubungan kekeluarga korang.. sebaliknya kita mau.. potensi tanah korang tadi dioptimumkan sepenuhnya

Kalo bangsa lain bole berjaya dengan tanah.. untung juta-juta dengan tanah.. korang rasa.. kita bole buat tak? Jom fikir-fikirkan

Ok laa kekawan.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

JANGAN MEMALU.. JOM SHARE INFO TANAH KORANG

Hari nii aku nak share ngan korang pasal tanah lagi.. bukan apa gang.. sebab hari nii aku berkesempatan borak panjang lebar pasal investment tanah.. kali nii dengan Hj Z pulak.. kat UPM sana

Pada mulanya.. Hj Z mintak aku bantu dia.. ukurkan tanah dia kat Kajang sana.. tanah dia tuu kecik jee broo.. cuma 3 ekar jee.. betoi-betoi sebelah Saujana Golf Resort.. dan sebelah dengan housing projek

Dia rancang lepas ukur tanah tuu.. dia nak kasi jual tanah tuu.. sebab dah ada pemaju offer.. untuk beli tanah tuu denga harga 1.5 juta

Korang bayangkan.. Hj Z beli tanah tuu cuma RM3K jee pada tahun 1981.. pada masa tuu Hj Z bagi tau.. Kajang masih lagi pekan koboi.. kereta tak banyak.. pembangunan pun tak dee.. semua kampong jee

Tapi selepas 31 tahun.. tanah yang murah tuu.. nilai dia sudah bertukar.. menjadi RM1.5 juta broo

Brapa peratus kenaikan dia tuu.. jom kita kira

KOS

Beli tanah 3 ekar pada tahun 81 dengan harga : RM3K

Cukai Tanah RM 40 x 31 tahun : RM1240

TOTAL : RM4240

NILAI

Pemaju offer nak beli tanah tuu ngan harga : RM1.5juta

UNTUNG

1,500,000 – 4240 / 4240 x 100 =35277%

Kalo bahagi 31 tahun.. 35277% / 31 tahun : 1138% setahun.. banyak tuu broo.. kayo laa Hj Z

Kalo sebelum nii Hj Z beli tanah untuk suka-suka jee.. tak plan apa-apa pun.. tapi akhirnya.. benda yang suka-suka tu.. menjadikan Hj Z jutawan broo… ayoo yoo

Aku seronok sangat.. kalo bole.. bagi korang yang ada pengalaman pasal tanah tanih nii.. mungkin korang ada tanah.. atau mungkin mak bapak korang punya tanah.. atau mungkin mak bapak mertua korang punya tanah. Atau seangkatan dengan nya

Bole tak korang share ngan aku.. dulu korang beli brapa? Pastu korang simpan berapa lama? Pastu nilai sekarang nii berapa pulak?

Bagi aku.. penting sangat info nii broo.. sebab tanah.. dia tak dee graf naik turun harga..  macam emas, perak, forex atau CPO

Cuma ianya bergantung dengan jurunilai jee

Jadi kalo kita ada info..  kadar peratusan kenaikan tuu.. mudah laa untuk kita rancang.. investment tanah kita.. tak gitu kekawan?

Ok kekawan.. jom korang kongsikan pengalaman korang lak..

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

JOM INTAI-INTAI HARGA TANAH

Hari nii aku nak share berita gembira ngan korang.. sebab hari nii.. aku berjaya beli sebidang tanah.. tanah Rezab Melayu.. tapi tak besar pun kekawan.. Cuma luas dia 1.4 ekar jee.. lokasi tanah lak kat Bangi sana..

Aku minat sangat tanah nii.. sebab sebelah tanah nii ada kilang.. depan tanah pun ada kilang..  pastu lak lengkap dengan jalan tar.. kemudahan elektrik.. kemudahan air.. kemudahan tipon.. semua ada

Dari segi harga lak.. aku rasa.. biar laa ianya rahsia.. malu laa nak share ngan korang.. sebab aku cuma mampu.. beli tanah yang murah-murah jee kekawan

Aku tak tahu laa.. samada apa yang aku invest nii.. untung atau tak.. aku main belasah jee kekawan.. he he

Dua hari aku kena ceramah.. ngan abang A dan Hj M.. dua hari aku blaja dari mereka.. teknik investment tanah tanih.. dan aku rasa dah sampai masanya.. untuk aku sikit focus.. kat pelaburan tanah tanih pulak kekawan

Aku syukur sangat.. bermula dengan blog yang tak seberapa nii.. aku share pengalaman aku pasal ukur tanah.. pastu lak aku share pasal rumah lelong.. pastu aku focus kat pasif income.. pastu share pasal emas.. dan sekarang nii.. aku terjebak pulak ngan tanah.. ayoo yoo

Aku suka tanah sebab.. tanah adalah penyimpan nilai yang baik.. berdasarkan pengalaman aku.. kalo kita ada duit RM100K hari nii.. kita belikan sekeping tanah.. Insyaallah selepas 20 tahun akan datang.. nilai tanah berkenaan  pasti akan naik berganda-ganda broo

Aku suka tanah kat Selangor.. terutama kat Lembah Klang.. sebab bilangan orang luar berpindah kat Lembah Klang setiap tahun.. amat ramai broo.. macam mana pun mereka perlukan tempat tinggal.. sedangkan luas tanah adalah terhad.. jadi benda nii menyokong nilai tanah tadi.. untuk naik setiap tahun broo

Pastu lak harga rumah.. sekarang nii harga sebijik rumah kat Lembah Klang sekitar RM400K.. emm kalo laa harga rumah 20×70 semahal macam tuu.. korang rasa harga tanah akan ikut naik tak? Mesti naik broo

Apa pun aku pesan diri aku sendiri.. aku pesan korang semua.. kalo korang ada duit lelebih tuu.. cuba-cuba invest kat tanah.. mana tau.. 20 tahun akan datang.. tanah korang naik gila-gila..

Ok laa kekawan.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

BELI TANAH SEKARANG.. 20 TAHUN AKAN DATANG PASTI KORANG KAYO

Hari nii aku nak share ngan korang pasal tanah lagi.. bukan apa kekawan..  hari nii aku ada site visit dengan Hj M lak..

Kita orang pergi tengok.. tanah-tanih Hj M sekitar Sepang.. ayoo yooo kekawan.. kayo betoi Hj M nii.. banyak betoi tanah dia.. bersepah-sepah..

2 hari berturut-turut aku buat site visit.. dengan otai tanah.. mereka yang biasa-biasa.. ada duit sikit.. pastu invest kat tanah.. dan sekarang nii.. selepas 30 tahun dia orang melabur.. hasil dia.. masing-masing jadi orang kayo broo.. jual sekeping dua tanah jee.. pulangan dia.. juta-juta tuu

Bagi kes Hj M lak.. dia bermula dengan menoreh getah.. kebun bapak dia.. hasil menoreh tuu.. dia kumpul sikit-sikit.. pastu bila cukup duit.. dia beli tanah

Tanah pertama dia beli.. 35 tahun dulu.. tanah seluas 4 ekar kat Dengkil, Sepang..  harga lak masa tuu baru RM700.. tanah rezab Melayu.. pegangan selama-lamanya

Pastu tanah tuu dia kasi sodok.. dia kasi bersih.. pastu tanam pokok getah.. bila getah dah besar.. dia kasi menoreh 2 kebun lak.. belah pagi toreh kebun bapak dia.. dan belah petang toreh kebun dia sendiri.. hasil duit getah tuu.. dia kasi kumpul-kumpul.. pastu beli tanah lain lak..

Dia ulang-ulang benda nii banyak kali.. maksudnya Hj M toreh getah.. untung getah.. dia kasi kumpul.. pastu dia kasi beli tanah.. tanah tadi dia kasi sodok.. kasi bersih.. pastu Hj M kasi tanam getah.. untuk luaskan kebun dia.. bila kebun luas.. secara otomatik.. income dia pun bertambah.. tuu konsep Hj M laa

Satu benda yang  dia buat main-main.. tapi selepas 30 tahun.. hasil dia.. juta broo

Dengan pembangunan yang ada kat Selangor.. dengan bilangan orang yang datang ke Lembah Kelang setiap tahun.. dengan peluang kerja yang banyak.. dengan harga rumah bersaiz 20×70 pun sekitar RM400K sebijik.. potensi nilai tanah kat Selangor untuk naik lagi.. adalah amat besar broo..

Insyaallah.. apa yang aku perhatikan.. aku percaya sangat.. tak rugi untuk beli tanah kat Selangor.. sekali pun tanah tuu.. tanah rezab Melayu

Sebab tuu aku pesan diri aku sendiri.. aku pesan korang semua.. kalo korang ada duit lelebih.. invest laa kat tanah..

Korang cari tanah-tanah rezab melayu berhampiran ladang besar.. korang kasi invest kat sana.. 20 tahun datang.. korang ambik laaa hasil dia.. insyaallah mesti korang untung punya

Ok laa.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL

MACAM MANA DARI BROKER.. JADI JUTAWAN

Hari niii aku nak share ngan korang pasal tanah lak.. bukan apa kekawan.. hari ni aku seharian dengan abang A.. layan abang A dari pagi sampai ke petang..

Orang lain.. cuti-cuti nii.. bole lepak-lepak ngan family.. aku lak.. sibuk  laa dengan klien.. site visit.. site visit.. site visit.. he he

Al kisah ceritanya macam nii.. dulu abang A nii sorang kakitangan kerajaan.. bila jadi kakitangan kerajaan.. korang paham jee laa.. waktu tuu gaji pulak kecik.. sedangkan belanja banyak.. dengan belanja anak lagi.. rumah lagi.. isteri pulak tak kerja.. poning kepala abang A

Untuk atasi masalah abang A.. apa dia buat.. dia jadi agen hartanah.. dia jadi broker bro.. ada orang nak jual rumah.. nak jual tanah.. dia tolong iklankan.. dia tolong jualkan

Bila property tadi terjual.. komisen yang dia dapat.. dia tak belanja.. sebaliknya dia kasi kumpul duit tuu broo..  

Pastu apa dia buat.. hasil komisen yang dia dapat tadi.. dia start invest.. beli tanah rezab melayu yang murah-murah.. masa tuu abang A bagi tau.. tanah 3 ekar area Bangi.. Sg Merab.. Dengkil, bole beli dengan harga RM2K jee broo..  tak de sapa nak tanah Rezab Melayu nii

Pastu.. apa lagi.. dia kasi sodok tanah tuu… semak-semak kasi bersih.. pastu dia kasi jual balik dengan harga lebih mahal..

Dan ia ulang-ulang benda nii banyak kali.. untung komisen kasi simpan.. beli tanah rezab melayu.. kasi bersihkan tanah.. pastu jual balik dengan harga mahal

Ada tanah yang dia jual balik.. ada pulak yang dia simpan..

Untung gila buat benda nii broo.. korang tahu.. untuk hari nii jee.. aku sempat tengok 6 keping tanah abang A.. kayo.. kayo broo

Yang best tuu.. bila sampai site jee.. abang A siap bagi tau lagi.. harga tanah yang dia beli dulu.. ada yang  5 ekar cuma RM5K jee.. ada 3 ekar cuma RM2K.. ada 8 ekar RM7K.. murah gila harga tanah 30 tahun dulu kan broo

Aku maleh nak crita panjang.. jom kita kira sikit.. untung abang A nii

KOS

Beli tanah 5 ekar.. tanah rezab Melayu..  : RM5K

Cukai tanah katakan RM30 setahun x 30 tahun : RM900

JUMLAH : RM5900.00

NILAI

Tanah abang A.. banyak kat area Bangi.. hari nii tanah sekitar Bangi.. paling murah pun dalam RM150K sekar

Kalo 5 ekar x 150K sudah : RM750K

UNTUNG

Kalo abang A jual tanah dia hari nii.. dia akan untung

RM750,000 – RM5900 / 5900 X 100 : 12612%

Kalo bahagi 30 tahun adalah 12612/30 : untung 420% setahun..

Ayooo yooo broo.. kayo kayoo

Bestkan broo main tanah nii.. beli tanah.. pastu simpan jee.. tak yah buat apa-apa pun.. tapi sekali jual.. ambik ko.. untung gila.. he he

Ok laa broo.. fikir-fikirkan.. salam

INGAT TANAH, INGAT EMAS, INGAT HAFIZAL